Pembuli di pejabat
Aisyah (bukan nama sebenar)baru berusia 28 tahun seorang pendidik ketika
mendapat kenaikan pangkat dan telah dipindahkan ke Ipoh. Kegembiraannya tidak
bertahan lama apabila mengetahui terdapat dua staff senior yang bergabung dan
sangat ‘brutal’. Cukuplah dinamakan sebagai staf A dan staf B. Perangai staf A
yang agak kasar dan suka membuli terhadap staf yang kelihatan agak lemah atau
baru. Perangai staf B pula kelihatan lembut tetapi semua staf mesti mengikut
stail dan kehendaknya. Tidak boleh dikomen dan akan menarik muka serta tidak
akan bertegur sapa jika kemahuannya tidak dipenuhi. Sentiasa memilih subjek
kesukaannya untuk diajar dan jika dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas lain
yang bukan mengajar staf B akan mengamuk kerana katanya dia sibuk .
Aisyah terpaksa berpindah dengan 2 anak kecilnya yang baru
berusia 2 tahun dan 3 bulan tanpa suami kerana suaminya masih bertugas di Bandar
J. Bermulalah episode konflik pertama kerana sikap Aisyah yang kelihatan agak
lemah. Setiap hari di kantin ada-ada sahaja kata-kata menyakitkan yang
dilemparkan oleh staf A. Makan tak de kuah la, takut sangat nak makan buah la,
takut makan laksa kerana Aisyah ni memang kuat berpantang selepas melahirkan
anak kedua. Ketika di pejabat pula, asyik diperli kerana menulis senget
la,tidak pandai bergaul dan macam2 lagi.
Konflik kedua pula apabila Aisyah perlu mengajar subjek yang
digemari oleh staf B. Aisyah yang agak lurus terus mengajar subjek tersebut
tanpa sebarang syakwasangka setelah diarahkan oleh Ketua Jabatan. Rupa2nya staf
B yang tidak berpuashati dengan situasi ini tidak lagi menyapa aisyah. Mulanya
aisyah memang tidak pesan, tapi lama-kelamaan apabila staf2 wanita berkumpul,
bila aisyah ingin berbual akan dipotong oleh staf B. Begitu juga jika ingin
menanyakan soalan, cepat2 dicelah oleh staf B dengan menukar tajuk perbualan.
Keadaan ini berterusan sehingga setahun. Aisyah terasa
seperti disisih kerana staf2 wanita lain juga seperti ingin mengambil hati staf
A dan B. Aisyah lebih banyak berada di perpustakaan jika tiada kelas. bagi mengelakkan
konflik daripada bertambah serius. Rupa-rupanya staf A pula menyebarkan gossip
yang Aisyah tidak mahu bergaul dengan staf2 lain. Apabila staf A dan B berada
di tempat yang sama mereka akan menjadi lebih berani untuk mengeluarkan kata2
pedih.
Apabila bercuti, Aisyah akan mengadu kepada suaminya kerana
sudah tidak tertahan. Suaminya menuduh Aisyah terlalu sensitif dan tidak pandai
bergaul. Aisyah semakin tertekan bila pulang ke rumah mertuanya yang memandang serong
kepadanya kerana berpindah jauh. Memang dari awal perkahwinan lagi ibu
mertuanya selalu komplen yang masakannya tidak sedap, tidak pandai mengurus
rumah dan tidak bijak menjaga anak2.
Keadaan tidak berubah sehingga tahun keenam, selepas
melahirkan anak ketiga, Aisyah selalu mengalami sakit kepala dan sesak nafas.
Dia ke hospital. Doktor mengatakan dia perlu berjumpa pakar phisikitri kerana terlalu
stress.
Setelah meneliti, keadaan ini sebenarnya boleh ditangani
dengan segera jika:
1.
Pihak ketua Jabatan(atau pemimpin) cepat
bertindak mengasingkan kedua2 staf A dan B yang sangat bersahabat baik ini.
Bukannya hendak mengapi2kan mereka berdua tetapi menjarakkan staf ini supaya
staf seperti Aisyah ini kurang tekanan di tempat kerja seperti bertukar ke
jabatan lain.
2.
Aisyah juga perlu lebih positif iaitu mencari
rakan2 staf di jabatan lain supaya boleh menerima nasihat daripada mereka dan
menghindar dari rasa tersisih.
3.
Staf2 senior sepatutnya lebih peka
dengankehadiran staf baru dan sekurang2nya boleh dijadikan tempat meluahkan
perasaan atau mengurangkan tekanan. Bukannya bersekongkol dengan staf yang
berkelakuan seperti staf A dan B.
Nantikan Kisahbenar : Konflik di pejabat 2
Nantikan Kisahbenar : Konflik di pejabat 2
No comments:
Post a Comment