1. Tan Sri Dato’ Seri Syed Mokhtar Albukhary – US $2.2 billion
- .
- .
- .
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 12 Disember 1951. Syed Mokhtar tidak sempat mengambil periksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
Keluarga bapanya Syed Nor AlBukhary dan ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Ketika umur 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama bapa saudaranya Syed Omar di Johor Baru hingga ke Tingkatan Dua. Kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael's.
Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan beliau ialah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Beliau diasuh oleh ibunya sejak kecil oleh ibunya Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat untuk menderma kepada orang miskin.
Syed Mokhtar berkahwin dengan Sharifah Zarah binti Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary. Sharifah Zaharah adalah hasil perkahwinan kedua Syed Kechik dengan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah. Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang anak.
Kesimpulan:
- Hanya Syed Mokhtar Albukhary yang tersenarai sebagai Melayu dalam kelompok 50 terkaya Malaysia 2025.
- Bumiputera kaya lain berada di tahap kekayaan yang lebih rendah, seperti Syed Azman (~US $810 juta).
- Kekayaan Melayu paling menonjol banyak datang dari sektor utiliti, automotif, media dan philanthropic leadership.
No comments:
Post a Comment