Tuesday, 23 May 2017

Selamat Datang Warga Politeknik Negeri Medan

Selamat Datang kepada Rakan-rakan dosen daripada Politeknik Negeri Medan ke Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim Kedah pada 18 Mei 2017


1. Tuan Junaidi,
Ketua Jurusan Elektrik

2. Ir. Suhaili Alifuddin,
Kepala Program Studi

3. Ir. Elferida Hutajulu,
Kepala Laboratorium

4. Dosen- Dosen Jurusan Elektrik, Politeknik Medan


InsyaAllah kami warga PTSB akan menyusul kemudian...


Saturday, 13 May 2017

belajar e learning daripada dr zuraidah

belajar  daripada dr zuraidah...

Terimakasih Dr zuraidah dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Fungsi :
-Sesi pengenalan dengan pelajar
-Boleh mengetahui tahap pemahaman pelajar sebelum atau di awal waktu PdP

-Boleh dijadikan forum

EMAZE
(example tutorial : http://icontractlaw.weebly.com)



 Aplikasi web 2.0 - CIDOS
Alat bantuan mengajar
Bahan Pengajaran dan pembelajaran


Monday, 8 May 2017

syukur.

Siapa bilang aku tak bersyukur?

Alhamdulillah... Aku bersyukur dgn segala nikmat yg Allah dah kurniakan kepadaku...

Alhamdulillah... Aku juga bersyukur kerana masih lagi mampu sabar n redha dgn ujian dan dugaan yg silih berganti...


Sunday, 7 May 2017

air...air.... air

semalam bertolak dari jitra ke kulim selepas maghrib dan sampai dlm pukul 10mlm....

terus ke bilik air, nak berwuduk utk solat isyak.... air paip dah tiada, hanya tinggal air tangki sahaja. pesan kat anak2. kena berjimat sbb takut habis air tangki. en suami bgtau mmg dpt info bekalan air terputus dari jam 9mlm ke 9pagi esok....

subuh, masih tiada air paip... balik tgharipun masih belum keluar jgk...


mengelabah jgk, ptg pulang dari Ofis, pukul 5pm pun tiada lg... opening jgk pikir fasal air ni...

mlm tadi, baru keluar sikit2, air paip tapi macam tak boleh naik je ke tangki..


payah ni...ujian mcm ni mmg aku tak tahan, terutama klu sakit perut..huhu

tai syukur jgk, at least air paip dah ada...

semoga bangun pagi esok, air dah keluar derassss...

Tuesday, 2 May 2017

Patut ke tak patut?

Lemah pulak aku rasa nak tulis paper ni... klu nak promotion mmg kena present 2 paper... tapi dgn syarat tidak boleh ada kaitan dgn pengajian mahasitua ini...

Alahai... patut ke tak patut, aku tulis paper tapi tak letak nama prof.... mcm kacang lupakan kulit la pulak.
huhu...

Tapi apa salahnya kan... buat simple aje, kul letak nama prof nanti prof malu baca kan..kan...

Saturday, 29 April 2017

Umur dah hampir separuh abad

Dah 2 hari aku sakit belakang Dada sebelah kiri.... Tak pernah lg sakit mcm ni sblm ni... Apasal pulak menjadi2... sampai nak bangun pun payah...huhu

Doktor kata sakit otot aje.... Dulu2 masa pregnant mmg aku selalu sakit kat situ, tapi Kali ni mmg sakit lain mcm aje


Diam tak diam, lg dua tahun umur ku dah mencecah separuh abad...

Patut la mcm2 sakit badan ni... Dah tuan rupanya...

Tuesday, 25 April 2017

bila exam menjelang

My doters ni mmg rajin2 belako....

Tapi time exam ni la nak demam la, selsema la, sakit perut dan mcm2 lagi...
stress ka anak2ku?

Sebagai IBU, apa lagi yg dapat aku berikan selain doa mengiringi pemergian mereka ke dewan peperiksaan...

Sebagai IBU yg jugak seorang pendidik, semua nasihat2, motivasi dan tip2 dah diberikan... Agaknya depa dah tak karat nak dengaq... selalu berulang2 bila Musim ini tiba

Ya Allah, semoga anak2ku sentiasa menjadi anak2 yg solehah,  tetap mengerjakan solah, menjaga hablumminallah dan hablumminannas..



Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi
Ya Allah, permudahkanlah urusan anak2ku yg sedang menjalani peperiksasn... Terangilah hati mereka agar dapat menjawab peperiksaan dgn lancar... Tenangkanlah hati nereka semasa menjawab peperiksaan... Hilangkanlah gundah gulana di hati apa bila keluar dari dewan peperiksaan dan redha jika ada soalan yg dijawab kurang memuaskan...