Saturday, 2 March 2013

Hidayah Allah (2) - Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

Bacaan surah Al-Kahfi, ayat 13 yang bermaksud:
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.”

Dalam solat kita mohon “Tunjukanlah daku jalan yang lurus”. Sekiranya apa yang kita sebut di bibir selari dengan apa yang terlintas di hati, hidayah pasti akan sampai kepada kita. Dengan hidayah ‘intibahah’ (mengejut), kita akan tersedar dan kembali ‘u-turn’ ke jalan yang benar. Manusia ini tidur sebenarnya, sehinggalah kita mati baru kita akan tersedar. Dengan hidayah intibahah yang diterima, kita perlu berikhtiar untuk bermujahadah agar hidayah dapat dikekalkan.
Lawan hidayah ialah kesesatan. Para ulama amat takut dengan kesesatan sehingga mengalirkan air mata. Ada orang telah diberi hidayah, namun hidayah itu ditarik balik pada penghujung umurnya. Inilah yang kita amat takuti. Sebab itu kita digalakkan berdoa:

“Rabbana la tuzigh qulubana ba’da izhadaitana wahab lana minladunka rahmah, innaka antal wahhab”

“Ya Tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah engkau beri petunjuk kepada kami. Dan Kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia.”

Untuk mencari hidayah, kita perlu ada tekad untuk sentiasa menambah ilmu. Ada banyak pilihan untuk mencari ilmu, contohnya buku dan majalah yang bersifat Islami. Sebagai contoh boleh dapatkan majalah Solusi, Gen Q, Q&A .


Kita perlu sentiasa mohon dengan Allah agar hidayah yang diberi dapat dikekalkan. Umur kita semakin hari semakin bertambah, jadi gunakan umur, kesihatan, kesempatan yang diberi untuk mendekatkan diri kepada Allah. Wujudkan perasaan sayang kepada agama, dan ingin ambil tahu tentang agama.
Soalan & Jawapan:
S: Sekiranya kita belum mampu untuk melakukan ibadah sunat, adakah itu bermaksud kita belum lagi mendapat hidayah? Bagaimana untuk mendapatkan hidayah?
J: Dalam Islam, apabila Allah suruh kita berdoa, itu bermaksud yang Allah suruh kita berusaha juga. Kejadian kita di dunia juga merupakan satu bentuk hidayah dari Allah, jadi kita jangan persiakan peluang yang diberi dan berusaha mencari hidayah demi mendapat keredhaan-Nya.
S: Masyarakat kita, ramai yang sudah khatam Quran 3-4 kali namun tak pernah baca tafsir. Bagaimana nak dapat hidayah jika kita tak cuba memahami Al-Quran. Mohon ulasan ustaz.
J: Hidayah itu perlu kita ikhtiarkan. Paling utama untuk mencari hidayah, kita perlu berusaha mendekatkan diri dengan sumber hidayah seperti Al-Quran dan alam semesta yang menjadi bukti kekuasan Penciptaan Allah. Hidayah milik mutlak Allah SWT. Kita hanya boleh berdoa dan berusaha. Hidayah mempunyai tingkatan berbeza, jadi kita perlu sentiasa berusaha agar hidayah akan bertambah dan bertambah.
S: Sekiranya seseorang pernah melakukan dosa besar dan kemudian meninggalkan dosa tersebut. Adakah itu bermaksud dia telah mendapat hidayah? Apakah tanda-tanda hidayah?
J: Allah amat suka pada seseorang yang bertaubat selepas berbuat salah. Namun hanya hidayah yang boleh menyedarkan dia. Ada juga orang yang berbuat kejahatan dan tanpa hidayah Allah, dia akan kekal berbuat kejahatan tersebut. Tanda orang dapat hidayah mudah dikenali. Kenapa? Hidayah maksudnya petunjuk. Jadi apabila seseorang mengikut apa yang ‘ditunjuk’ (buat yang baik, tinggal yang mungkar), maka dia telah mendapat hidayah.
S: Bagaimana orang yang murtad atau kafir untuk mendapat hidayah kembali kepada Islam dari Allah?
J: Inilah yang kita sangat takutkan, lawan hidayah iaitu kesesatan. Kejadian murtad sangat bahaya kerana hidayah yang telah diberi dicabut kembali oleh Allah. Contoh terbaik adalah dnegan mengikut cara yang Nabi SAW lakukan. Kepada orang yang belum masuk Islam, kita kena berdakwah kepada mereka. Nabi SAW, seorang sahaja, namun dapat berdakwah sehingga dapat merubah dunia. Umat Islam hari ini besar jumlahnya, jadi kita perlu sebarkan dakwah dan berusaha mengembangkan Islam. Kaedah kedua yang digunakan ialah tarbiyyah – ini pendekatan untuk orang yang sudah mengenal Islam.
S: Adakah hidayah ada kaitan dengan akidah? Bagaimana nak tahu adakah kita mendapat hidayah?
J: Ya. Hidayah menyentuh tiga elemen agama, antaranya ialah akidah – siapa yang tak percaya pada Allah, Rasul, qada’ dan qadar takkan mendapat hidayah. Untuk tahu dekat jauh kita dengan hidayah, perhatikan syariah kita. Adakah kita meninggalkan perkara yang mungkar, dan berbuat kebaikan? Itulah kayu ukurannya.
S: Bagaimana untuk mendapat hidayah Allah dan mengekalkannya?
J: Untuk dapat hidayah, kita perlu dekatkan diri dengan ilmu. Tapi bukan sebarang ilmu, kita perlu cari ilmu yang mendekatkan diri kepada Allah. Ada banyak berlaku di luar negara, ramai orang bijak-pandai yang mengkaji ilmu sehingga mereka mengakui kewujudan Allah dan akhirnya memeluk Islam. Apa yang kita takutkan, jangan kita berada di dalam majlis ilmu, namun hati kita menerawang jauh entah ke mana. Seterusnya, perlu cari teman yag soleh, yang boleh mendorong kita ke arah kebaikan. Kita perlu berbaik dengan semua orang, namun perlu berhati-hati memilih rakan rapat. Rakan rapat boleh beri pengaruh yang besar dalam kehidupan, jadi pilihlah rakan yang soleh. Seterusnya perlu mantapkan amal-ibadat dan memperbanyakkan taubat. Lazimi lidah dengan zikir.
S: Jika seseorang ditimpa kemalangan, adakah itu satu hidayah untuk dia menginsafi diri?
J: Manusia ini sangat lemah sebenarnya. Oleh sebab itu kita takkan boleh lari daripada musibah dan ujian Allah. Namun, setiap musibah yang menimpa, pasti datang bersamanya pengajaran. Ada cerita sahabat  bernama Saidina Abbas yang memohon supaya dibalas kejahatannya di dunia. Nabi SAW mendengar dan menasihatinya supaya jangan minta begitu, sebaliknya mohonlah keampunan Allah SWT, kerana kita belum tentu akan mampu menanggung balasan dosa yang Allah yang berikan.

Perasaan dan perasan

Perasaan dan perasan. Dua perkataan yang membawa definisi berbeza. Tapi kalau sekali dengar MACAM sama je. Bila dua kali dengar dah sah sah lain. Ada juga ke yang tak tahu apa itu perasaan? Apa itu perasan?

Kenapa suka berperasaan?

Ayat ni "Hati kita Allah yang pegang, bila - bila masa je boleh berubah" . Pernah dengar ayat ni tak? I bet you guys mesti pernah dengar kan.

Tapi kadang-kadang turut perasan.... 

Perasan ni syok sendiri. Rasa yang diri dia sendiri rasa. Perasan ni boleh lahir secara natural dan mungkin sememangnya sejak azali lagi. Mungkin. Perasan ni tak payah hurai secara detail lah kot sebab semua orang mesti sudah tahu apa itu perasan. Tapi aku pernah juga dengar satu ayat pasal perasan. "Lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik sebab pasti akan timbul perasaan cinta". Ada kaitan dengan perasan kah?


 Kadang-kadang kita boleh rasa
perasaan yang kita rasakan
kadang-kadang kita juga perasan
perasaan yang tidak kita rasakan
Antara rasa, perasaan dan perasan,
hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..


Thursday, 28 February 2013

KATA-KATA HIKMAH IMAM AL GHAZALI

Hiduplah sebagai mana yang kau sukai tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati ,
cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi
tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya
dan buatlah apa yang engkau kehendaki
tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.

  • Carilah hatimu di tiga tempat.
    Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran.
    tetapi jika tidak kau temui,
    carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
    Jika tidak kau temui juga,
    carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
    Jika kau tidak temui juga,
    maka berdoalah kepada ALLAH,
    pinta hati yang baru
    kerana hakikatnya pada ketika itu
    kau tidak mempunyai hati!
  •  
  • Jika berjumpa dengan kanak-kanak
    ingatlah bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

  • Apabila bertemu dengan orang tua –
    ingatlah bahawa dia lebih mulia daripada kita
    kerana dia sudah lama beribadat.

  •  Jika berjumpa dengan orang alim –
    ingatlah bahawa dia lebih mulia daripada kita
    kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

  •  Apabila melihat orang jahil –
    ingatlah bahawa mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan,
    sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

  •  Jika melihat orang jahat,
    jangan anggap kita lebih mulia
    kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
  • Ku letakkan arwah ku dihadapan Allah dan tanamkanlah jasad ku dilipat bumi yang sunyi senyap.
    Nama ku akan bangkit kembali menjadi sebutan dan buah bibir ummat manusia di masa depan.
  • Ilmu yang pertama disebut  ilham dan hembusan dalam hati, ilmu yang kedua  disebut wahyu dan khusus untuk para Nabi.
  • Kita tidak dapat mengakui bahawa setiap orang yang mengaku beragama itu pasti mempunyai segala sifat-sifat yang baik.
  • Ibu segala akhlak ialah tempat kebijaksanaan,
    keberanian, kesucian diri dan keadilan.
  • Nasihat itu mudah,
    yang payah  ialah menerimanya
    kerana ia pahit terasa kepada si hamba hawa nafsu,
    sebab barang yang terlarang sangat disukainya.
  • Jadikanlah “kemahuan yang bersungguh-sungguh” itu menjadi mahkota roh,
    “kekalahan” menjadi belenggu nafsu
    dan “mati” menjadi pakaian badan,
    kerana yang akan menjadi tempat diammu adalah kubur,
    dan ahli kubur setiap saat menunggu,
    bilakah engkau akan sampai kepada mereka.
  • Pati ilmu yang sebenar ialah mengetahui sedalam-dalamnya apa erti taat dan ibadat.
  • Lidah yang lepas dan hati yang tertutup
    dan penuh dengan kelalaian itu
    alamat kemalangan besar
  • Jika nafsu itu tidak engkau kalahkan dengan jihad yang bersungguh-sungguh,
    maka sekali-kali hatimu tidak akan hidup dengan ber ma’rifat.
  • Jika sekiranya sekadar ilmu sahaja telah memadai  bagimu,
    dan tidak ada lagi hajatmu kepada amal di belakang itu, tentulah seruan dari sisi Allah yang berbunyi : “Apakah ada yang memohon?
    Apakah ada yang meminta ampun?
    Dan apakah ada yang bertaubat?”
    itu akan percuma sahaja, tidak ada gunanya.
  • Janganlah engkau meyimpan harta benda melebihi dari apa yang diperlukan.
    Rasulullah saw. bersabda: “Ya Allah, jadikanlah rezki keluarga Muhammad itu sekadar untuk mencukupi keperluannya”

SYAIR YANG MEMBUATKAN IMAM AHMAD MENANGIS

 layari juga:  kerjaya-sebagai-pendidik
                     9-ciri-ciri-pendidik-yang-hebat
                     ciri2-yang-baik-sebagai-pendidik
                      kisah-pemimpin-islam-zainab-al-ghazali

Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. Lalu beliau bertanya :" Seperti apa? contohnya?". Lalu muridnya mendendangkan syair ini:

Jika Tuhanku bertanya padaku,
Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku,
Dan datang pada-Ku dengan penuh dosa,

Bagaimana aku nak jawab wahai diriku yang malang?
Dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian,
dan harapan dari semasa ke semasa,


Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati,
Dan apa yang berlaku selepasku dikafankan,
Seolah-oleh aku telah dijamin untuk hidup selamanya,
Seakan mati tidak akan mati menemuiku,

Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri,
Nah, siapa sekarang yang mampu melindungiku?
Aku melihat pada wajah-wajah,
Apakah ada daripada mereka yang akan menebusku,

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk menyelamatkan diri ini,
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

Celakalah aku! Apakah aku tak mendengar ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yang telah diberitakan di dalam surah Qaff dan Yaasin?
Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia, hari perhimpunan dan hari Ad-deen?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut, menyeru dan menjemputku?

Maka Ya Rabb! Seorang hambadatang bertaubat, siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Tuhan yang Maha Luas pengampunanNya & yang membimbingku pada kebenaran,

Aku telah datang pada Mu, maka kasihanilah daku dan beratkan timbangan (kebaikan) ku,
Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban,

Selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mngulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.

Syair Imam Ghazali

 

Syair Imam Ghazali

"Jika mahu  mengikut petunjuk para imam, kuatkanlah dirimu, sanggup menerima segala musibah dengan hati yang sabar di kala menghadapi setiap kegetiran.

Dan hati yang sabar terdampar di dalam dada, lisan dikunci, matamu dikendalikan, rahsiamu disembunyikan, hanya Allah SWT yang melihatnya dan janganlah orang mengenal siapa kamu.

Tutuplah pintu, senyumlah, perut terasa lapar, hatimu luka, perniagaan lengang, pangkatmu tenggelam, kebaikanmu tersohor dan setiap hari menelan kepahitan akibat zaman dan kawan, sedangkan hatimu tetap patuh.

Siang, kamu sibukkan diri dengan mengislahkan orang tanpa mengungkit. Malam, kamu merindui Tuhanmu, senyap dalam pandangan.

Ambillah kesempatan malam itu. Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Qiamat yang hanya amat sedikit mencarinya."

Syair Imam Syafie' Sebelum Beliau Meninggal Dunia

Syair Imam Syafie' Sebelum Beliau Meninggal Dunia Dicatat oleh Mohd Faizzudin bin Ghazali



Syair Imam Syafie' Sebelum Beliau Meninggal Dunia Dicatat oleh Mohd Faizzudin bin Ghazali
DIKISAHKAN syair ini ketika Imam Muzani menziarahi Imam Syafie yang sedang ketika itu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir di tempat Imam Muzani menziarahinya itu.

Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair. Syair ini begitu syahdu dan meruntun hati bagi sesiapa yang mendengar. Sedangkan Imam Syafie seorang imam besar boleh mengeluh dan risau keadaanya di akhirat nanti, bagaimana pula dengan kita?

cuba dengar kat youtube:imam syafie

anda  insyaAlah akan menangis.....

Renungankan bersama...


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي

Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
 

 Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar


فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى

Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا

Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia



 Puisi Imam As-Syafi'e
Muhammad Ubaid - Elaika

kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku
I submit my hopes to You, O Lord of all creation,

sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah
Though I am, O The Provider, Most Generous, a sinner,

tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
When my heart is hardened, and my life is constricted,

kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu
I turn to my submission as the way to Your pardon,

maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
Thus when You, The All-forgiving, wipe clean my continuing sins,

kurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan
Your gift and Your clemency is a boon and an exaltation to me.

bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
Is it not You who nourishes me, guides me?

dan jangalah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku
Therefore cease not your benevolence and bounty to me,

semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
May those who have obtained excellence forgive me my trespass,

dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu
And parade not my wrongdoings and things that have passed.

sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
Should You forgive me, O Lord, absolve me of my treachery,

kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
My injustice, that will be pardoned not on the day when grief is recollected,

dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
But should you recompense my wrongs with your torment, still I will not lose hope,

sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka
Even as my trespass lands me in the Fire.

dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
He is the one who speaks only in remembrance of his Lord,

dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
And when he is with others in this world, he is silent,

dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
Thus he says, "O my love, You are the One I beseech to, on Whom I place my faith,

cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
Enough is You for those in need for their dependence and their pleas".

kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
Thus I defend my love, though they be tainted with worldly lust,

dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
Thus I protect this promise of devotion, marred though they may be,

di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
In my waking moments, I pine for You, In my slumber, I hope for You,

mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2
Walking beside me, full of hope,

maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
Thus though my sins are mountainous, then and now,

sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia
Far greater and more illustrious is Your compassion to your servants.

lirik Mensyukuri Nikmat Rabbani



Hidup bagai di persimpangan
Antara bermacam tarikan
Pada kebaikan atau kejahatan
Cabaran jua cubaan
Sesungguhnya kita insan dhaif
Lemah dan kealpaan
Segala nikmat datang dan pergi
Mengundang kita bersyukur

Nikmat ditambah bagi yang syukur
Azab disedia bagi yang kufur
Rezeki melimpah... beringatlah
Agar tiada hilang keberkatannya
Berzakatlah... mendermalah...
Moga bersih harta yang tersimpan
Ia menjamin... sejahtera
Bahagia di dunia akhirat

Aa... aa... aa... aa...
Pembaziran merugikan
Menyiksakan pada yang tak punya
Berjimat itu satu kemuliaan
Menyelamatkan apa kemungkinan