Friday, 9 September 2016

Aku redha dengan takdir ini

Aku tengah cuba untuk redha dengan ketentuan ilahi jika puo tu mmg tempat yang aku bakal pergi. Tempat aku mencari rezeki yang baru. Tempat aku berjumpa dengan sahabat2 yang baru....


Kalau diikutkan, aku telah diinterview di puo lebih kurang 24 tahun yang lepas. Masa tu aku masih dalam final year kat u.  Mmg aku menyangka aku dapat mengajar di puo ketika tu. Tapi bila sampai surat tawaran, rupa2nya kena mengajar di polimas...



Berdebar2 jugak rasa hatiku ketika kakak dan abang ipar menghantarku ke jitra dan dengan mudahnya aku dapat menginap di rumah sewa yang kebetulan mereka jugak mendaftar pada hari yang sama, 1 Ogos 1992. Cuma rakan2 serumahku yang pernah ku kenali ketika di u dulu belajar di fakulti berbeza, iaitu mechanical engineering. Memang mereka sahabat yang baik, sahabat dunia akhirat, sahabat di waktu senang dan di kala susah.


Tapi bila aku mendapat tahu aku perlu ke puo setelah tamat tempoh belajar, aku agak panik kerana sudah berkeluarga dan anak bungsuku, Sakinah sedang mengambil PT3.

Ya Allah , mudahkanlah, urusanku, urusan anak2ku, urusan kedua ibubapaku, saudara2ku, sahabat2ku dan seluruh umat muslimin dan muslimat di dunia ini.... Aamiin...

No comments:

Post a Comment