Sunday, 12 May 2013

TIPS BELAJAR

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali


1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan cas-cas positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.


-Artikel iluvislam.com

Kelebihan bekerja dengan ikhlas.


1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seorang hamba ikhlas, "talian hayatnya" bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.


2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai "self promotion" (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai "self improvement" (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.


3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh "punch card", CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.


4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah "kepala" kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.


5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan "khadam ummah" bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.


6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandanga dan pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan "ambil hati". Dan dia bertanggungjawab atas pendiriannya. 


 - Artikel iluvislam.com

Friday, 10 May 2013

Puisi Untuk Anak-anakku




Anak ku ......

Apabila kau perlu bergerak ke hadapan

Tolehlah kembali sekali-sekala

Jadi jangan kau lupa

Bagaimana sukarnya untuk menjadi

Seorang insan yang berguna



Anak ku ......

Apabila kau sudah berada di puncak langit

Kadang-kadang renunglah rumput di bumi

Moga  kau  tidak lupa

Tanah di mana asalmu



Anak ku .....

Apabila kau telah mencapai cita-citamu

Adakah kau sombong? 


Jangan wahai anakku!

Kerana Allah SWT Maha Berkuasa

Dalam sekelip mata kau mungkin

akan jatuh, na'uzubillah



Anak ku .....

Apabila kau mendapat apa yang kau layak

Bersyukurlah kerana Dia mengurniamu segala-galanya

 
Namun jangan kau lupa

Itu semua hanya sementara



Anak ku ......

Jika kau gagal untuk mencapai apa yang kau impikan

Jangan kau kecewa menyalahkan takdir

Kerana inilah sikap yang dibenci Allah

Dan  seorang manusia yang penakut



Anak ku .....

Inilah nasihat dari ku

Buat bekalan hari depan mu

Doa ku sentiasa mengiringimu

InsyaAllah di dunia dan akhirat kejayaan sentiasa bersama mu

Semoga nasihat ini tertanam dalam sanubarimu

KURMA ,KISMIS, MADU

Sabda Rasulullah  s.a.w

"Berilah makan buah  kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana
sekiranya  wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal
dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun  serta
cerdas
pemikirannya." 


Kebaikan  Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali
jika
puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini  akan
memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga
dicalitkan sedikit di lelangit  bayi. 

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa
melahirkan
nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula  yang merbahayakan malah
ia
merupakan makanan Rasullullah  s.a.w. 
Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus
puan
buat, makanan manis2 yang lain puan  jauhkanlah. Buah kurma tidak
merbahayakan kesihatan kerana  ianya mengandungi banyak khasiat. 


1)  KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda:
        "Rumah yang tidak  ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan
penghuninya kurang sehat".

        "Berilah  makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia
melahirkan,  sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi
seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)".


Abu Abdillah a.s. bersabda: 
        "Buah kurma adalah salah> satu buah yang berasal dari syurga dan
dapat mensirnakan  pengaruh sihir". 

Abu Abdillah a.s. bersabda: 
        "Orang  yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan,
maka
pada hari  itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak  diganggu
setan". 

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.  bersabda: 
        "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka  cacing-cacing
yang ada di perutnya akan mati". 


2) KISMIS 

Nabi Muhammad SAW bersabda: 
        "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari
sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa  penyakit kecuali
kematian". 

        "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat  menghilangkan
kepahitan (empedu/cairan kuning),  menghilangkan  lendir, menyehatkan
badan,
membaguskan rupa, menguatkan  saraf dan menghilangkan letih". 

Imam Ali  a.s. bersabda: 
        "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia  tidak akan
melihat pada jasadnya suatu yang tidak  disenangi". 

        "Kismis  dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit,
menghilangkan  panas dan memulihkan kesehatan jiwa". 

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat
menghilangkan lendir dan menyehatkan  jiwa". 

3) MADU 


Nabi Muhammad  SAW bersabda: 
        "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat  melakukan
nasehat
Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya  dari 77 penyakit". 

        "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia
meminum
madu". 

        "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat
mengkonsentrasikan
hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam  dada". 

        "Allah SWt telah  meletakan berkah di dalam madu dan
menjadikannya
sebagai  obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70  Nabi". 

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: 
        "Madu  adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di
dalamnya,
ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". 

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: 
        "Rasul saw  sangat menyenangi madu". 

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau  bersabda: 
        "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu  meminum madu dan
membaca Al-Quran". 





Kelebihan bersyukur

Bersyukur ialah : pengi’tirafan atau penerimaan suatu ihsan atau kebaikan. Seperti kita berkata : “Aku bersyukur kepada ALLAH” atau “Aku bersyukur atas segala nikmat dan kurnia ALLAH.” Bersyukur seumpama memuji, namun memuji itu lebih umum sifatnya dari bersyukur, kerana kita biasanya memuji seseorang itu atas sifat-sifatnya yang baik lagi mulia, tetapi kita tidak bersyukur kecuali atas perbuatan seseorang.


Dari segi bahasa, asal penggunaan perkataan ‘syukur’ ialah : Wujudnya kesan pemakanan dalam tubuh haiwan, maka ‘syakur’ pada haiwan ialah : Bahan makanan sedikit yang mencukupinya, atau bahan makanan sedikit yang menggemukkannya. Dari pengertian ini, jelaslah bahawa syukur itu ialah : Wujudnya kesan nikmat ilahiyat atas diri seorang hamba yang beriman; tercetus dari lidahnya pujian dan sanjungan dan pada dirinya peribadatan dan ketaatan. Sedikit nikmat yang diterimanya mencetuskan kesyukuran yang melimpah. Apatah lagi jika dianugerahkan nikmat yang ruah.


Syukur adalah suatu syu’bah dari syu’bah-syu’bah iman. Sifat-sifat yang tercetus dari syu’bah ini ialah seperti : sabar, redha, taubah, berserah, berharap, taqwa, khusyu’, ihsan, ibadah dan yang seumpamanya.


Syu’bah-syu’bah ini, sekalipun kesemuanya adalah dari cabang-cabang iman dan ia adalah kesan zahir dan batin dalam diri seseorang insan yang beriman, namun ia berbeza antara satu dengan yang lain. Sebahagian dari syu’bah-syu’bah ini berfungsi sebagai unsur amali bagi ‘syukur’, sementara sebahagian yang lain bertindak sebagai unsur amali bagi ‘sabar’.


Dalam hal ini, kitab suci Al-Quran telah membuat perbandingan antara ‘syukur’ dan ‘sabar’ ini di beberapa tempat. Antaranya firman ALLAH ‘Azzawajalla dalam surah Ibrahim ayat 5 :

”Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan ALLAH bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.”


Maka bersyukur atas nikmat, digambarkan dengan sabar atas kesusahan.


Dalam sebuah hadiths yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim radiALLAHuanhu, Rasulullah SallALLAHualaihiwasalam telah bersabda:


”Amat menghairankan sekali keadaan orang mukmin itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mukmin itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran- yakni yang merupakan bencana- iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya.”


Dalam beberapa syu’bah, syukur dan sabar ini saling bertimbal. Ada kalanya syukur itu lebih umum sifatnya dari sabar, begitu pula sebaliknya dalam syu’bah yang lain. Contoh yang menunjukkan bahawa syukur itu lebih umum sifatnya ialah atas perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh ALLAH ‘Azzawajalla yang memerlukan kesabaran, maka seorang mukmin mensyukuri Tuhannya atas apa yang diturunkanNYA dalam bentuk kesusahan lantas ia bersabar. Kesyukurannya itu berdasarkan keimanannya yang padu bahawa ALLAH ‘Azzawajalla amat Bijaksana dan amat Penyayang.


Jelasnya ialah setiap sesuatu yang memerlukan kesabaran seorang mukmin, maka kesyukuran ada bersamanya. Di sini menunjukkan, kesyukuran lebih umum sifatnya dari kesabaran.


Dan syukur itu salah satu dari sifat-sifat ALLAH ‘Azzawajalla. Sebelum para hambaNYA diarahkan bersifat dengan sifat tersebut, IA telah mengkhabarkan kepada mereka bahawa syukur itu salah satu dari sifat kesempurnaanNYA. Salah satu dari namaNYA dalam “Al-Asmaul Husna” ialah “Asysyakuur”, tidak pernah mengabaikan amalan seorang hamba dan tidak pernah menganiayai dan menzalimi hamba, bahkan mengganjarinya dengan ganjaran yang berlipat ganda atas setiap amalan yang baik tetapi atas tiap amalan yang buruk, seorang hamba itu tidak pernah dibalas melainkan berdasarkan amalan buruk yang dilakukannya, bahkan jika hamba yang bersalah itu bertaubat, maka ALLAH ‘Azzawajalla adalah amat Pengampun dan amat Penerima taubat.

KELEBIHAN ORANG YANG MEMILIKI SIFAT SABAR

Layari doa munajat: usrati27-2-14: doa munajat youtube
 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

 Sebagaimana Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud:
“…dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan mejadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang Allah berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas manfaatnya daripada kesabaran.”

Riwayat Bukhari & Muslim

Pengajaran:

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat islam

2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah mempunyai latihan yang berterusan.

3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.

4. Orang yang bayak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-sobirrun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.

5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.

6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah Taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia hingga ke akhirat.

7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
· >> Masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
· >> Diampunkan dosa-dosa yang lalu
· >> Memiliki iman sejati

Puisi :Ibu, Aku tidak akan pernah lupa


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Aku tidak akan pernah lupa
dan akan terus ingat
sehingga ke akhir hayat
kerana ibu sudah terlalu banyak berkorban...

Aku tidak akan pernah lupa
kali pertama melihat ibu menangis
Aku tidak akan pernah lupa
kerana ibu telah banyak berkorban
apa sahaja

Aku tidak akan pernah lupa
sebaik sahaja anda berbalut ketabahan
Aku tahu manusia yang membesarkanku
Aku tidak akan pernah lupa
apabila ibu dengan semangat di dada
Memupuk aku menjadi manusia berguna

Aku tidak akan pernah lupa
Melihat ibu dengan segala kegigihan  

Ibu menjadi kuat untuk mendidik anak-anak

Aku tidak akan pernah lupa
Dan meletakkan tanda setia
Ketika ibu melindungi aku dengan kasih sayang
menjadi manusia yang berguna

Aku tidak akan pernah lupa.
walaupun aku seorang insan yang mudah lupa
tiada jawapan untuk semua jasa ibu
kerana ibu tidak mengenang sepenuhnya
di dasar kasih yang memahami

Ibu...
Aku tidak akan pernah lupa
mengucapkan terima kasih
dan akan terus ingat melafazkannya
sehingga ke akhir hayat
Aku tidak akan pernah lupa
segala penat lelah ibu yang murni itu ...