Tuesday, 17 August 2021

Keperluan Nutrisi untuk tubuh yang sihat

 

Foto:
https://www.slideshare.net/nurlailiizzati3/bab-2-nutrisi-kelas-makanan

Sumber:
https://saji.my/nutrisi-makanan/
Penulis: Itawrah

# Karbohidrat
Karbohidrat adalah sumber tenaga yang utama bagi tubuh seseorang. Gula yang terdapat di dalam tubuh akan ditukar menjadi glukosa untuk menjadi sumber tenaga.

Pengambilan karbohidrat mestilah mengikut saiz yang betul supaya tidak  memudaratkan tubuh badan kita. Sekiranya diambil secara berlebihan serta tanpa kawalan, karbohidrat yang memasuki tubuh akan disimpan dan membentuk lemak.

# Protein
Pengambilan sumber protein pada setiap hari adalah sangat baik untuk pertumbuhan dan menggantikan sel yang rosak dalam badan. Protein yang terdapat dalam tubuh badan akan ditukarkan kepada asid amino sebelum diserap oleh sel – sel bagi membolehkan pertumbuhan serta kebolehan metabolisme seseorang.

Setiap hari tubuh kita memerlukan sebanyak 0.8 gram sumber protein dari setiap 1kg berat tubuh badan. Bagi seorang wanita, ia memerlukan sebanyak 36gram protein manakala lelaki pula memerlukan sebanyak 44 gram setiap hari.

Saiz protein antara 36 hingga 44 gram adalah bersama 1 hingga 2 keping dada ayam. Namun begitu, protein tidak baik diambil secara berlebih kerana ianya boleh menyebabkan sakit urat, peningkatan kolesterol, kegagalan buah pinggang serta risiko kanser.

Bagi mengelakkan protein yang berlebihan, sebaiknya 1 kuantiti sahaja hidangan berasaskan protein diambil yang terdiri dari ayam dan ikan. Bagi pengamal vegetarian, protein digantikan dengan sumber protein yang lain seperti kekacang, tempe, biji – bijian serta sayur hijau.

# Lemak
Lemak juga merupakan sumber tenaga yang membantu penyerapan Vitamin A, D, E, dan K dan pembentukan hormon di dalam tubuh. Sumber lemak terbaik adalah avokado, kekacang-sayur hijau serta buah-buahan.

Pengambilan lemak berlebihan adalah tidak bagus kerana boleh menyebabkan masalah seperti obesiti, sembelit, kolesterol tinggi, risiko kanser serta kerosakan dinding arteri serta otak.

Setiap orang dewasa hanya perlu mengambil sebanyak 30 peratus lemak, 30 peratus protein serta 40 peratus karbohidrat. Sebaiknya lemak yang diambil mengandungi omega-3 serta minyak zaitun.

# Vitamin
Vitamin adalah sangat penting untuk merawat sel – sel tubuh serta metabolisme badan. Setiap sel dalam tubuh memerlukan vitamin yang banyak dan kebanyakan manusia kurang mengambil vitamin untuk tubuh.

Vitamin C serta B kompleks sebaiknya diambil setiap hari kerana ianya tidak disimpan di dalam tubuh dan dikeluarkan melalui urin. Kekurangan vitamin di dalam badan menyebabkan penyakit mata, hipertensi, anemia, penyakit ginjal, eczema, kanser, batuk, osteoporosis serta menstruasi.

Sumber vitamin boleh diperolehi daripada sayur  – sayuran serta buah – buahan seperti epal, tomato, bayam, sunflower seed, avokado, buat bit, lemon serta kekacang.

# Mineral
Mineral adalah penting untuk pertumbuhan dan proses metabolisme dalam sel badan. Setiap hari badan kita memerlukan sumber mineral bermula dari rambut, kulit, tulang hingga sel darah. Mineral juga dapat meningkatkan fungsi saraf serta dapat membantu menukar makanan menjadi tenaga.

Kekurangan sumber mineral menyebabkan masalah seperti proses metabolisme tubuh terganggu, masalah kesihatan seperti osteoporosis, anemia, mudah lelah, kulit kering, rambut kering hingga masalah keseimbangan hormon.

Terdapat dua jenis sumber mineral iaitu mineral major dan minor. Mineral major merupakan kalsium, kalium, sulfur, fosforus serta magnesium. Setiap hari badan kita memerlukan sebanyak 100 gram atau lebih sumber mineral.

Mineral minor pula merupakan sumber mineral yang diperlukan dalam jumlah yang kecl sahaja. Ia terdiri daripada zink, besi, mangan, tembaga, boron, silikon, molibdenum, vanadium, kromium, selenium, dan iodin.

Mineral juga banyak terdapat daripada sumber tanaman yang tumbuh dalam tanah seperti halia, kunyit, lobak merah, buah bit, kekacang, serta sayuran berwarna hijau gelap seperti kale.

# Serat Tumbuhan
Serat tumbuhan atau serat makanan (dietary fiber) merupakan bahagian makanan yang tidak diuraikan oleh tubuh dan membantu untuk menjaga fungsi sistem perkumuhan yang lebih baik.

Ia berguna untuk membantu penyerapan nutrisi di usus, menjaga aktiviti usus secara tetap dan optimal, imunisasi dan keseimbangan bakteria usus.

Setiap tubuh badan perlu mengambil sayur – sayuran hijau seperti bayam, kale, parsly, saderi serta sayuran hijau lain. Antara sumber karbohidrat dan protein yang kaya dengan serat adalah seperti gandum, sorghum serta edamame.

# Air
Tubuh manusia mengandungi sebanyak 65% air. Kandungan air di dalam tubuh akan berkurangan kerana berlakunya proses perkumuhan, pernafasan, peluh serta air kencing

Adalah sangat penting untuk kita mengekalkan komposisi air di dalam badan dengan minuman air mineral atau air putih secukupnya. Selain itu, selain meminum air, sumber air juga boleh diperolehi daripada buah – buahan seperti timun, tembikai, limau, serta sayur – sayuran yang mengandungi kandungan air yang tinggi.

Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan gangguan serta kerosakan pada sel  dan organ badan seperti otak, mata, darah, dan saluran perkumuhan. Tanda – tanda tubuh kekurangan air adalah daya konsentrasi seseorang terganggu, moody, mata kering, darah menjadi pekat, tekanan darah rendah, warna urin kuning pekat, penyakit batu karang serta sakit ketika membuang air kecil.

Setiap orang disaran me air lebih kurang 8 gelas sehari (2-3 liter). Namun, air juga tidak boleh diambil secara berlebihan. Warna urin yang pekat menunjukkan badan kekurangan air dan pengambilan air minuman adalah sangat diperlukan.

Kesimpulan
Setiap makanan yang kita ambil setiap hari mengandungi pelbagai nutrisi. Ia sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi menjalankan fungsi organ dalam badan. Nutrisi seharusnya diperolehi daripada makanan kerana tubuh manusia tidak menghasilkan nutrisi dalam badan.

Makanan yang berkualiti adalah makanan yang mengandungi kandungan nutrisi yang tinggi. Ia sangat baik untuk tubuh badan seseorang. Pengambilan kombinasi karbohidrat, protein, vitamin, mineral, air, lemak dan sebagainya perlu diambil secara berpatutan dan tidak berlebihan. Ia perlu diambil mengikut keperluan badan bagi mengelakkan sebarang keburukan jika diambil berlebihan.



No comments:

Post a Comment