Berpindah tempat kerja kadang2 memang boleh menyebabkan momentum kerja bertambah bagus atau jatuh merudum
Lewat jugak aku tiba di ptsb pada hari pertama melapor diri di ptsb... Sebab hantar anak sekolah dulu di SMK Jitra.
Alhamdulillah aku tiba jugak dah hampir pukul 9am. Aku terus ke admin. Maklumlah hari pertama, mana boleh lewat...
Puan Zaiton, staf pertama yang aku berurusan, cc di admin seorang yang berdedikasi dalam kerja. Nampaknya sistem kerja di ptsb memang sistematik. Terserempak dengan Fairus, dulupun pernah bertugas di polimas.
Kemudian aku dibawa berjumpa dengan timbalan pengarah 1. Kira pengarah dan timbalan pengarah 1 ni adalah sahabat lama aku kat polimas. Tapi aku kalau boleh tidak mahu langsung mengambil kesempatan ke atas mereka.
Selesai urusan di pejabat aku dibawa oleh kerani elektrik untuk berjumpa dengan ketua jabatan kejuruteraan elektrik. En Tarmizi jugak seorang bekas staf polimas. Tentu sahaja aku mengenali beliau.
En Tarmizi menjemput 2 orang staf yang jugak bekas staf polimas iaitu imah dan pah membawaku sekitar jabatan kej elektrik...
Seronoknyer dapat jumpa dengan adik2 yang memang aku kenali, imah, pah, syira, ida, ayu, en rosli, fairus, khairul, dan raja azrin... Tak rasa macam berpindah dari jitra pulak... alhamdulillah, Allah memudahkan urusanku.
Petang, aku ke UPDP untuk meninjau kuaters staff. Aku tak dapat buat keputusan sorang2, biarlah husband yang buat keputusan...
Petang aku menginap di hotel sri malaysia. Disebabkan uzur, aku terus terlena. Bila aku terjaga, kak yah, isteri ketua jabatan, yang mengajar di jabatan sains dan matematik menelefonku... Rasa sayu pulak teringat kat kawan2 lama.
Hari kedua aku pi beli sticker kenderaan, lepas thumb print.... Kemudian beli makan kat kafeteria. Lucu pulak, teringat semalam jenuh aku mencari kat mana kafeteria, alahai dekatnya, bukak pintu kat jabatan yang bertentangan dengan pintu yang aku selalu keluar masuk, dah nampak kafeteria, betul2 depan pintu jer..
Staf kat sini pun baik2 belaka. Ada yang offer aku tinggal kat umah mereka... Malu ingatkan aku, kalau staf baru melapor diri di polimas, tak pernah terlintas aku untuk offer tinggal kejap kat umah...
Lebikurang pukul 10am ajak fairus teman tengok umah sewa Mahal2nyer umah kat kulim ni... Camner nak buat keputusan ni?
Aku baru kenal ros, yana, laili, sape lagi yer, cepatnyer dah lupa nama.. huhu
Harapanku, mudah2an aku dapat menyesuaikan diri di ptsb ni secepat mungkin untuk menyelesaikan tugasku sebagai pensyarah dan senior, lagipun tugasku sebagai student di unimap yang belom selesai...
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment