Nurul Hidayah perlu menjalani Ujian Psikometrik dan Ujian Kecergasan pada 24 Mac 2015di IPDA, Jitra. Dia perlu menghadiri ujian untuk melayakkan diri untuk dipanggil temuduga.
29 April 2015 (hari Rabu) menjadikan akulah orang paling sibuk kerana kami akan bertolak daripada Jitra ke IPG Pulau Pinang di Bukit Chombee kerana Nurul Hidayah perlu menghadiri sesi temuduga bagi melayakkan dirinya menjadi guru. Puteriku yang ketiga, Nur Sakinah nampaknya sekali lagi terpaksalah ponteng sekolah namun kali ini sehari sahaja.
Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Tetapi bila dah 2.00 pagi 30 April 2015, barulah rasa mengantuk. Terpaksalah bertahan sebab kami akan bertolak pada pukul 4.30 pagi. Kami tiba di Tol Sungai Dua,lebihkurang 6.00 pagi untuk menunaikan solat subuh. Pukul 6.20 pagi, kami telah meneruskan perjalanan dengan menyeberangi laut menggunakanJambatan Pulau Pinang.
Walaupun temuduga bermula pada pukul 8.00 am tetapi kerana inilah pertama kali kami ke Bukit Chombee, maka ketika tiba di satu laluan ke Recsam suamiku tersilap mengambil jalan. Aku mula rasa gelisah kerana jalan sehala dan kenderaan semakin banyak yang menuju ke tempat kerja. Kemungkinan kami dapat berpatah balik juga semakin tipis dengan suasana trafik yang sesak. Namun setelah lebih setengah jam masih tidak dapat berpusing balik, ada sedikit ruang untuk kembali ke jalan bertentangan. Kami rasa agak lega dan hanya masuk melalui pintu belakang yang bersempadan dengan REcsam
Aku dan Nurul Hidayah bergegas masuk dan berlari-lari anak kerana jammsudah menunjukkan pukul 8.00 am. Seperti temuduga yang lain, ibubapa dan waris tidak dibenarkan berada hampir dengan kawasan temuduga.
Aku kembali ke kantin di Recsam dan sarapan bersam asuami. Setelah makan dan berbual dengan ibubapa lain yang turut menghantar anak mereka menghadiri temuduga, lebih kurang pukul 10.30 am Nurul Hidayah keluar tetapi menyatakan sesi temuduganya belum bermula. Urusetia tidak membenarkan bakal-bakal pelajar berada jauh dari tempat tersebut.
Rupa-rupanya sesi ke4 hanya bermula pada pukul 3.30 pm. Aku dan suami bersepakat untuk mengambil bilik penginapan Recsam untuk setengah hari (RM59.50). Di situ bolehlah aku membaca Yasin dan lain2 doa yang ku hafal supaya anakku tenang menhadapi temuduga tersebut.
Sebenarnya akupun tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Cukuplah sekadar pengalaman bagi puteriku ini. Ini adalah kerana bagi opsyen matematik(tertulis di surat tawaran temuduga), persaingan amat sengit dan boleh dikatakan hampir semua yang dipanggil, telah menghadiri sesi temuduga tersebut. Namun jika telah ditakdirkan anakku menjadi seorang pendidik apalah salahnya. Satu profesion yang sangat mulia...
No comments:
Post a Comment