https://share.google/j45CNM1AAJ5TUhuM9
Aku tidak bermula di usia muda,
Syukur aku sedar di saat aku masih bernyawa.
Dan kesedaran itu sendiri,
Adalah rahmat yang Allah kurniakan.
Walau tubuhku cepat penat,
Hatiku kini lebih jujur.
Setiap langkah menuju sejadah,
Adalah kemenangan atas lalai yang lalu.
Aku belajar mengenal -Mu dengan nafas yang pendek,
Dengan mata yang mudah lelah.
Semoga setiap huruf yang aku baca,
Ditulis malaikat sebagai pahala yang berganda.
Aku bukan hamba yang kuat,
Semoga aku istiqamah walau perlahan.
Dan Tuhan tidak menilai kekuatan,
Dia menilai keikhlasan.
Hari ini aku bangun untuk solat,
Bukan kerana biasa,
Tetapi kerana cinta yang bersemi.
Cinta yang lahir setelah banyak jatuh dan luka.
Biarlah orang lain belajar mengenal-Mu dengan mudah,
Aku akan terus belajar dengan air mata dan harapan.
Dan bukankah Allah berjanji,
Pintu taubat terbuka selagi nyawa belum terhenti?
Aku bersyukur, kerana masih bernyawa,
Itu tandanya Allah masih menyayangi.
Selagi jantung ini berzikir,
Selagi itu, aku tidak terlambat.

No comments:
Post a Comment