Friday, 14 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 2-a (orientasi pendidik hebat)





TOPIK 2- Mencipta Falsafah pendidikan sendiri

Apabila ingin membangunkan falsafah pendidikan untuk diri sendiri, tentunya ia tidak boleh lari dari falsafah pendidikan Malaysia. Biarlah falsafah yang dibentuk itu realistik, yakni boleh dicapai, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Ianya boleh menjadi pemangkin untuk mencetuskan semangat bagi meningkatkan kerjaya sebagai pendidik.Namun begitu, ianya juga boleh berubah dari masa ke semasa sesuai dengan kematangan anda.
Meskipun, falsafah pendidikan seseorang pendidik sebenarnya tidak wajib. Namun begitu, jika kita membangunkan falsafah ini maka halatuju pengajaran akan menjadi lebih jelas dan kita lebih bermotivasi untuk menjalankan tugas.

Contoh1:
Falsafah Pengajaran
Pelajar adalah manusia yang ingin tahu. Matlamat pendidikan saya adalah untuk menggalakkan pelajar2 mencari jawapan, kerana dengan cara ini kita boleh maju. Saya berusaha untuk memudahkan pelajar2 mendapat pengetahuan, dan tema utama falsafah pengajaran saya adalah  pemikiran yang bersebab.

Sama ada di dalam kelas atau dalam kumpulan mesyuarat, matlamat saya adalah untuk menggalakkan setiap pelajar atau para pendidik berfikir dalam cara yang rasional, supaya ini boleh digunakan dalam situasi lain. Saya terutamanya menekankan pembelajaran untuk berfikir tentang trend dan arah (contohnya meningkatkan sesuatu boleh menyebabkan berkurangan sesuatu yang lain), dan bukannya hanya menghafal  fakta.

Untuk menggalakkan lagi mencari jawapan kepada soalan-soalan di sekeliling kita, saya cuba untuk menggalakkan soalan sendiri. Semua pendidik perlu berbuat demikian, tetapi ia adalah sukar untuk "membenarkan masa" untuk ini berlaku, terutama di dalam bilik darjah. Salah satu cara di mana saya telah melakukan ini adalah untuk mereka bentuk kursus berdasarkan menjawab soalan. Ini adalah kuliah dan amali subjek Sains Kejuruteraan yang saya telah ajar di politeknik sejak tahun 2003 (Sains Kejuruteraan dianggap sukar oleh pelajar.) Subjek ini adalah asas bagi semua subjek kejuruteraan, di mana prinsip-prinsip akan diajar dan kemudian beberapa contoh diberi pada akhir sesi pembelajaran.

Saya kini menulis buku teks untuk subjek ini. Berdasarkan kepentingan subjek ini yang menjadi asas bagi subjek kejuruteraan. Saya menjangkakan bahawa penerbitan buku teks ini akan memberi kemudahan kepada pensyarah-pensyarah yang mengajar subjek ini sama ada di politeknik-politeknik seluruh Malaysia mahupun institusi lain .



Akhir sekali, saya berhasrat untuk menggalakkan rasa kagum dengan begitu banyak penciptaan moden yang telah memudahkan kehidupan hari ini berada di sekeliling kita. Kita semua sering tertanya-tanya tentang ciptaan-ciptaan ini. Lalu pelajar-pelajar mesti terus bertanya "bagaimana?" dan "mengapa?" sesuatu mesin atau alat itu dicipta kepada para pendidik untuk terus maju ke hadapan. Hanya jika jawapan kepada soalan-soalan ini dijawab secara berkesan (sama ada daripada pendidik, atau, lebih baik lagi, melalui pemikiran di pihak yang bertanya), soalan-soalan akan sentiasa diajukan.

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

Thursday, 13 November 2014

Memilih kerjaya sebagai pendidik (guru @ pensyarah): Topik 4-c (orientasi pendidik hebat)

Layari juga: memilih-kerjaya-sebagai-pendidik-topik_4-a
                  : memilih-kerjaya-sebagai-pendidik-topik_4-b

Apakah faktor-faktor yang mendorong pendidik bersemangat untuk mendidik? Terdapat beberapa faktor yang boleh diambilkira dan saya kategorikan kepada 3 iaitu: Faktor dalaman, Faktor luaran dan faktor persekitaran. Mengukur kualiti pendidik mengajar boleh diukur dengan pemantauan dan bimbingan. Penilaian ini boleh dilakukan oleh pensyarah sendiri, ketua jabatan/dekan, pendidk yang berpengalaman maupun oleh para pelajar melalui persepsinya.



Faktor Persekitaran
1.      Persekitaran-Kelas bersih dan ceria
2.      Kawasan persekitaran sekolah yang bersih,cantik dan ceria
3.      Telah bersedia dengan fizikal
4.      Alatan yang lengkap, mencukupi dan dalam keadaan baik
5.      Kurikulum yang lengkap dan jelas
6.      Kesihatan dan Keselamatan di tempat kerja
7.      Beban yang setimpal dengan kebolehan pensyarah

Persekitaran-Bilih kuliah yang bersih dan ceria
Bilik kuliah sewajarnya tidak terlampau panas atau sejuk , cahaya yang tidak terlalu gelap atau sinar yang tidak terlalu silau, di mana suasana ini dapat mempengaruhi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya, bila keadaan persekitaran bilik kuliah,makmal dan bengkel tidak menyokong kepada proses pembelajar an, pelajar akan kurang bermotivasi. Meskipun bilik kuliah, makmal dan bengkel bukan di dalam kawalan para pendidik, namun sekiranya para pelajar dididik untuk sentiasa memastikan sampah-sarap, kertas-kertas yang tidak digunakan, pembungkus makanan dimasukkan ke dalam tong sampah, tentulah pekerja-pekerja kebersihan tidaklah sukar membersihkannya. Sekiranya para pendidik pula wajar melaporkan kerosakan fasiliti dengan segera contohnya jika  seperti penghawa dingin, tentunya ia dapat disenggara dengan baik dan kuliah tidak tergendala.
Kawasan persekitaran sekolah yang bersih,cantik dan ceria
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, para pendidik dan pelajar-pelajar yang perlu melakukan aktiviti luar bagi kursus-kursus tertentu seperti kokurikulum, tanpa menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Alam sekitar yang bersih, cantik dan ceria di samping dapat mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan pendidik dan pelajar-pelajar, juga membuat tugasan atau menyediakan diri untuk kuliah malah dapat berehat dengan selesa di institusi sementara menunggu kuliah berikutnya.
Alatan yang lengkap, mencukupi dan dalam keadaan baik
Faktor alatan, iaitu fasiliti pembelajaran yang boleh digolongkan kepada dua jenis. Pertama, perkakasan, seperti bangunan sekolah, bengkel, makmal, kemudahan perpustakaan,  dan sebagainya. Kedua, software, seperti kurikulum sekolah, peraturan-peraturan sekolah, buku panduan, silibus dan sebagainya.

Kurikulum yang lengkap dan jelas
 Faktor silibus pembelajaran (yang diajarkan kepada pelajar). Factor ini hendaknya disesuaikan dengan usia perkembangan pelajar begitu juga dengan kaedah pengajaran yang diguna oleh pendidik, disesuaikandengan keadaan perkembangan pelajar. Kerana itu, agar guru dapat memberikan sumbangan yang postif terhadap aktiviti belajr pelajar, maka guru perlu menguasai bahan pelajaran dan pelbagai kaedah mengajar yang boleh diterapkan sesuai dengan konsdisi pelajar.
Kesihatan dan Keselamatan di tempat kerja
Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.
Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:
  • Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik
  • Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan
  • Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja
  • Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja
  • Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan
  • Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan
Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994.
Beban yang setimpal dengan kebolehan pensyarah
Beban yang setimpal dengan kebolehan pensyarah


 
Pesara pendidik sekolah, Sairi Tahir, 69, telah mengungkapkan satu nasihat setelah dipilih sebagai salah seorang penerima anugerah Tokoh Guru Melaka 2014 ,"Jadilah guru yang sentiasa bersemangat tinggi untuk mengajar tanpa ada rasa jemu dan sayangi kerjaya sebagai seorang pendidik demi melahirkan manusia yang berguna kepada bangsa, agama dan negara."
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20140523/ws_02/Guru-perlu-bersemangat-tinggi-didik-anak-bangsa#ixzz37K4D6Kbw
© Utusan Melayu (M) Bhd

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali