Friday, 14 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-d (orientasi pendidik hebat)


                     Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-c 




Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
PSPTN ialah singkatan yang digunakan untuk merujuk kepada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.[2]
Pelan Tindakan ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan dan pencapaian bagi projek-projek yang ditetapkan, di IPT - universiti  awam, politeknik dan kolej komuniti. Keterlibatan IPTS bagaimanapun wujud melalui pelaksanaan dasar, usaha menjamin kualiti,  latihan kepimpinan dan usaha-usaha yang menyokong Perkongsian Awam-Swasta (Private Public Partnership) di bawah RMKe-10.
PSPTN dibentuk berdasarkan Teras 2 dalam Rancangan Malaysia ke-9, yang jelas menyatakan bahawa untuk mencapai Wawasan 2020, Negara perlu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara digubal untuk menyokong teras Misi Nasiona dengan visi untuk mentransformasikan pengajian tinggi dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Transformasi ini merupakan peletakan asas ke arah kegemilangan dan kelestarian pengajian tinggi melangkaui tahun 2020.

Terdapat 4 Fasa Pelaksanaan PSPTN:
Fasa 1 (2007 - 2010): Peletakan Asas
Fasa 2 (2011 - 2015): Peningkatan dan Pemerkasaan
Fasa 3 (2016 - 2020): Kecemerlangan
Fasa 4 (melangkaui 2020): Kegemilangan dan Kelestarian
Malahan, terdapat 7 Teras dalam PSPTN:
·         Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti.
·         Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran.
·         Memperteguh penyelidikan dan inovasi.
·         Memperkasakan institusi pengajian tinggi
·         Mempergiatkan pengantarbangsaan.
·         Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
·         Mengukuhkan sistem penyampaian KPT.
Kesemua teras ini menggariskan matlamat dan sasaran pengajian tinggi negara.
……………………………..
Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini,pelbagai cara telah dilaksanakan dan ini termasuk meningkatkan bilangan pendidik di IPT yang perlu memiliki PhD kepada 60 peratus menjelang tahun 2010 berbanding dengan kedudukan pada tahun 2006 sekitar 25 peratus.
Untuk mencapai kecemerlangan penyelidikan yang standing dengan universiti terkemuka dunia, maka para pendidik (yakni penyelidik) di IPT perlu memiliki minat, keghairahan (passion) dan budaya penyelidikan yang tinggi dan disegani. Para penyelidik juga perlu mempunyai kolaborasi strategik dengan rakan sejawat di luar Negara. Secara berterusan,budaya R&D hendaklah dijadikan sebagai satu daripada kaedah utama bagi penemuan pelbagai bidang ilmu pengetahuan baru dan sumbangan penting kepada pembangunan Negara.
Aktiviti penyelidikan  tidak hanya terhad kepada para pendidik di universiti sahaja malah turut dipergiatkan di politeknik dan kolej komuniti untuk membantu pendidik melakukan inovasi dalam pengajaran, menerapkan nilai-nilai keusahawanan dan reka cipta di kalangan pelajar dan melengkapkan pelajar dengan kemahiran analitikal dalam menyelesaikan masalah. Aktiviti penyelidikan ini juga secara tidak langsung  dapat membantu menyediakan pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Sebagai gedung ilmu, IPT memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemajuan sosioekonomi negara dan pembangunan modal insan. Pada masa ini, IPT telah berkembang dengan pesatnya dengan pertambahan bilangan pelajar dan pelbagai program pengajian. Seiring dengan perkembangan globalisasi, IPT perlu mempunyai daya saing dan daya tahan supaya dapat berada dalam kelompok universiti terbaik dunia. Usaha meningkatkan keupayaan IPT akan berterusan untuk melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih cekap, telus dan berkesan ke arah mewujudkan sistem pengajian tinggi yang cemerlang.   Antara ciri IPT terkemuka dunia ialah kejayaan menarik dan mengekalkan ahli akademik terbaik yang dapat menyumbang secara Signifikan kepada kemajuan penyelidikan, menghasilkan siswazah yang dapat menguasai dan mengamalkan ilmu yang dipelajari demi kemajuan masyarakat setempat, negara dan sejagat

Dalam usaha memperkukuh keupayaan dan kewibawaan IPT, kualiti tenaga akademik telah dipertingkatkan dengan menggalakkan pensyarah melanjutkan pengajian di peringkat PhD dan pasca kedoktoran. Di samping itu,latihan-latihan dan kursus-kursus yang berkaitan disediakan kepada semua staf secara berterusan.Selain itu, nisbah bilangan pensyarah terhadap pelajar adalah setara dengan amalan terbaik antarabangsa, khususnya dalam bidang-bidang kritikal seperti perubatan, pergigian dan farmasi, serta bidang-bidang kejuruteraan dan seni bina.

IPT juga tertakluk pada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang diperkenalkan pada tahun 2002 bagi menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) terus menyediakan syarat dan terma perkhidmatan yang terbaik dalam perkhidmatan awam. Ini memandangkan Skim Pensyarah Universiti membenarkan kenaikan pangkat pensyarah tanpa tertakluk kepada kekosongan jawatan hingga ke gred khas A. Dalam pada itu, pensyarah juga dibenarkan menjalankan kerja-kerja perundingan dan mendapat perkongsian royalty daripada pengkomersialan hasil penyelidikan sehingga 80 peratus.

Mereka juga diberi peluang untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di samping mempunyai peluang untuk mengambil cuti sabatikal bagi menjalankan penyelidikan. Sungguhpun pensyarah tertakluk kepada umur persaraan 56 tahun pada masa ini, tetapi pada amalannya, pensyarah dibenarkan menyambung perkhidmatan secara kontrak sehingga berumur 65 tahun.
Walau bagaimanapun, skim perkhidmatan pensyarah politeknik dan kolej komuniti masih bergantung kepada
kekosongan jawatan dan terikat dengan skim perkhidmatan perguruan di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dasar membenarkan penglibatan pensyarah IPT dalam industri telah diperkenalkan dengan tujuan memberi pendedahan dan pengalaman sebenar yang berkaitan dengan bidang kesarjanaan mereka. Program Sangkutan ke Industri selama tiga (3) hingga enam (6) bulan bagi pensyarah politeknik dan kolej komuniti telah dimulakan sejak tahun 1999. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk memberikan pendedahan industri kepada tenaga pengajar bagi memantapkan pengetahuan dan pengalaman serta mengikuti perkembangan semasa mengenai teknologi terkini bersesuaian dengan keperluan kursus.

Politeknik juga menyediakan laluan pengajian teknikal di peringkat sijil dan diploma. Semenjak penubuhan Politeknik Ungku Omar pada tahun 1969, bilangan politeknik telah bertambah dengan pesatnya dan pada masa ini, terdapat 21 politeknik yang sedang beroperasi. Kursus utama yang ditawarkan di politeknik adalah dalam bidang teknikal. Di samping itu, politeknik juga menawarkan kursus dalam bidang ICT, perdagangan dan hospitaliti. Jumlah enrolmen pelajar pada tahun 2007 adalah seramai 82,000 orang. Kapasiti politeknik akan terus dipertingkatkan di bawah RMKe-9 dengan cadangan pembinaan tujuh (7) lagi politeknik.Secara puratanya,setiap negeri di Malaysia mempunyai dua (2) buah politeknik. Berbeza dengan IPTA yang ditadbirkan sebagai satu entiti berasingan, politeknik ditadbir uruskan secara pengurusan berpusat sungguhpun setiap politeknik mempunyai struktur pengurusan sendiri. Mulai tahun 2007, terdapat beberapa  politeknik yang telah menawarkan program di peringkat diploma lanjutan.

Berikutan keperluan menyediakan laluan pembelajaran alternatif di bawah pendekatan peluang kedua (second chance) , kerajaan telah menubuhkan kolej komuniti mulai tahun 2001.Sehingga kini,terdapat 37 buah kolej komuniti dan di bawah RMke-9, sebanyak 25 buah kolej komuniti lagi akan dibina. Selain daripada itu, sebanyak 30 buah kolej komuniti telah ditubuhkan secara sewaan premis. Jumlah enrolmen pelajar di kolej komuniti adalah melebihi 10,000 orang bagi mereka yang mengikuti kursus peringkat sijil,tidak termasuk pelatih yang mengikuti kursus jangka pendek.


Berikutan pelancaran penjenamaan semula oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada Februari 2007, kolej komuniti akan mula menawarkan kursus di peringkat diploma.Bagi menggalakkan penyertaan yang lebih tinggi,maka kerajaan telah juga meluluskan bayaran elaun kepada mereka yang layak. Kolej komuniti telah juga menggiatkan kolaborasi dengan syarikat swasta sebagai satu usaha penjenamaan semula. Bentuk kursus adalah secara penggunaan pembelajaran berasaskan kerja (work-based learning atau
WBL).

Kualiti IPT perlu terus dipertingkatkan supaya setanding dengan universiti terbaik di dunia dengan membangunkan kurikulum yang relevan,mempergiat aktiviti penyelidikan dan menarik pelajar terbaik serta mendapat perkhidmatan daripada ahli akademik yang cemerlang.

Di antara strategi untuk memastikan IPT mempunyai persekitaran yang kondusif dengan prasarana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang terbaik ialah dengan menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk menyelenggarakan infrastruktur fizikal di samping  meningkatkan kualiti dan budaya profesionalisme ahli akademik, bukan akademik, staf pentadbiran, teknologi makmal dan sokongan di IPT.
…………………………..
Cabaran yang dihadapi oleh IPT adalah untuk meningkatkan kualiti institusi secara keseluruhan untuk mengekalkan keyakinan rakyat pada tahap yang lebih tinggi terhadap keunggulan sistem pengajian tinggi negara dan membina reputasi institusi. Dalam hal ini,
aspek tadbir
urus, sumber pembiayaan, pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi terutamanya kurikulum, kokurikulum dan pedagogi perlu dimantapkan supaya IPT lebih berdaya saing dan berdaya tahan dalam menangani cabaran globalisasi dan perubahan teknologi yang dinamik. Pelan Strategik ini dirangka untuk memenuhi keperluan
transformasi pengajian tinggi dalam melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dan menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-c (orientasi pendidik hebat)

Layari juga: Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-a
                     Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-b 
   

 TOPIK 2- Mencipta Falsafah pendidikan sendiri



Contoh 3

Penyataan Gaya Pengajaran

Saya perlukan banyak tenaga untuk kelas saya. Jika saya tidak boleh teruja tentang subjek yang saya ajar, bagaimana pula dengan pelajar-pelajar saya?

Subjek utama saya mengajar di politeknik adalah subjek yang diwajibkan dalam program Diploma Kejuruteraan Elektrik, dan banyak pelajar-pelajar yang bukan daripada Diploma Kejuruteraan Elektrik perlu mengambil beberapa subjek kami. Program Diploma Kejuruteraan Elektrik ini melibatkan kerja komputer. Saya berusaha untuk membuat subjek yang saya ajar iaitu  Aplikasi Komputer, bukan sahaja sangat penting, malah menarik.

Terdapat beberapa pendekatan yang saya cuba untuk pencapaian maksimum pelajar saya:

  •      Suasana positif. Pelajar dipanggil untuk membincangkan soalan, bukan untuk mencerminkan kebolehan pelajar.
  •       Hak. Pelajar bekerja keras untuk mendapatkan gred yang baik, oleh itu mereka berhak untuk mendapatkannya. Tugas saya adalah untuk memudahkan proses pembelajaran mereka.
  •       Kebolehan. Saya percaya sesiapa pun boleh melakukannya dengan baik dalam subjek Aplikasi Komputer jika mereka sanggup untuk menghabiskan masa untuknya. Sesetengah pelajar dapat belajar dengan cepat, namun ada pelajar yang perlu menghabiskan lebih banyak masa. Jika saya memberikan markah bonus, ia adalah untuk menggalakkan semua pelajar saya cukup berminat dalam mata pelajaran untuk melabur lebih banyak masa. Kemudian, saya cuba untuk memastikan mereka menghabiskan masa mereka secara produktif.
Tugasan berkumpulan dengan isu semasa. Saya menyediakan projek bagi satu jangka masa yang panjang (tugasan-tugasan menggunakan komputer) bagi memastikan pelajar tahu bahawa tidak ada jalan yang mudah untuk berjaya.

     Sentiasa prihatin terhadap pelajar. Saya tidak dapat mengingati semua nama-nama pelajar. Tetapi apabila saya mengajar lebih kurang 120 pelajar, saya bekerja dengan pejabat saya yang sentiasa terbuka, dan bersedia untuk membantu.


     Penyelesaian masalah komputer. Ramai pelajar menyerah kalah dalam latihan komputer apabila mereka sampai ke jalan buntu. Saya cuba untuk sentiasa ada,  pada masa-masa yang dijadualkan di bilik kuliah mahupun di makmal dalam memastikan pelajar belajar daripada latihan komputer.



 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali
…………………..
            

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-b (orientasi pendidik hebat)

Layari juga: Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-a



TOPIK 2- Mencipta Falsafah pendidikan sendiri

 Contoh 2

Pendekatan Pengajaran

Pendidik-pendidik hebat dalam ingatan saya mempunyai beberapa ciri-ciri yang sama: mereka menyampaikan mata pelajaran mereka dengan cara yang menarik minat, menjelaskan dengan mudah bagi topik sukar dan meletakkan pengetahuan ke dalam konteks yang mudah supaya relevan dengan jelas . Model-model peranan telah mempengaruhi pendekatan saya untuk pengajaran: Saya melihat diri saya sendiri terutamanya sebagai fasilitator pembelajaran, bukan sebagai seorang pakar yang hanya menyampaikan maklumat kepada pelajar. Apabila merancang kurikulum atau berinteraksi dengan pelajar-pelajar, saya sentiasa sedar gaya pembelajaran dan masa yang perlu diambil, apa yang mereka telah belajar dan apa yang mereka perlu belajar pada masa akan datang. Maklum balas daripada pelajar amat penting kepada proses pembangunan kerjaya ini sejak saya mula mengajar: saya juga banyak belajar dari mereka, sebagai contoh, cara-cara yang berkesan untuk membantu mereka belajar dalam perbincangan kumpulan kecil.

Hubungan peribadi dengan pelajar adalah penting bagi pendekatan saya. Ramai pelajar  memerlukan dorongan seperti berbincang dengan guru-guru mereka, jadi saya menekankan kesediaan saya untuk perbincangan formal dan untuk membantu mereka menyelesaikan masalah dengan apa yang dipelajari. Pengalaman saya sebagai pendidik yang diperkayakan oleh hubungan dengan pelajar. Saya bernasib baik untuk mengajar di sebuah politeknik di mana saya boleh mengikuti perkembangan pelajar melalui program ini dan kadang-kadang di luar waktu kuliah.

Sebagai seorang pendidik, saya sentiasa menganggap pengajaran sebagai tanggungjawab profesional utama saya. Oleh yang demikian, saya berusaha untuk melaksanakan perubahan dalam kurikulum Diploma Kejuruteraan Elektrik, dan meletakkan diri di mana saya boleh mempunyai pengaruh ke atas "iklim pembelajaran" di politeknik. Saya dapat membantu rakan-rakan sejawat sebagai pengajar untuk menguasai kemahiran mengajar. Beberapa tahun lalu, saya mula berminat dalam latar belakang teori untuk pengajaran dan pembelajaran. Saya telah menghadiri kursus dan bengkel untuk belajar tentang perkara ini dan saya berhasrat menyambung pembelajaran saya dalam bidang kejuruteraan di peringkat PhD. Saya telah mula melakukan penyelidikan bagi memertabatkan profesion saya dan institusi saya di peringkat yang lebih tinggi.

Sebagai pensyarah kanan yang bekerja di salah sebuah politeknik di Malaysia, saya mendapat manfaat daripada  pelajar-pelajar yang tidak sabar-sabar untuk mempelajari subjek Kawalan Motor AT. Sebaliknya, jika pendidik tidak mempunyai latihan bengkel, adalah sukar untuk mengetahui kesesuaian tentang apa yang mereka perlu mengajar di bengkel. Saya telah membangunkan beberapa strategi pengajaran untuk memperbaiki masalah-masalah ini, termasuk kerjasama dengan pensyarah yang pakar dengan praktikal untuk perancangan kurikulum dan pengajaran, dan pernyataan objektif yang jelas untuk diri saya dan pelajar-pelajar saya. Selanjutnya, autonomi pelajar adalah penting dalam keadaan ini: pelajar perlu digalakkan untuk memainkan peranan aktif dalam menentukan bagaimana mereka belajar. Dengan berbuat demikian, mereka akan membangunkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang diperlukan untuk menampung kemajuan dalam kejuruteraan elektrik. Sebagai pengerusi program Diploma Kejuruteraan Elektrik, saya akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan dan pelajar-pelajar saya untuk memperbaikinya dan perlu menunjukkan sifat yang unik untuk pendidik-pendidik lain.

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali