Mencari Homestay sekitar Jitra?
Sila hubungi Zainol (012-5769360)
.................................
Setiap kejadian ada hikmahnya...
Anda pasti?
Tak terhitung nikmat yang Allah kurniakan kepada kita semenjak kita lahir hingga di usia kita sekarang. Alhamdulillah...
Suatu ketika dulu, anak sulongku yang ketika itu berusia awal belasan tahun mengadu kepadaku sambil menangis. Aku masih ingat, akupun turut merasai kesedihannya tapi sebagai ibu takkan pulak aku nak menunjukkan yang aku pun turut sebak... Kene maintain lah beb!!!
Dia mengadu, seorang kawannya (aku namakan A) yang dianggap 'kawan baiknya', dan akupun dapat merasakan keakraban mereka (mungkin sebelah pihak sahaja?). Semakin hari semakin renggang dengan dirinya.
Semakin lama seperti ingin menjauhkan diri daripadanya.
Anak lelakiku ini bukannya ramai sangat kawan....
Dengan lagak seorang perwira, ibu yang keras hati (konon), aku berkata kepadanya.... lebih kurang begini
" Berlambak lagi lelaki sebaya yang jauh lagi baik dari budak tu kalau abang long nak jadikan kawan baik...Kat taman ni sajapun satu masjid ada kan?"
Agaknya diapun memang termakan kata2 ku...
Sejak hari itu aku dapati dia pun mula mencari kawan2 lain... Mungkin sikap 'low profile'nya (depan aku ler, belakang tak tau), kawannya pun tak la ramai sangat...
Beberapa tahun kemudian, satu kejadian berlaku, di mana kawannya A telah meninggal dunia di dalam satu kemalangan jalanraya.... Innalillahiwainna ilaihiraji'un...
Satu sikap yang aku puji, abang long ku tidak pernah berdendam dengan si A. Dia sanggup menunggu jenazah yang tiba dari hospital, dia bergegas lagi ke surau untuk solat isya' dan solat jenazah...
Selepas jenazah dikebumikan, abang long balik ke rumah... Masih ku ingat perkataan yang diucapkan lebih kurang:
"Mama, abang long dah faham... setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui kekuatan hati abang long, Kalau masih berkawan baik lagi mungkin abang long rasa beberapa hari abang long tak boleh makan ni..."
Syukurlah anakku masih boleh memahami kebesaran Allah... Alhamdulillah...
Semenjak kejadian itu, aku nampak perbezaan anakku. Selepas solat maghrib, abang long akan membaca beberapa ayat quran dari al Quran yang ku hadiahkan kepadanya...
Alhamdulillah ... Ya Allah, aku sangat bersyukur di atas limpahan rahmatMu
politeknik tuanku sultanah bahiyah ptsb kulim motivasi kesihatan dekorasi kerja dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sebenarnya, mereka boleh ja berlanggar. NASA dan organisasi antarabangsa yang lain mengesan satelit di angkasa lepas. Perlanggaran jarang t...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...
-
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
No comments:
Post a Comment