Monday, 10 August 2020

BENGKEL PEMERKASAAN OBE UNTUK PENSYARAH PTSB (26.7.2020)

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi


Tanpa OBE apa lah ETAC... BEM kater..

Bermula dengan   buat paperwork, kemudian direject , kemudian buat lagi, diterima, tapi kena buat online sahaja... Noriza  yang buat...

Last but not least baru diterima...

Dengan pandemik Covid-19, tentunya prosedur SOP dipatuhi dan program ini berjalan dengan lancar, Alhamdulillah...

Kalau ikut penceramah (Dr Abd Ghani) daripada UPSI, nak buat dua hari, tetapi memandangkan kewangan memang terpaksa berjimat-cermat, maka PTSB buat 4 jam ajer... Jadilah... (9am-1pm)

Masa ni kan dekat nak rayer korban, jadi ramai jugak yang tak dapat hadir, sebab dah cuti rayer...





Setelah berakhirnya sesi pemerkasaan OBE ini, ramai yang dah balik... Jadi tinggal la beberapa kerat yang sanggup tunggu... posing jap..

Sedikit cenderahati disampaikan oleh TPA PTSB, En Mohd Zamre





Bukan la nak puji, tapi aku suka dengar Dr Abdul Ghani ni memberi ceramahnya, sebab sangat jelas dan ringkas untuk difahami..

Semangat sungguh penyampaiannya sampaikan ada pensyarah yang bagitau, kenapa sebelum ni tak jemput penceramah ni...

Suara Dr ni sebijik-sebijik... Sangat jelas dan kuat...Rasanya kalau tak pakai mic pun bo.leh dengar satu dewan besar ni...

Daripada mula hingga akhir, semangat memberi ceramahnya tidak pernah pudar... Bagiku ini adalah kejayaan yang besar buat Team OBE PTSB...
Noriza, Izzatul, Faridah dan lain-lain AJK

Syabas kepada semua AJK yang bertungkus lumus menjayakan program ini

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

Sunday, 2 August 2020

Selamat Hari Raya Aidiladha 1441

Sapa pun tak teringat nak bergambar... Bila dah petang... Dah pakai baju tak raya... Kakwan pun dah balik... Baru teringat... Itupun Sbb nak send kat abg uda yg tak dapat  balik

Dari kiri:aku, kak ana(kak ipar),  mak dan kak (Hasnah)

Kanan sekali...  Abang ku(Khalid)

Gambar ramai2 1

Gambar ramai2 2

Gambar ramai2 3

Program -.Outdoor games Pelajar JKE - The Avengers Revenge


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Program "Outdoor Games" ini diadakan sebelum PKP (11.3.2020)
ini adalah untuk meningkatkan semangat pelajar2 Jke PTSB yang agak sederhana pencapaian mereka. Sepatutnya Program ini diadakan juga bagi pelajar sederhana semua jabatan... Namun,  PKP menyebabkan Program untuk jabatan lain  terpaksa DIBATALKAN....

Bermula dengan sesi pembahagian kumpulan: 

Sesi pembahagian kumpulan juga agak unik, setiap pelajar yang hadir diberi kad yang mempunyai gambar watak dalam "The Avengers Revenge". Kumpulan yang dibentuk adalah dengan pelajar mencari 10 rakan dengan gambar yang tidak sama bagi setiap kumpulan.
Setiap kumpulan diberikan kain yang sama untuk mengenali kumpulan masing2



Seterusnya bergerak ke lokasi games


Semua kumpulan MESTI menyelesaikan 4 aktiviti yang telah disusun...
Untuk mengelakkan kesesakan pada satu-satu stesen, telah ditetapkan pada kertas arahan  jujukan bagi setiap kumpulan perlu pergi ke stesen  mana dan seterusnya...

 rmai jugak yang tak hadir... kami dapat membentuk 11 kumpulan


Bukan senang  nak plan buat program motivasi ni taw...

penin jgk kepala nak pikiq... Dengan duit peruntukan yang sangat sedikit...
Kebnyakan item buat sendiri... Contohnya, item untuk kenalpasti setiap ahli kumpulan dengan memberi kain yang samapun.. aku telah mengorbankan banyak tudung2ku... dan gunting sendiri...
Item untuk membuat kad dan batu permata bagi kumpulan the avangers, dibuat oleh adik kesayangan yang comei... ida shafinar... kemudian pelajar2 kelasku (DET5A) telah bertungkus-lumus sebagai AJK duk laminat benda alah ni..

Stesen A: membuat kapalterbang daripada kertas 
Pelajar membuat kapalterbang mengikut kepala mereka sendiri...
Namun ada seorang wakil(KETUA) yang ditarik untuk mempelajari kaedah yang betul membuat kapalterbang kertas...Setiap individu yang gagal melepasi target yang diberi, perlu belajar kaedah betul membuat kapalterbang dengan KETUA




Stesen B: menyelesaikan figura tertentu
Masa ditetapkan... hanya 2 minit bagi menyelesaikan setiap figura... Setiap kumpulan diberi dua assessment figura.

Stesen C: menyelesaikan jawapan bagi 4 Soalan elektrik n elektronik ...
Soalan yang diberi tidaklah begitu susah, namun untuk mengisi jawapan pada kertas mahjung... TIDAK BOLEH MEMEGANG PEN, perlu menggunakan tali yang telah diikat pada empat penjuru... Jadi kerjasama ahli kumpulan sangat2 penting... susah taw


Stesen D: bergerak dengan selamat walaupun ada rintangan..
. Menganggap mereka berada di angkasa lepas yang gelap... kerana mata MESTI ditutup...
Ada halangan2 komet yang boleh menghalang perjalanan mereka... Rakan sepasukan perlu menunjuk arah kawan yang ditutp mata..




sebelum acara penyampaian hadiah, pihak AJK Kecemerlangan Pelajar JKE iaitu
Pn ida Shafinar dan Pn Roshima telah memberikan maksud dan hikmah di sebalik semua aktiviti yang diberi...

STESEN A
STESEN B
STESEN C
STESEN D

Acara penyampaian hadiah kepada semua kumpulan, 

yang menang dan kalah...SUMER DAPAT HADIAH, Yg menang mesti la bagi lebih sikit......walaupun murah... Tapi kami dari Unit Kecemerlangan Pelajar , ingin memberitahu pelajar2 yang mereka sentiasa dihargai..





Friday, 17 July 2020

Gambaq 3 dolu2


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi


Mencari Homestay sekitar Jitra? Sila hubungi Zainol (012-5769360)


Makcik(kanan sekali), adik mak yang nombor 5 
dan kak (hasnah- no 2 dari kanan)

Mak dan kak hasnah...
Kenduri kawen anak sepupu



dari kiri: Kak (HASNAH), Kakwan (SITINOR), 
mak(ODAH), AKU, abang(KHALID)
Gambaq raya taun 2018... kenang-kenangan... abang teh dan abang uda takdak ( beraya kat umah mertua)

gambaq 2 dolu2


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi


Mencari Homestay sekitar Jitra? Sila hubungi Zainol (012-5769360)

Jarang kak nak bwk hanis ... 
alhamdulillah... pi umrah taun lepaih bawak jgk bapak budak ni



Alhamdulillah... Syukur diriku yang kerdil ini dengan rahmatNya...
Budak sakinah sorang ni 
kalau tak dpt straight A SPM hari tu taktau la berapa lama mendung...

Saturday, 20 June 2020

YA ALLAH....ANDAI INI YANG TERBAIK BUATKU...

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi


Diam tak diam dah 3 tahun 9 bulan aku di PTSB...
Aku memohon pindah ke POLIMAS buat ke sekian kalinya...
(Alaaa... Baru 3 kali)

YA ALLAH
Andainya ini yang terbaik buatku...
Redhakan hatiku

YA ALLAH
Sedihnya untuk berpatah balik
Berpisah dengan adik2 yang ku sayangi
Walaupun depa mungkin tak rasa pun
Kihkihkih
Memutuskan dengan sahabat yang aku kasih...
Walaupun hanya bertepuk sebelah tangan...
hahaha

YA ALLAH
Andainya perpisahan ini yang terbaik buat imanku
Aku rela...
Biarlah sebaldi airmataku tumpah...
Biarkan...
Biarkan andai ada insan2 yang terluka
Aku pasrah...
Andai impian duniawiku punah...
Aku  abaikan....
Andai istana yang kudambakan tiada lagi
Andai semua kasihku bercerai mimpi
Biarkanlah

Agar dapatku bertemu MU YA ALLAH
Tika maut menjemputku nanti
Di pertemuan yang ENGKAU janjikan
Dalam redhaMU




Friday, 12 June 2020

Memori Cameron highland 2004

Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi


Adik baru masuk 3 taun...
Akak taun 1
Abang taun 3