Aku ingin mendapat mencapaianyang terbaik dalam pelajaranku. tapi sampai hari ini belum tercapai.
Akhirnya, dah tiga tahun, eemmm, baru kusedar,rupanya dah tiga tahun aku kembali menjadi pelajar otai...
Salahkah aku menyambung pelajaran?
Menurut salah seorang cendikiawan ini mengatakan yang umur 40an ni sebenarnya tidak sesuai dah nak belajar, betul ke?
Sebab katanya produktiviti semasa dan selepas belajar tidaklah sehebat pelajar yang muda belia. Katanya lagi kalau aku dapat melahirkan pelajar yang mahir macam aku ni (perasan sikit, hehe), paling ramaipun 10 orang, itupun jika tahap kecergasan aku masih sama.
Aku terkesima jugak masa cendikiawan tu berkata-kata. Tapi memang dah jalan ini yang aku pilih. Terpaksalah aku teruskan. Takkan nak undur diri lepas dengar ayat berbisa itu, betul tak. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak ambik biasiswa, takkan nak serah balik kat kerajaan," nah kerajaan, ambik balik, aku dah tak mau belajar, tua daaah".
Senangnyer cakap. Bila orang ada kuasa, boleh la cakap apa yang dia rasa nak cakap. Biarlah....
Akupun ada mulut, diapun ada mulut. Cuma mulut ni aku filter sikit bila bercakap.
Aku sekali2 tidak menafikan apa yang cendikiawan tu cakap, tapi mungkin cara penyampaiannya, masanya, tempatnya yang ku rasa kurang sesuai... Ini buktinya
Celik Islam: Sejarah adalah guru terbaik - Rahsia Kejayaan
Tu buktinya, baca artikel yang kat atas tu.....Yang aku tahu aku kena teruskan belajar... Beberapa kesan yang aku nampak(yg positif jer la aku bagi):
1.Ilmu ni semakin belajar, semakin banyak yang kita tak tahu dan kita nak tahu dan perlu tahu. Manakan tidak, Allah dah berfirman lebih kurang maksudnya, kalau dijadikan dakwat seluruh lautan , kemudian Allah tambah lagi selautan lagipun takkan habis nak tulis ilmu Alllah ni.
2. Anak2pun semakin semangat nak menimba ilmu, sebab lihat maknyer yang siang malam study.. kadang2 stado jugak...hahaha. Anak sulungku dah pasang angan2 nak sambung degree lepas habis diplomanya. anak keduaku pun bertungkus lumus belajar, kesian tengok... mata pun semakin rabun. Cita2nya nak jadi mechanical engineer... InsyaaAllah..
Anakku yang kecik pun pergi mana bawak buku... Naik segan pulak si ayahnya, sampai pergi restoran, tunggu kakaknya kat airport mesti bawak buku. Macam terlebih rajin...
Positifnya yang aku boleh katakan ialah, nak segan buat apa, bukannya anak aku merompak ker, mencuri ker, cuma suka baca buku... malu buat apa...kan..kan..kan...
Cukuplah tulis setakat tu dulu. Dah letih tangan si otai ni nak menaip...
No comments:
Post a Comment