Tuesday, 5 March 2013

DC Power Supply 1


Objectives
Ø Explain and analyze the operation of both half and full wave rectifiers 
Ø Explain and analyze filters and regulators and their characteristics 

DEFINITION
 1.Transformer 

A transformer is commonly used to step the input AC voltage level down or up.  Most electronic circuits atlower level.


For example, a transformer with a turns ratio of 10 to 1 would convert the 120 volt 60 Hz input sine wave into a 12 volt sine wave.
 

2.Rectifier

The rectifier converts the AC sine wave into a pulsating DC wave.

There are several forms of rectifiers used but all are made up of diodes. 

3.Filter

The rectifier produces a DC output but it is pulsating rather than a constant steady value over time like that from a battery.

A filter is used to remove the pulsations and create a constant output. 

4.Regulator

The regulator is a circuit that helps maintain a fixed or constant output voltage.

Changes in the load or the AC line voltage will cause the output voltage to vary.
   
TRANSFORMER
 
 
Transformers are often used for voltage change and isolation. 
voltage change? •turns ratio of the primary to secondary


Isolation?•prevents shock hazards in the secondary circuit. 

DC Motor Drive Basics 1

PENGENALAN
 
Pacuan thyristor D.C. masih merupakan kawalan kelajuan yang penting  dalam pemacu perindustrian, terutama di mana penyelenggaraan yang lebih tinggi kos yang dikaitkan dengan dc motor berus (cf motor aruhan) adalah diterima. Penerus terkawal (thyristor)menyediakan  impedans yang rendah boleh laras voltan 'AT'  untuk angker motor, sekali gus menyediakan kawalan kelajuan.

 Sehingga tahun 1960-an, satu-satunya cara yang benar-benar memuaskan mendapatkan dc voltan berubah-ubah bekalan yang diperlukan untuk kawalan kelajuan dc perindustrian motor adalah untuk menjana dengan D.C. penjana. Penjana telah dipacu pada kelajuan tetap oleh motor aruhan, dan bidang penjana telah diubah untuk mengubah voltan yang dijana.

Monday, 4 March 2013

Muhasabah Diri (3)- Bersangka baik dengan Allah

Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu.
Aku sentiasa bersama-samanya.
Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya, Aku pun mengingatiNya dalam diriKu.
Jika dia mengingatiKu di hadapan orang ramai, Aku pun akan mengingatinya di hadapan orang yang lebih ramai.
Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta.
Jika dia mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.
Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki, Aku akan mendatanginya dgn berlari
(HR Bukhari)


Manusia.
Apabila ditimpa kesusahan yang sedikit, mulalah merungut dan menyalahkan takdir.
Apabila ditimpa kesusahan yang banyak, mulalah pula mempersoalkan Ilahi; mencari tempat untuk meluahkan rasa amarah dan tidak puas hati.


Sedangkan.
Apa yang diberi Ilahi itu sebenarnya terbaik buat diri.
Kepayahan yang dilalui itu sebenarnya bertujuan mendekatkan dirimu dengan Ilahi.


Bersangka baiklah dengan Allah. Kehidupan ini sememangnya tidaklah seindah yang diharapkan, tetapi ketahuilah apa yang diberi Ilahi padamu itu sebenarnya terbaik untuk dirimu.


Apa sahaja yang berlaku pada masa hadapan, sentiasalah memandang positif dan yakinilah bahawa bantuan Allah akan senantiasa bersamamu; selagi kamu tidak pernah meninggalkan Dia.

Muhasabah Diri (1) -Ustaz Raihan Abdul Aziz

layari juga peraturan-menonton-tv-untuk-anak-anak
                  bagaimana-untuk-sembuh-dari-perkataan yang menyakitkan
                  bagaimana-menunjukkan-rasa-cinta-kepada-keluarga
  



Apa maksud Muhasabah? Muhasabah berasal daripada perkataan hisab – iaitu hitung. Muhasabah diri bermaksud menghitung diri kita supaya hisab di depan Allah nanti lebih mudah. Inilah yang pernah diucapkan oleh Sayyidina Umar, “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab”. Untuk muhasabah diri, kita perlu melihat ke dalam jiwa kita – apakah peranan dan tanggungjawab yang telah dilakukan.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Apakah kelebihan selalu memuhasabah diri?

J: Pertama kerana kita hidup di dunia untuk sementara sahaja dan kita akan menuju alam akhirat yang kekal. Sebab itulah ketika di dunia, kita diminta untuk menyemak diri kita. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Kamu akan diberitahu apa yang telah kamu kerjakan'. Kedua, kerana manusia merupakan seorang yang pelupa. Orang yang lupa perlu selalu diingatkan. Ketiga, muhasabah diri akan dapat mengimbas semula ibadah dan melihat keperluan untuk memperbaikinya. Keempat, muhasabah adalah sebagai cara hidup Islam. Ajaran dalam Islam adalah sempurna dan meliputi semua perkara.



S: Adakah kaedah tertentu untuk muhasabah diri?

J: Ada banyak cara sebenarnya. Beberapa cara yang ditunjukkan Nabi SAW ialah dengan bertafakkur, bukan berdengkur. Rasul SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Fikirkanlah ciptaan Allah Taala”. Pertama, kita kena fikir dari mana asal-usul kita. Allah menyatakan bahawa manusia dicipta daripada air mani iaitu sesuatu yang hina dan hanyir. Jadi mengapa kita sombong dan tidak mahu sujud pada Allah Taala. Cara lain untuk muhasabah adalah dengan membaca dan menghayati Al-Quran, menghadiri majlis ilmu dan banyakkan bertanya untuk membetulkan diri.



S: Adakah dengan cara bertanya kita dapat muhasabah diri?

J: Betul. Dalam Al-Quran, Allah SWT bertanya apa sebab anak (bayi) dibunuh. Apakah dosa mereka? Jadi pertanyaan boleh membuatkan kita berfikir. Ada berbagai kaedah bertanya. Antaranya:


  1. Orang bertanya kenapa mereka betul-betul tak tahu. Contohnya soalan dari anak-anak kecil seperti mengapa ibu perempuan, ayah lelaki?
  2. Orang bertanya kerana dia dah tahu, tetapi dia ingin memberitahu orang lain juga. Seperti kisah Jibril yang menyerupai seorang lelaki tampan dan datang bertemu Nabi SAW lalu bertanya “Beritahu saya tentang Islam”. Bila Nabi jawab, dia berkata betul. Jadi sahabat pun pelik dia bertanya tetapi dia sendiri berkata betul.
  3. Pertanyaan yang membuatkan kita berfikir, seperti pertanyaan Allah dalam ayat-ayat Al-Quran. Contohnya dalam surah Yasin, ada banyak soalan yang Allah beri untuk kita berfikir.
  4. Bertanya untuk menguji kefahaman, contohnya bertanya apa yang anak sudah belajar.
  5. Bertanya untuk menjatuhkan orang lain. Contoh: Rakan saya pernah ditanya kemanakah arah kiblat jika di bulan. Orang macam ini kita kena jawab dengan menyoalnya semula. Lalu rakan saya tanya balik – bila Tuan nak ke bulan? ;)

S: Sekarang ada banyak musibah menimpa manusia. Ada yang kata musibah ini sebagai ujian, ada yang kata sebagai bala, dan ada yang kata ada hikmah di sebalik musibah. Jadi, apakah beza antara musibah dan bala?

J: Dalam ayat 155, surah Al-Baqarah yang saya bacakan tadi Allah menyatakan bahawa bencana itu musibah. Musibah pula terbahagi kepada tiga:


  1. Musibatulbalak - Jadi ada kalanya musibah diturunkan sebagai ujian. Balak ertinya ujian, bukan sesuatu yang buruk.
  2. Musibatuljazak – Sebagai balasan atas kemungkaran yang dilakukan.
  3. Musibatultarbiyyah – Musibah untuk mendidik kita. Biasanya bila susah, barulah manusia akan dekat dan balik kepada Allah SWT.

S: Apakah hikmah kepada orang yang bersabar menerima musibah?

J: Saya ingin bawakan kisah ketika zaman Nabi SAW. Telah berkata Abdullah bin Abbas r.a kepada Atta', “Mahukah kamu jika aku tunjukkan seorang perempuan yang ahli syurga?” Lalu Atta' pun menjawab, “Ya”. Tiba-tiba Ibnu Abbas tunjukkan kepada seorang wanita yang berkulit hitam. Wanita tersebut pernah datang mengadu kepada Nabi SAW, “Ya Rasululah, saya kena penyakit sawan. Apabila terkena sawan, akan habis terbuka pakaianku. Tolong doakan saya”. Lalu Nabi SAW menjawab, “Jika kamu sabar kamu akan beroleh syurga. Kalau kamu mahu saya boleh doa bagi kamu sihat.” Kemudian wanita itu menjawab, “Jika begitu, saya memilih untuk sabar, tetapi Tuan doakan supaya aurat saya tidak terbuka ketika saya sakit”. Lalu didoakan oleh Nabi SAW. Daripada cerita ini dapat difahamkan bahawa orang yang sakit akan diberi ganjaran yang besar dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

S: Ada orang yang sedih sehingga meraung-raung apabila orang yang dikasihi meninggal dunia. Bolehkah kita buat begitu?

J: Baginda Rasulullah SAW sendiri mengalami mengalami kewafatan anaknya, Ibrahim. Baginda pernah menangis lalu ditegur oleh Abdul Rahman bin Auf. Lalu jawab Nabi bahawa anak ini adalah rahmat Allah. Jadi, menangis itu tidak salah, yang salah adalah meraung-raung, menarik-narik baju dan menampar-nampar muka.

S: Sejauh mana kita dapat fahami – 'Siapa kenal dirinya akan kenal Allah SWT'. Bagaimana kaitannya dengan muhasabah diri?

J: Dalam muhasabah diri, kita perlu ingat asal-usul kita, mengapa kita diciptakan dan kemana arah tuju kita. Dalam ilmu tauhid, kita belajar yang Allah tak serupa dengan segala sesuatu. Oleh sebab itu kita perlu mengenali diri sendiri. Kita ini manusia yang ada anggota tubuh kiri dan kanan. Kita tahu apa kekurangan kita sebagai hamba dan tahu bahawa Allah tak serupa dengan kita. Tetapi orang yang tak tahu tetap menyembah patung yang menyerupai sifat-sifat manusia. Allah SWT suruh kita lihat pada diri kita dan berfikir. Kita ada jantung yang asyik berjalan. Kita berjalan, jantung berjalan. Kita berhenti, jantung berjalan. Tetapi, sekali jantung berhenti, kita pun 'jalan'. Renung-renungkanlah. Bolehkah manusia buat sesuatu seperti jantung ini? Tak boleh. Jadi, terbukti tak Allah itu Maha Hebat? Lihat perut kita pula – macam-macam makanan yang kita makan tetapi perut tetap dapat proses. Adakah mesin serupa ini di dunia? Oleh itu apabila kita semakin mengenal diri kita, akan semakin jelas kehebatan Allah dalam mencipta kita.
S: Jika seseorang melakukan dosa di dunia, yang akan diseksa di akhirat adakah roh atau jasad?

J: Kita ada roh dan jasad. Bila roh sudah keluar, semua orang pun lari daripada kita :). Saya bawakan satu cerita. Ada dua orang, si buta dan si kudung yang dalam perjalanan dan kelaparan. Maka kata si kudung kepada si buta, “ Aku lihat ada buah di pokok tapi aku tak ada tangan”. Kata si buta pula, “Aku ada tangan tapi aku tak nampak”. Mereka pun bekerjasama dan si buta pun berjaya mengambil buah dengan arahan si kudung. Tiba-tiba datang tuan punya kebun. Jadi siapa yang salah – si buta atau si kudung? Pastinya masing-masing saling menyalahkan pihak yang lain. Oleh itu siapa yang akan dihisab di akhirat nanti? Kedua-duanya. Sebab itulah, selain makanan jasad, kita perlu juga jaga makanan roh.
S: Boleh ustaz berikan tips untuk selamat di alam kubur?

J: Buatlah persiapan kerana Nabi SAW bersabda bahawa orang yang cerdik adalah orang yang selalu muhasabah dirinya. Antaranya yang Nabi SAW mengajar kita adalah:


  1. Setiap malam sebelum tidur, Nabi SAW akan membaca surah Al-Mulk dan As-Sajadah. Surah-surah ini akan menjadi perisai dan pelindung di dalam kubur.
  2. Membanyakkan doa perlindungan selepas bacaan tahiyyat akhir iaitu: "Allahumma 'auzubika min 'azaabi jahannam, wa 'auzubika min 'azaabil qabri, wa 'auzubika min fitnatil mahyaa wal mamaat, wa min syarri fitnatil masiihid dajjal", maksudnya: "Ya Allah ya tuhanku, aku berlindung dengan-Mu dari seksa Jahanam, dan aku berlindung denganMu dari seksa kubur, dan aku berlindung dengan-Mu dari fitnah orang yang hidup atau mati, dan aku berlindung denganMu dari fitnah al-Masih Dajjal".
  3. Baca juga doa “Allahumma barikli fil maut wa fima ba'dal maut” yang bermaksud “Ya Allah berkatilah aku semasa mati dan selepas mati” sebanyak 25 kali sehari semalam.
     layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                         9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                         ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                          kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

Muhasabah Diri (2): rindu dan kasihku untuk siapa?

Aku selalu mengharap kasih dari manusia
Sedangkan kasihMu pada ku seorangpun
Sudah melebihi kasih sekelian makhlukMu....

Biarlah rindu dan kasihku hanya padaMu ya Allah
Semoga  rindu dan kasihMu  ya Allah tetap padaku....

 
Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:


“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”

(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Tapi aku selau berkeluh kesah dengan ujianMu yang sedikit...
Bukan setandingpun dengan ujian para rasul, hatta alim ulamak..

Malu rasanya untuk aku menghadapkan wajahku...
Di hadapanMu .... ya Allah...

”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  
terdetik juga kata di dalam hati,
 “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” 
 Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah aku sudah mempersoalkan kuasa Mu ya Allah...
padahal aku hanyalah hambaMu. 
Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal.
 Namun, itulah kelemahan ku.
Aku sering alpa dan terlupa... 

Saat dan ketika ini, diriku 
benar-benar sedang diuji tentang makna sebenar ketabahan dan kesabaran..
 Berdepan dengan keadaan dan realiti sebenar , 
 yang hakikatnya amat pahit untuk dilalui..
  aku sebenarnya amat takut jika kehilangan orang-orang yang amat aku sayang..
 Aku mohon kekuatan dariMu Ya Allah 
agar aku bisa menempuhi ujian ini dengan rasa sabar dan redha.. 
Ya Allah







Sunday, 3 March 2013

Wasiat Imam Al-Ghazali


PDF Cetak E-mail

Imam Al-Ghazali pernah berwasiat agar ditinggalkan 4 perkara bagi menjaga keelokan akhlak iaitu :
1.Janganlah kamu suka berbahas dengan seseorang mengenai sesuatau perkara seboleh yang mungkin kerana ia lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.Ia adalah punca ahlak buruk seperti riya' , hasad dengki,bermusuhan,bangga diri dan sebagainya.Jika terpaksa juga berbahas maka kamu mesti mempunyai 2 tanda pada niat dalam hatimu iaitu :
  • Kamu mengakui sesuatau kebenaran tidak kira ia berada di sebelah kamu atau pihak lain
  • Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang lain
2. Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya
3. Jangan bergaul dengan pemimpin atau pembesar yang zalim malah jika boleh jangan berjumpa dengan mereka kerana lebih banyak padahnya daripada faedahnya.
4. Jangan menerima sebarang pemberian daripada golongan pembesar walaupun kamu tahu pemberian itu adalah daripada sumber yang halal kerana dibimbangi kamu akan terhutang budi sehingga takut untuk menegur kesalahannya
 

10 Wasiat Imam Syafie Kepada Muridnya

DIRIWAYATKAN, sebelum Imam Syafie kembali ke Rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada sebahagian daripada muridnya yang boleh dijadikan panduan kepada umat Islam. Wasiat yang dimaksudkan ialah pesanan dan nasihat beliau yang yang sangat bernilai.
Berikut ialah antara kandungan wasiat itu: “Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”





Pertama: Hak kepada diri – mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
Kedua: Hak kepada malaikat maut – mengqandakan kewajipan yang tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.
Ketiga: Hak kepada kubur – membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.
Keempat: Hak kepada Munkar dan Nakir – tidak tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
Kelima: Hak kepada Mizan (Neraca Timbangan Amalan Pada Hari Akhirat) – menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
Keenam: Hak kepada Sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) – membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.
Ketujuh: Hak kepada Malik (Malaikat Penjaga Neraka) – menangis lantaran takut kepada Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
Kelapan: Hak kepada Ridhwan (Malaikat Penjaga Syurga) – berasa reda kepada qada Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas hikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.
Kesembilan: Hak Kepada Nabi saw – bersalawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (hadis) menyayangi sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan daripada Allah.
Kesepulu: Hak kepada Allah SWT – mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada keburukan, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan