Rasulullah SAW memberi amaran tentang kejadian 'sebelum Dajal muncul'dari lebih 14 abad yang lalu : "Sesungguhnya ketika hampir kemunculan dajal, tahun-tahun sebelumnya dipenuhi dengan pelbagai penipuan, orang-orang yang benar dan jujur dianggap dusta, golongan dusta pula dianggap benar, orang amanah dituduh khianat, manakala golongan khianat diserahkan amanah kepadanya. ketika itu golongan Al-ruwaibidahakan sentiasa bercakap.
Para sahabat bertanya, ' Siapakah golongan Al-Ruwaibah()? '
Baginda menjawab:' Mereka ialah golongan al-Fuwaisiq(orang yang melakukan kefasikan secara jelas terutamanya golongan muda) yang bercakap dalam berurusan awam. '"
[ Riwayat Ahmad ]
Dalam riwayat lain, baginda menyebut al-Safih (bodoh) dan al-Tafih(seorang yang lekeh dan tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan serta tidak memiliki sebarang kelebihan dalam pandangan agama) bagi menggantikan al-Fuwaisiq.
Siapakah al-Ruwaibah?
Mereka bercakap hak-hak wanita tetapi mereka mengetepikan hak Allah. Mereka bercakap tentang ekonomi negara sedangkan mereka pengganggur yang malasdan mempunyai hutang sekeliling pinggang.Mereka bercakap tentang dakwah tetapi keperibadian mereka amat kabur Islamnya.
Namun mereka mendapat tempat di pelbagai media , diterima dan dianggap hebat. manakala para ulama yang benar diketepikan dan digelapkan.
Kesimpulannya ...
Hanya Iman yang mampu membantu kita agar tidak terlibat dalam hal-hal sebegini...
Jaga iman ye...
Lampiran..
Majalah Solusi siri 75
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment