Friday, 20 August 2021

Muhasabah diri: Hikmah bersangka baik kepada Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Peringatan buat diriku yang lupa

Husnudzon yang dipetik daripada ungkapan Husn al-Dhan Billah (berpandangan positif kepada Allah SWT) menjadi kesinambungan dari rukun asas yang membentuk keimanan seorang muslim.

Ketika kita mengalami musibah, kita haruslah sentiasa bermuhasabah diri dan yakin bahawa ada hikmahnya di sebalik musibah tersebut. Itulah amalan husnudzon yang amat dituntut di dalam Islam.

Ada manusia beranggapan tidak baik ketika Allah tidak membantunya pada saat dia memerlukan pertolongan. Maka, dia berasakan dirinya tidak disayangi, doanya tidak pernah dimakbulkan dan amalan kebaikannya sia-sia. Sangkaan seperti itu akan menjadikan dirinya jauh daripada Allah SWT.

Allah SWT maha mengetahui setiap apa yang akan berlaku dan dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya.

Jujur, bila mana satu-satu ujian hadir, bohong jika dikata hati tidak bertanya mengapa? Kenapa?

Namun, bila ia selalu hadir, saya belajar dengan sendirinya, belajar untuk lihat segalanya dalam prespektif lebih luas.

Jika mahu dibilang air mata entah berapa liter lah perkiraanNya.


Rujukan:

http://shadesofqaeds.com/2017/12/masjid-ubudiah-kuala-kangsar/

https://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/bersangka-baik-dengan-allah/

https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/bersangka-baiklah-kepada-allah/

https://today.salamweb.com/ms/husnudzon-dan-hikmah-selalu-berbaik-sangka/

No comments:

Post a Comment