Foto: https://www.sindonews.com/topic/96322/bahaya-tidak-menjaga-lidah
ALLAH SWT menjadikan manusia sebagai sebaik-baik kejadian dengan kurniaan pelbagai nikmat pancaindera terutama nikmat akal untuk berfikir dan merenung sesuatu. Selain daripada itu, salah satu nikmat dikurniakan adalah lidah yang dengannya kita mampu untuk berkata-kata, membaca atau menyebut dan merasai makanan sebagai salah satu nikmat di atas dunia ini.
Bagaimanapun, nikmat lidah ini juga perlulah dijaga dengan sebaiknya supaya kita tidak melakukan sesuatu yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT sekali gus mengganggu perjalanan seorang hamba kepada pencipta-Nya.
Dari Ibnu Abbas r.a, Baginda nabi SAW suatu hari tatkala berjalan melewati dua buah kuburan, tiba-tiba Rasulullah mematahkan pelepah kurma dan ditanamkan di atas kubur. Lalu sahabat bertanya, ”Wahai, Rasulullah. Mengapa Rasul melakukan ini?” lantas Baginda bersabda, ”Sungguh keduanya sedang disiksa. Mereka disiksa bukan karena perkara besar (dalam pandangan keduanya). Salah satu dari dua orang ini semasa hidupnya tidak beristinja’ dengan sempurna. Sedangkan yang satu lagi, dia tidak menjaga lidah dengan menfitnah dan mengadu domba.”
Tidak menjaga lidah dalam berkata-kata boleh dikategorikan sebagai kufur atas nikmat Allah kerana ramai lagi manusia yang Allah kurniakan lidah tetapi tidak boleh bercakap. Dalam pada itu, ada individu yang fasih bercakap tetapi kelu pada waktu-waktu tertentu. Justeru, syukuri nikmat lidah dan kemampuan berbicara dengan menjaga kata-kata.
Rujukan:
https://www.hmetro.com.my/addin/2020/06/592940/lidah-utusan-hati-pancaran-akal
https://ikimfm.my/adab-menjaga-lidah/
No comments:
Post a Comment