Saturday, 27 December 2014

Bagaimana menjadi rakan baik yang selalu membantu tanpa mengambil kesempatan


  layari juga Jangan buat hal time mula2 masuk kerja


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi

Menjadi rakan baik yang selalu membantu adalah hebat, kerana ia adalah sesuatu yang baik kepada sesiapa sahaja, malah boleh menjadikan anda popular, dan ia akan memastikan bahawa rakan-rakan anda akan berada di sisi apabila mereka memerlukan sesuatu. Walau bagaimanapun, ia sukar untuk menjadi rakan baik yang selalu membantu namun anda boleh cuba untuk mencapainya, jika anda berada di tempat yang betul. Baca seterusnya...

Perlu diingat, bersahabatlah kerana Allah... pasti mendapat pahala yang berlipat ganda


Langkah2nya:

1. Telefon atau mesej kawan-kawan yang tidak hadir kerja/sekolah. Anda mungkin merasa pelik dan janggal, tetapi cuba fikir jika anda mungkin berada di hospital, tentu anda terharu jika seseorang mengingati anda. Jika seseorang itu anda tiada hubungan rapat, hanya kenalan di jalanan, maka anda tidak perlu untuk menelefon/mesejTetapi jika ia adalah seseorang yang selalu makan makan tengah hari bersama, anda mungkin perlu menelefon/mesej.

2.  Menyediakan barang2 penting. Pergi ke kedai ubat dan beli tisu (jika anda perempuan boleh juga pad sanitary) dalam pembalut. Lain-lain yang berguna termasuk sanitizer tangan, losyen, jam tangan, pengikat rambut, pen, bekalan pertolongan cemas, dll. Letakkan semua barangan dalam beg galas atau beg anda. Jika seseorang mengadu tentang luka atau lepuh, bersin kerana selesema atau alahan, atau mempunyai suatu "kecemasan" di tempat kerja (atau dalam kelas), anda boleh mengeluarkan barangan perlu bagi menyelesaikan masalah mereka. Jugajika seseorang menangis, anda boleh menepuk belakang mereka, dan memberikan mereka tisu.

3.  Mencari jalan untuk menghilangkan 'bad mood'. Sukar untuk bertimbang rasa jika anda penuh dengan kemarahan atau rasa tidak puas hati. Anda memerlukan satu cara untuk menghilangkan 'bad mood' kepada orang lain. Jurnal dan senaman dapat membantu melepaskan kemarahan dan kekecewaan. Jika anda merasa tertekan atau cenderung untuk melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri, seperti menumbuk  diri anda, cuba untuk memikirkan gantian kepada benda lain. Sebagai contoh, jika anda suka menulis apabila ada perkara negatif dan merasa tertekan, cuba tulis tentang apa yang anda rasa setiap kali anda merasa 'bad mood'. Bagi orang-orang yang lebih aktif, cuba melompat atau berlari-lari. Jika anda benar-benar memerlukan bantuan, ia mungkin idea yang baik untuk bercakap dengan seseorang seperti kaunselor.

4.   Lakukan apa yang anda perlu bagi merasa yakin. Ia lebih mudah untuk menjadi rakan baik yang selalu membantu  jika anda yakin. Bagaimana anda boleh membantu seseorang jika anda takut untuk mendekati mereka? Apa sahaja yang membuat anda merasa yakin- menyanyi, menulis, memakai pakaian kegemaran anda membuat anda merasa gembira dengan cara tersendiri.

5.  Berpegang kepada prinsip anda dan wujudkan sempadan. Menjadi rakan baik yang selalu membantu adalah hebat, tetapi mereka mungkin ambil kesempatan daripada kebaikan anda. Satu cara untuk mengelakkan ini adalah untuk berpegang kepada prinsip anda. Berikan peluang kedua jika mereka benar-benar lewat datang mesyuarat, tetapi tidak tersenyum apabila mereka melakukannya sekali lagi.

Thursday, 25 December 2014

.....

Layari:  15 Kesilapan Dalam Hidup Yang Anda Tidak Mahu Lakukan (dan Bagaimana Nak Perbetulkan Jika Dah Terbuat)

Salah satu faedah melihat setiap tahun berlalu dalam hidup ini ialah kemampuan untuk melihat ke belakang dan lihat dimana silap kita.

Jika anda melihat ke belakang secukupnya dengan pandangan yang bijak dan hati yang terbuka, anda akan selalu dapat membetulkan diri disepanjang perjalanan ini. Atau setidaknya anda boleh belajar dari kesilapan untuk jadi lebih bijak dan tabah dalam setiap sudut kehidupan anda.

Pengurusan Wang berkesan

Pengurusan wang berkesan: 7 hari dengan sikap baru....

Wednesday, 17 December 2014

Warkah untuk ibu: Dengarlah bisikan hatiku, "Mak, mak memang hebat!"


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi


PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA


Mampukah aku menjadi seorang ibu sehebat mak?
(Kisah benar-Peristiwa masa aku kecik2)

Petani yang tabah…
Mak akan ke sawah setelah menyelesaikan tugas-tugas rumah. Nanti tengahari mak pulang, memasak pulak. Kalau cuti (hari minggu) kami adik-beradiklah yang menyelesaikan masakan tengahari. Petang lepas solat zuhur, pergi lagi ke sawah. Balik, makolat asar dan mengarahkan kami adik-beradik angkut air telaga ke dapur. Kalau sawah jauh, selalunya mak jarang pergi hari sekolah. Mak masak siap2 dan kami ikut sekali. Mak bawak bekalan dan tak lupa bawak kelengkapan solat. Lepas makan tengahari, kami solat kat tepi sawah bawah pokok kelapa. Seronok juga ‘piknik’ kat situ. Sambung balik kerja kat sawah sebelum pulang bila hari dah petang.

Penanam sayur yang bijak…
Mak akan bawak benih sayur/pokok bila ke sawah. Sambil berhenti penat, mak korek batas bendang. Masukkan benih, macam2, kadang2 jagung, kadang2 biji tomato/terung/timun/kacang panjang, bendi/cili/labu dan sebagainya. Nanti kalau ke sawah lagi mak siram pokok kat batas masa berehat lepas kerja di sawah. Bila  dah berbuah, mak bawak sekali timba ke, apa bekaspun boleh, kutip hasil tanaman bila ‘time’ nak pulang. Tapi tok pun macam tu jugak, keturunan kut.
Yang boleh disangsi... Bila aku try tanam kat rumah sekarang macam segan aje pokok tu nak hidup. Kalau hiduppun macam malu nak meneruskan hidup..

Depan laman rumah pun mak tanam pokok jugak, bayam, cili, kacang panjang dan lain2. Ubi keledek/kayu pun mak tanam. Pendek kata, tak susah kami adik-beradik nak makan sayur/ubi, petik aje kat depan rumah.

Peminat pokok bunga...
Depan rumah mak tanam pokok bunga. Macam2... Tapi di celah2 pokok bunga mak ada gak pokok cili, kadang2 pokok daun sup/pegaga dan lain2.

Penternak ayam itik yang kreatif…
Mak buat sendiri reban ayam, jangan tak tahu.. Kreatifnya mak.. Lau itikpun mak bina sendiri. Nanti bila ayam/itik dah besar, kalau tak ada ikan, mak sembelih sendiri… nasiblah sapa yang jadi tukang pegang ayam/itik mak. Kadang2 aku, kakak atau abang. Mak masak mudah2 aje, kadang2 masak kicap, kari dan lain2.  Bila ayam/itik dah bertelur, mak kutip lah telurnya. Boleh ubah resepi harian.

Penangkap ikan yang  sabar...
Mak bawak pukat ke sawah. Nanti balik angkat pukat... Kadang2  mak arah berdiri selari dgn pukat. Kemudian bergerak ke arah pukat. Dan ikan terperangkap. Seronok...
Boleh buat ikan kering/pekasam kalau banyak sangat. Kadang2 tahan bubu kat tepi sawah yang teduh. Dapat jugak 5/6 ekor ikan sepat/puyu.

Pendidik yang merendah diri…
Walau tak pernah ke tadika, mak dah ajar abc dan 123 sebelum masuk darjah1 di sekolah. Mak tu sekolah sampai darjah 5 saja, tapi cita-cita mak tinggi. Anak2lah penyambung cita2 mak. Mak memang akan bagi nasihat. Belajar bersungguh2. Nanti kerja. Kalau kami cemerlang mak nasihat, jangan sombong, nanti perlu pikul tanggung jawab yang besar/berat bila dah dewasa jika kita bijak...

Malam2, mak ajar alif, ba, ta... semenjak 5/6 tahun.  Tapi aku kuat merajuk. Kalau kena marah, seminggu tak mahu mengaji.  Bila makpasti dah pandai baca Quran,baru mak serah kat guru Quran untuk ajar tajweed. Bukan mak tak tahu, tapi mak nak anak mak dapat didikan yang terbaik. sayang mak...

Mak jahit telekung, kecik2 mak suruh ikut mak solat. Lucu jugak, masa tak pandai baca al-fatihah, aku baca muqadam. Mak tergelak. Aku tak faham. Aku baca lagi kuat..

Kaunselor yang berhemah…
Pernah sekali, aku dimasukkan ke kelas lain yang agak lemah kerana tersilap nama. Mak kata tak apa. Buktikan kepandaian kita walau di mana kelas kita di tempatkan.

Tukang jahit yang rajin…
Baju sekolah mak jahit sendiri. Belajarkat manapun aku tak tahu. Rasanya macam ‘trial and error’ saja. Tapi bila dah masuk tingkatan, banyak le pulakkarenah anak dara mak. Tak cantik le, nak upah orang lah pulak.  Mengada2… Langsir/sarung bantal mak jahit sendiri. Kadang2 tu siap buat sulam2, walaupun tak lah cantik macam kat dalam tv tu, tapi kami seronok juga menyibuk.

Doktor yang penyayang…
Mak akan cari apa2 saja ubat tradisional kalau tak sempat lagi pergi klinik. Tapi, kalau sakit berterusan, mak memang akan bawak pi hospital/klinik cepat2. Sebagai contoh, mata aku ada selaputpun mak sedar. Mula2 pergi klinik swasta ja. Tapi tak mahu hilang terus walaupun dah berkurangan. Pastu, mak bawak aku jumpa pakar mata kat Taiping (masa darjah 3). Masa tu doktor perempuan. Orang Mesir. Masih terngiang2 doktor tanya kau. Tapi aku tak faham. Adik-beradik lain sakit aku tak berapa perasan… Pasal aku anak bongsu.

Ibu yang sentiasa berkorban…
Tak terhitung dengan kata2… Terlalu banyakkkkkkk…

Warkah untuk ibu, Kesian mak


Layari juga: puisi-doa-untuk-ibu
                    puisi-tangisan-mata-bunda
                    puisi-ibu-aku-tidak-akan-pernah-lupa
                    coretanku-mak-mak-memang-hebat
                    muhasabah-pagi
Kesian kat mak…
Aku sangat kesian kat mak…

Dulu masa kecik2, mak yang susah-payah bawak aku ke klinik kalau sakit. Bila mengenangkan kenangan masa kecik2 dulu mahu rasanya air mata ini mengalir. Tapi suami kata, baru jadua minggu lepas kita balik. Masa ni tentu mak gembira kalau aku balik. Macamana lah mak boleh jatuh katil. Terkejut tengok sms kak wan kirim dua hari lepas. Berbenjol dahi mak. Dah lah sakit telinga.
Aku kecik2 dulu selalu sakit telinga. Macamana tak sakit berkubang berjam2 kat tali air, sorang2 pulak tu.Bila mak bawak kayu nak pukul, lagi lah takut nak naik, sampai kena pujuk pulak, takut mak betul2 pukul… hehe…

Bila air masuk telinga, barulah nak menyesal. Mak bawak pergi klinik. Sensitive sungguh telinga aku ni. Mesti nak sakit, masuk air sikit pun tak boleh… Bukannya budak Bandar. Dari lahir memang dok menetap kat kampong. Macam cerita ‘kampung girl’ lah pulak.
Itupun kejap ja. Lepas tu berkubang lagi, mengalahkan kerbau…

Kak wan cakap telinga mak sakit sampai sebelah kepalapun rasa sakit..  

Sedihnya hati aku.

Ingat hujung minggu ni nak pujuk suami balik kampong, tapi dia kata kita jalan2 kat Krabi, bukannya kita pernah pergipun. Nama saja menetap di utara, tapi nak langkah sempadan memang aku anak-beranak tak pernah pergi.



Akupun sebenarnya memang dah tak sabar nak ikut rombongan kawan2 suami.. Dah plan berminggu-minggu. Nanti kalautakjadi bilapulak nak pergi. Bukannya berani nak pergi Thailand sendiri. Itulah, kata suamiku. Anak2pun dah tergedik2 tengok internet survey le kata diaorang… Tempat2 menarik. Macam lah dia orang yang memandu kereta…

Mak.. Mak… Jangan lah mak kecik hati dengan aku sekeluarga..
Aku doakan mak dah semakin pulih setelah kakwan bawak pergi klinik dua hari lepas.
InsyaAllah, kalau ada kesempatan aku akan segera pulang minggu depan…