Thursday 25 January 2024

Laluan trafik di dataran n dalam masjidil Haram

 



Siapa yang mengaku sebagai seorang muslim mesti teringin nak menjejakkan kaki ke Masjidil Haram. Namun, Laluan trafik di dataran n dalam masjidil Haram sangat lah sesak sehingga menyukarkan para muslimin dan muslimah untuk bergerak masuk dan keluar. Terima kasih kepada para anggota keselamatan di Masjidil Haram yang berusaha keras bagi memastikan semua pengunjung dapat menunaikan solat, haji dan umrah di sana seperti tawaf dan sa'ie.   Kadang-kadang, laluan terpaksa ditutup disebabkan oleh proses pembersihan dan proses pembinaan pembesaran masjid.  Cadangan yang diusulkan oleh diri kerdil ini hanya lah untuk memudahkan laluan trafik:


1. Sediakan sepanduk yang tinggi untuk laluan samada di dalam atau di luar masjid yang ditutup (sepanduk boleh letak tiang @ dipegang oleh anggota keselamatan) kepada jemaah samada masuk atau keluar.

Ini adalah kerana, jemaah tidak nampak jalan tersebut ditutup, bila dah dekat kecewa sangat sebab tak boleh lalu, badan dah penat untuk berpusing ke laluan baru. Ini menyebabkan ada jemaah yang naik Syeikh, nak rempuh jer pengadang tu.


2. Apa kata, laluan di dalam  Masjidil Haram  dibahagi kepada 2, macam sistem jalanraya. Jadi isu tolak menolak di kalangan jemaah dapat dikurangkan walaupun bukan secara total. Ada jemaah yang agak kasar ( India) dan ada jemaah yang kurang lasak seperti kami daripada Asia tenggara. Ada jemaah bertubuh besar( Turki) dan jemaah yang agak kecil saiz( Asia tenggara).

3. Jemaah yang telah melengkapkan 7 pusingan tawaf, apabila nak keluar daripada kawasan tawaf juga perlu dipantau sebab ada sebilangan kecil yang sesuka hati keluar apabila tamat, ini mengganggu jemaah yang masih tawaf.

Saya ingin mengucapkan terima kasih( Jazakumullahu Khairan) yang tidak terhingga kerana saya percaya Saudi Arabia dah bersungguh-sungguh ingin memastikan semua jemaah selesa... Tapi apakan daya bila yang datang tu dari seluruh pelusuk dunia dengan berbagai latar belakang sosial dan ekonomi.



No comments:

Post a Comment