Seronok pulak tengok hari ni, hasben dah start cuti keje. Baki cuti tinggal 9 hari, sedangkan pencen lagi 7 hari jer ..
Tak pe, soba soba... Tunggu lagi 5 bulan 20 hari, aku pulak pencen ..
Hari ni aku cuma buat synopsis sahaja, untuk microcredential. Yang lain, rasanya dah siap, tinggal nak upload dalam platform yang disediakan.
Semester lepas dah buat, dengan Malihah dan Zawiyah. Tapi semester ni buat lagi. Kali ni buat dengan shahida pulak. Tup2 shahida pulak kena operation. Jadi dapat mc sebulan ... Kesian pulak dekat shahida, kami mmg mengajar motor control & drives kat PTSB. Gelabah perut la pulak. Mudah mudahan shahida cepat sembuh sepenuhnya. Besarnya ujian untuk shahida ...
Tapi aku takut kalau dah naik sem, busy masuk kelas, audit EE lah... Mesti tak sempat nak tengok dah microcredential ni...
Tajuk masih meliputi microcredential last sem. Cuma content la berbeza.
Oleh kerana kedekut sikit, aku generate video guna website AI yang free. Jadi video kadang lari topik ..hihi ..
No comments:
Post a Comment