Saturday 11 September 2021

Muhasabah diri: memohon maaf dan memaafkan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Peringatan buat diriku yang lupa




Maaf itu berkait rapat dengan kesilapan dan kesalahan. Maaf itu perlu dipohon jika ingin kemaafan. Maaf juga boleh diberi. Lazimnya orang yang bersalah itu memohon maaf, sementara orang yang tidak bersalah itulah yang memaafkan. Masalah akan berlarutan sekiranya orang yang bersalah itu tidak mahu memohon maaf. Begitu juga sekiranya yang dipohon maaf itu tidak mahu memaafkan. Apabila tiada saling bermaafan, maka kedua-duanya akan menanggung kesakitan, sama ada yang bersalah ataupun yang sebaliknya. Pilihlah sama ada mahu menanggung kesakitan tidak memaafkan atau melapangkan dada apabila saling bermaafan dan move on.
Pertemuan empat mata perlu dibuat bagi meleraikan salah faham yang berlaku antara mereka.

Kadangkala hanya perkara kecil pun boleh berlaku salah faham. Contohnya, bila seorang menteri dituduh menggunakan jam tangan mahal yang dipakai untuk memudahkan melihat waktu solat & arah kiblat.  Tambahan pula jika musafir, mudah solat di mana-mana walaupun di dalam ofis. Sebaiknya kita banyak bersangka baik bila berurusan dengan orang lain, hatta bila melihat fotopun apa salahnya kita bersangka baik selagi tidak terang-terangan nampak mcm buat salah.

Di antara kebaikan meminta dan memberi maaf ialah:

1. Baik untuk kesihatan mental
Manfaat dari memberi maaf boleh mengurangkan  kadar stres yang dialami seseorang. Semakin besar kemampuan berbesar hati, stres juga menurun. Tak hanya itu, gejala gangguan psikologi juga turut berkurang.
2. Merasa lebih tenang dan damai
Ketika seseorang belum membuka pintu maaf, emosi masih berantakan. Dengan demikian, bila memaafkan kesalahan pasti akan muncul rasa damai sekaligus perasaan menjadi tenang.
3. Hubungan dengan orang lain menjadi lebih baik
Memaafkan bukan hanya antara anda dan orang yang melakukan kesalahan. Lebih luas lagi, menyimpan rasa dendam sebenarnya boleh memberi kesan kepada hubungan dengan orang lain.
Contohnya adalah:
  • Merasa lebih mudah marah ketika berinteraksi dengan orang lain
  • Sulit untuk kembali percaya setelah dikhianati
  • Sulit mencuba membangunkan hubungan yang baru
4. Kelihatan positif secara fizikal
Ketika memutuskan untuk memaafkan kesalahan orang lain, di saat itulah Anda memberikan hadiah untuk diri sendiri secara fizikal. Ini adalah kerana memaafkan biasanya mengurangi rasa stres, Secara tidak langsung dapat:
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mengurangi rasa cemas
  • Tidur lebih nyenyak
  • Kepercayaan diri meningkat
  • Menjaga sistem imun

Proses asas memaafkan
Apabila kesalahan yang ingin dimaafkan bukan hal sembarangan, maka proses memaafkan boleh dimulai dari hal-hal kecil terlebih dahulu. Memaafkan kesalahan besar tentu bukan hal sederhana yang boleh dilakukan dengan mudah.
Ketika cuba membuka pintu maaf, jangan jadikan penyesalan atau perasaan orang lain sebagai pertimbangan utama. Anda tetap yang paling penting. Keutamaan dalam proses memaafkan ini adalah ketenangan batin anda sendiri, bukan apa yang dirasakan orang lain.

Rujukan:

https://ohmymedia.cc/tunjuk-contoh-baik-netizen-puji-menteri-agama-siti-kasim-saling-bermaafan/

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/12/767541/saling-bermaafan-terlerai-salah-faham

https://www.sinarharian.com.my/article/70647/KOLUMNIS/Memberi-dan-memohon-maaf

https://www.sehatq.com/artikel/manfaat-memaafkan-usir-stres-dan-sehatkan-jantung

No comments:

Post a Comment