Politeknik sultan abdul Halim Muadzam Shah atau singkatannya POLIMAS adalah politeknik yang tenang. Namun bukan bermakna tiada aktiviti cuma sekali-sekala.
Tapi di Politeknik Tuanku Sultan Bahiyah atau PTSB ni boleh dikatakan setiap hari ada ja aktiviti yang dijalankan. Sampai kekadang ada 3 program berjalan serentak. Tak tau dah mana satu nak masuk.
Di POLIMAS masuk kelas lewat memang menjadi kesalahan besar. Malah pensyarah yang lewat buat ke kelas 15 minit, dah macam kena cop dah... malas, walaupun kelas pukul 2 pm... mana lagi nak solat, makan tengahari atau ambik anak sekolah. Selalunya pihak pengurusan akaun round the campus untuk melihat sama ada kelas berjalan lancar atau tidak.. Tapi di PTSB ni kurang pasti lah pulsk. Walaupun kelas tidak kadang2 tertangguh, mungkin depa ganti waktu lain kut... Malam pun menjadi kebiasaan bagi pensyarah PTSB ni buat kelas, tapi aku tidak lah... otai ni buat ikut dalam jadual waktu ja..
Kalau bab2 inovasi ke, penyelidikan ke, penulisan ke, tak payah nak cari2, dulu aku kat POLIMAS sebagai penolong pegawai penyelidikan polimas sampai terpaksa merayu la supaya ada staf yang masuk pertandingan inovasi. Kst PTSB ni takyah duk merayu dah, depa volunteer berlambak2. Tanya ja, semua mai tunjuk ja..
Sebagai pensyarah ya ng agak berumur ni kalau aku berada di bahagian pengurusan, tentu aku suka cara bekerja di sini. Tapi oleh kerana dah terbiasa dengan sistem di POLIMAS yang tenang gitu, rasa sesak nafas pu n ada bila tengok banyak sangat program di PTSB ni..
Tepuk dada tanya selera. Kalau aku pindah POLIMAS lebih memenangkan jiwza selagi tiada tugas sampingan yang menuntut nak cari inovasi atau penyelidikan bagai..
No comments:
Post a Comment