Sunday, 4 January 2015

Jom jadi jiran yang baik

Sentiasa menjaga keharmonian jiran2anda supaya tidak berlaku perkara2 yang membuat anda menyesal di kemudian hari...

Langkah-langkah:

  1. Berkenalan lah dengan jiran. Sapa bila berjumpa...
  2. Ambil berat tentang cara hidup jiran. Mereka mungkin tidur awal. Pastikan anda sekeluarga tidak membuat bising dan jika ada anak2remaja pastikan anda menasihati anak2 anda.
  3. Jika tingggal di rumah flat, kondominium, semi-D atau apa2 jenis rumah yang bersambung dengan rumah jiran, hindari dari kebisingan rumah anda (TV atau radio) yang boleh menembusi ketenteraman jiran.
  4. Jika memelihara binatang, pastikan binatang peliharaan anda tidak membuang najis di halaman kejiranan.
  5. Bila parking kereta, pastikan tidak menghalang keluar-masuk jiran2 atau mengganggu jiran bila pulang lewat malam atau terpaksa bergerak awal pagi.
  6.  Jika mengadakan kenduri atau apa2 majlis, pastikan anda memberitahu jiran lebih awal. Lagipun adakah anda tidak mahu menjemput mereka?
  7. Sentiasa memastikan halaman dan kebun kemas dan bersih. Apa salahnya tanya jiran jika mereka alah dengan bahan2 kimia seperti racun rumput dsb.
  8. Kalau membakar atau barbecue bagi tahu jiran2 awal2, mungkin mereka mahu menjemur kain kat luar, habis berbau pulak.
  9. Masukkan sampah sarap pada hari yang ada kutipan sampah dari majlis bandaran agar jiran tidak terganggu dengan bau busuk . Bersihkan kawasan sampah dan tong sampah.
  10.  Bertegur sapa dengan jiran. Sentiasa berhubung, manalah tahu  sakit ke dll, tentu mereka rasa selesa dengan anda.
  11.  Berwaspada takut ada apa2 jenayah di kawasan kejiranan...
  12. Jika anda mendengar apa2 berita tentang kejiranan (temasya, jenayah, dsb) bolehlah war2 kan dengan wasap/telefon.

No comments:

Post a Comment