Sunday, 19 January 2014

Kerjaya: Kelebihan Sebagai pendidik

Kelebihan:
1. Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya seiring dengan zaman
dan teknologi terkini
2. Mendidik pelajar menyebabkan kita berhati2 dalam kelakuan dan percakapan.
Jadi sebenarnya kita sentiasa mendidik diri sendiri
3. Mudah bila dah ada anak, boleh guna teknik2 yang telah dipraktikkan
4. Pahala berterusan, andai pelajar menggunakan ilmu yang diajar
5. Rasa dihargai andai bertemu dengan bekas pelajar yang menyapa
6. Rasa berbangga melihat anak2 didik berjaya menjadi manusia yang berguna



Kerjaya: Dilema wanita bekerja

Wanita bekerja mempunyai pelbagai cabaran/masalah terutama
di negara2 membangun. Di Malaysia pun masalah ini masih berlaku

Di antara sebab2nya:
1. Keluar rumah awal2 pagi
2. Balik lewat malam
3. Terpaksa bekerja syif
4. Meninggalkan anak kepada orang tua (ibu, kakak dsbnya)
5. Membayar duit pengasuh (bagi yang berpendapatan kecil)
6. Ada (bukan semua) suami yang berlepas tangan perihal kewangan rumahtangga
7. (Sebilangan kecil suami) yang merasa cemburu melihat pergaulan dsbnya.
8.Terpaksa bekerja dengan lelaki
7. Keseimbangan fokus menjadi tidak menentu (apabila kerja di pejabat bertimbun)
8. Mudah mendapat stress
9. Mudah menghidapi penyakit darah tinggi
10.Anak2 (merasa) terabai
11. Suami (merasa diabaikan
dan sebagainya...

Tapi semakiin banyak rintangan, sebenarnya wanita juga menjadi lebih
Tekal, cekal dan berdisiplin dalam hidup.

InsyaAllah kita berjaya menangani semua masalah

Wanita Boleh!!!

Jom tukar ke Lampu LED: Kenapa?

Layari doa munajat: usrati27-2-14: doa munajat youtube
                                 doa-munajat-ustazah-norhafizah-musa
 Kenapa?
Tentu ada banyak alasan, di antaranya:

1. Menjimatkan elektrik
2. Menjimatkan duit dalam jangka masa panjang
3. Mesra alam
4. Bila dah lama2 nanti harga lampu LED akan semakin murah
5. Menyahut seruan daripada pelbagai NGO seluruh dunia untuk menjaga alam sekitar
6. Perkembangan teknologi menyebabkan banyak variasi terhadap bentuk,
warna, saiz, harga dan versatile...

Motivasi: Jangan buat hal time mula2 masuk kerja ( tugasan di pejabat 6)

Cuba hindari perkara2 ini  semasa mula2 bekerja
 maksudnya anda masih dalam perhatian ketua:

1. Jangan sombong - Bersederhana saja
     tapi jangan la pulak terlampau ramah
2. Macam semua tak tau - walaupun baru bekerja sepatutnya anda
    tetap ada pengetahuan tertentu, jika tidak tentu tak dapt kerja!
3. Mengorat - anda mungkin dikategorikan sebagai seorang yang tampan atau
mempesona, tapi kalau dok asyik mengorat, nanti anda dicop playboy pulak!..
4. Bermusuh - Kadang2 ada senior yang memang suka cari pasal
Terutama orang baru... sabar, sabar... itukan separuh dari iman!
5. Bergossip - Dalam pejabat mungkin ada sekelompok manusia yang suka bergossip
ataupun memang perkara betul, tapi sebagai pekerja baru kena lebih berhati2!
6. Lewat ke pejabat - andainya pejabat itu nenek kamu punya ke,
bapak kamu punya sekalipun... bila lagi nak jaga nama baik anda!
(apa lagi jika ada kaitan  dengan keturunan anda!
7.Tunjuk hebat - bukan masanya lagi....
Kehebatan anda akan terserlah bila anda diberi tugas berat2 nanti..


Motivasi: Kenapa saya bekerja? (Menyelesaikan tugasan di pejabat 5)

Tanya pada diri, kenapa aku bekerja?

Adakah kerana wang semata-mata?

Berbagai jawapan bakal diterima andai soalan ini ditanya, betulkan?
 Di antaranya:
1.  Berbakti kepada agama, bangsa dan negara
2.  Membalas budi ibubapa atau saudara yang bersusah-payah semenjak dari kecil
     membesarkan kita menjadi manusia yang berguna
3. Membantu suami dengan menjana pendapatan sendiri (jika anda wanita)
4. Memang hobi suka bekerja, kalau duduk kat rumahpun tak tahu nak buat apa
5. Menyalurkan kemahiran, kepakaran atau ilmu pengetahuan yang telah dipelajari
    semasa di pusat kemahiran atau di institusi pengajian tinggi dahulu
6. Dapat bersosial sama ada individu  daripada bidang, pengetahuan, kepakaran, umur, status 
    dsbnya yang sama atau yang berbeza.
7. Mengumpul dana untuk hari tua.

Walau apapun alasan anda, apabila kita telah berada di alam pekerjaan,
jika kita adalah penganut Islam tentu perlu mengikhlaskan niat sebagai ibadah kerana
setiap manusia dilahirkan sebagai khalifah di mukabumi ini.

Mencari pekerjaan yang tidak bertentangan dengan syari'at Islam kerana dengan
pendapatan tersebut kita membeli makanan dan sebagainya. Apapun yang dimakan
walau makanan itu ada cop halal (lagi thoyyibah), jika sumber pendapatan itu tidak halal,
maka daging yang terbina di badan  (atau keluarga) boleh membawa kita menempah
tiket (tempat) di neraka bagi kehidupan di akhirat kelak, na'udzubillah..
Renung2kanlah..

Thursday, 16 January 2014

Motivasi: Perlu tempoh yang panjang? (Menyelesaikan tugasan di pejabat 4)

Kadang2 kita diuji dengan satu tugasan yang memerlukan masa yang panjang

Tak pe, insyaAllah selesai...

Cadangan:
1. Buat perancangan di atas kertas
(kalau perlu-carta gantt pun boleh...)
2. Pecahkan kerja kepada beberapa bahagian kecil
3. Semak kut2 keja tu boleh diagihkan kepada orang lain..
4.Buat pecahan masa, yakni setiap bahagian tu agak2 berapa lama
perlu diselesaikan
5. Jika tugasan boleh diagihkan, agihkan sahaja
siap dengan dateline (pada langkah ke4 kita dah target masa yang perlu).
6.Buat mana yang boleh dahulu
(Sesetengah kerja kita kena order barang dan nak dapat tu
mungkin sebulan, seminggu atau sehari ke, jadi...apa kata order dulu)

Kalau boleh taip dan tampal kat papan tanda,--- carta gantt tu, atau perancangan tu
jadi... tak le lupa tanya diri sendiri atau orang yang dipertanggungjawabkan
sekarang ni kita di tahap mana

Kerjaya: Memeriksa kertas kuiz, ujian, tutorial bagi pendidik (satu cadangan)

Memeriksa kertas kuiz, ujian atau tutorial pelajar yang memberi impak kepada penilaian
akhir pelajar perlu dilakukan dengan berhati2 untuk memberi keadilan kepada semua pelajar



Di antara urutan yang dicadangkan:
1. Pastikan tiada kelas yang perlu anda masuk (sekurang2nya bagi tempoh tertentu
yang anda yakin dapat menyiapkan keseluruhan atau sebahagian)atau lain2 kerja urgent
2. Pastikan cukup bahan2 (pen merah, skema pemarkahan,  soalan ujian/kuiz/ujian/tutorial,
kertas ujian/kuiz/tutorial dan lain2 yang difikirkan perlu, kalau matematik, calculator)
P/s: Macam nak buat kek jugak, kena cukup bahan2...
3. Pastikan suasana yang agak harmoni di tempat anda akan menyelesaikannya
seperti tiada gangguan serti bunyi bising, orang berbual dll yang boleh
mengganggu konsentrasi anda
4. Sekiranya ada lebih daripada satu soalan, saya cadangkan pilih
satu sahaja nombor soalan (melainkan jika anda pasti anda boleh siapkan pada masa tu jugak,
itupun saya jarang2 sgt praktikkan, kalau adapun jika soalan2nya memerlukan 
jawapan yang terlalu ringkas)
Rasionalnya:
  •  Manalah tau tiba2 bos panggil untuk siapkan tugasan urgent,
  • Tiba2 aje migrain menyerang
  • Dapat panggilan saudara-mara meninggal atau masuk ICU
  • Mesyuarat tergempar
  • Momentum keja merudum
  • Tiba2 ada kawan nak belanja...

tentu keja terbengkalai
4. Semak jawapan pelajar dan beri markah pada soalan yang sama
kerana selalunya momentum(atau mood) masih sama atau hampir sama
jadi markah yang diberi lebih adil berdasarkan skema

5. Kalau boleh semak dalam masa 2 minggu sbb pelajar tentu nak tau markah/prestasi
mereka, pelajar2 yang ingin belajar pastinya lebih bersemangat untuk memperbaiki kelemahan
mereka