Sunday, 28 August 2016

Hebatnya industri di China, macam2 produk

Mencari Homestay sekitar Jitra? Sila hubungi Zainol (012-5769360)
..................................................




Aku memang dah lama tahu, kalau kat universiti masa aku belajar dulu, semua pelajar cina dalam kelas aku (electrical engineering) agregat mesti kurang dari 10 belom lagi citer pasal subjek modern math n add math mesti dapat A1... Cuma ada sorang jer kawan cina perempuan kelas aku yang dapat 10 agregat, tu pun kedua2 subjek math tu A1 jugak..


Tapi tentang kehebatan barang-barang industri dari negara china ni aku baru tahu...

memang aku tengok, kalau ada ja produk kat eropah yang dikeluarkan ,tak sampai 6 bulan adalah klonnya dari negeri china... Klon ini selalunya kualitinya kurang lah berbanding dengan yang asal.

Tapi dari segi harga memang menarik... sebabnya harga mampu milik yang rasanya 99% rakyat Malaysia ni boleh beli.

Jadi, dipendekkan cerita, akupun telah terjebak dengan aktiviti penjualan barang2 dari China ni apabila menjual barang2 /produk seorang ustaz . Yang paling popular ialah radio digital al quran.

Tapi sebenarnya banyak lagi barang /produk yang kami jual ada beratus.. Kalau tak percaya hubungi la aku seperti di bawah:


Kalau ada yang berminat nak jadi dropship ke atau nak beli jer ke boleh la contact
whatsapp atau telegram 0125469607
whatsapp atau telegram 0125469607
 whatsapp atau telegram 0125469607

atau boleh jer tengok dalam instagram aku (lebih kurang 10%) yang aku iklankan

@bizon9mission69
 @bizon9mission69
 @bizon9mission69

Sunday, 24 July 2016

Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian

Mencari Homestay sekitar Jitra? Sila hubungi Zainol (012-5769360)
.................................

Setiap kejadian ada hikmahnya...

Anda pasti?



Tak terhitung nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semenjak kita lahir hingga di usia kita sekarang. Alhamdulillah...

Suatu ketika dulu, anak sulongku yang ketika itu berusia awal belasan tahun mengadu kepadaku sambil menangis. Aku masih ingat, akupun turut merasai kesedihannya tapi sebagai ibu takkan pulak aku nak menunjukkan yang aku pun turut sebak... Kene maintain lah beb!!!

Dia mengadu, seorang kawannya (aku namakan A) yang dianggap 'kawan baiknya', dan akupun dapat merasakan keakraban mereka (mungkin sebelah pihak sahaja?). Semakin hari semakin renggang dengan dirinya.
Semakin lama seperti ingin menjauhkan diri daripadanya.

Anak lelakiku ini bukannya ramai sangat kawan....
Dengan lagak seorang perwira, ibu yang keras hati (konon), aku berkata kepadanya.... lebih kurang begini
" Berlambak lagi lelaki sebaya yang jauh lagi baik dari budak tu kalau abang long nak jadikan kawan baik...Kat taman ni sajapun satu masjid ada kan?"

Agaknya diapun memang termakan kata2 ku...
Sejak hari itu aku dapati dia pun mula mencari kawan2 lain... Mungkin sikap  'low profile'nya (depan aku ler, belakang tak tau), kawannya pun tak la ramai sangat...

Beberapa tahun kemudian, satu kejadian berlaku, di mana kawannya A telah meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalanraya.... Innalillahiwainna ilaihiraji'un...

Satu sikap yang aku puji, abang long ku tidak pernah berdendam dengan si A. Dia sanggup menunggu jenazah yang tiba dari hospital,  dia bergegas lagi ke surau untuk solat isya' dan solat jenazah...

Selepas jenazah dikebumikan, abang long balik ke rumah... Masih ku ingat perkataan yang diucapkan lebih kurang:

"Mama, abang long dah faham... setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui kekuatan hati abang long, Kalau masih berkawan baik lagi mungkin abang long rasa beberapa hari abang long tak boleh makan ni..."

Syukurlah anakku masih boleh memahami kebesaran Allah... Alhamdulillah...

Semenjak kejadian itu, aku nampak perbezaan anakku. Selepas solat maghrib, abang long akan membaca beberapa ayat quran dari al Quran yang ku hadiahkan kepadanya...

Alhamdulillah ... Ya Allah, aku sangat bersyukur di atas limpahan rahmatMu












Saturday, 23 July 2016

Hutang perlu dibayar?

Peringatan untuk diriku dan semua pembaca:

Kita selalu mendengar ceramah dan nasihat yang kita perlu membayar hutang... Nanti kat akhirat walaupun seorang pejuang fisabilillah yang pergi berperang...
Walaupun semua dosa2 lain telah dihapuskan apabila kita mati syahid...kecuali HUTANG.

Betul tak? Takutkan?

 Akupun masih berhutang... Hutang rumah, kereta dan pelajaran...


Namun begitu dengan adanya pinjaman2 yang berlandaskan syari'ah yang dapat mengelakkan riba' .
Kematian kita adalah rahsia Allah sehinggakan tiada manusia yang dapat mengetahui masa/detik kematiannya.

Syukur alhamdulillah...sistem  takaful yang boleh melunaskan hutang apabila kita berhutang dan meninggal dunia...

Kita perlu meneliti semua yang terkandung dalam ' agreement letter ' supaya kita tidak terjerat dengan masalah di kemudian hari. Yang lebih teruk, jika hutang itu boleh mempengaruhi kehidupan anak2 kita...orang2 yang kita sayangi terpaksa menanggung hutang yang kita cipta...

Fikir2kan lah...







Friday, 22 July 2016

ingin beroleh pendapatan yang besar?

Mencari Homestay sekitar Jitra? Sila hubungi Zainol (012-5769360)

..............................................................................................


Aku terfikir dalam diam, salahkah kita jika ingin beroleh pendapatan yang besar?

Memang tidak ada salahnya jika ingin beroleh pendapatan lebih. Dengan syarat
1. kita tidak terlalai dari melakukan amalan2 fardhu n sunat
2. kita sentiasa bermuhasabah
3. Memberi derma/sedekah kepada golongan yang memerlukan

Tapi memang fitrah manusia selalu leka jika diuji dengan kesenangan... Betul tak?

Jadi aku ingin menyeru diriku sendiri dan sesiapa jua yang ingin beroleh pendapatan yang besar supaya memperuntukkan masa yang tetap setiap hari, untuk melakukan ibadah seperti solat di awal waktu, membaca alquran dan sebagainya.



Tuesday, 28 June 2016

Mencari Lailatul qadar... Alhamdulillah




Alhamdulillah kita dah lebih 20 hari di bulan ramadhan.
Alhamdulillah , kita diizinkanNya untuk beribadat lagi tahun ini...
Alhamdulillah, kita masih berkesempatan menunaikan solat taraweh tahun ini....

Tapi siapa tau, tahun depan di mana kita?
Tapi siapa tau, tahun depanmasuh kah kita berada di alam ini?
Tapi siapa tau, tahun depan, masihkah kita berkesempatan menunaikan ibadah di bulan ramadan?


 Mungkin kita tidak 'terpilih' untuk mendapat Lailatul qadar
Tapi kita masih boleh meraih peluang 70 kali ganda amalan fardhu
Amalan sunat pula mendapat ganjaran amalan fardhu

 Alhamdulillah.....

Sunday, 8 May 2016

PROMOSI HARI GURU...... MEH BELI RADIO JOC AL QURAN


Jiwa tak tenteram?.. jiwa kacau??? Anda perlukan ketenangan???

Alhamdulillah jika anda boleh mengaji...

tapi boleh ke anda membaca al quran 24 Jam?...

Marilah kita mendengar dan menghayati bacaan al Quran  dan maksudnya  dengan

sedikit sahaja pelaburan.

Tambahan pula kami menawarkan harga yang amat berbaloi

dengan promosi sempena HARI GURU
(11-16 MEI2016)

VERSI1=RM55
VERSI2=RM60
VERSI3=RM70

telegram@whatapps - 0125469607  
telegram@whatapps - 0125469607 
telegram@whatapps - 0125469607


Kami juga ada menjual

RECHARGABLE SOLAR LED LIGHT & TORCHLIGHT


Wednesday, 20 April 2016