Monday, 26 January 2026

Puisi baru 11: Meniti Jejak khalifah ar Rashidin

 Peringatan buat diriku yang lalai 

Canva 

Aku bukan seperti mereka,

sahabat yang dijanjikan syurga,

iman mereka teguh bagai gunung,

sedang aku sering goyah dan alpa.


Namun Ya Allah,

aku ingin meniti jejak langkah mereka,

yang hidup sederhana di dunia,

tetapi kaya di sisi-Mu di akhirat sana.


Mereka mendahulukan-Mu dalam segala,

harta, masa, dan jiwa diserah penuh reda,

tidak mengejar nama atau pujian,

hanya mencari wajah-Mu yang Maha Mulia.


Ajarkan aku kejujuran Abu Bakar,

keadilan Umar yang berani dan benar,

rasa malu Uthman yang menjaga diri,

dan keberanian Ali yang penuh hikmah dan ilmu.


Jika aku tak mampu menyamai mereka,

cukuplah aku mencintai jalan yang mereka pilih,

kerana aku dengar—

cinta kepada orang soleh juga satu harapan kasih.


Ya Allah,

himpunkan aku bersama mereka kelak,

walau amalku sedikit dan cacat,

asalkan langkahku menuju arah yang tepat.

No comments:

Post a Comment