Friday, 26 November 2021

Muhasabah diri: Bersabar dari mengucapkan perkataan buruk

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa


Foto:
https://www.facebook.com/ghulamjihad/photos/pernah-berkecil-hati-dengan-seseorang-tak-family-kawan2-bos-kawan-kerjaallah-ada/2072390733042656/

Nabi SAW menyatakan, golongan paling ramai berada di dalam neraka adalah disebabkan lidah mereka.

Atas sebab itu, Islam menggalakkan umatnya lebih banyak berdiam diri daripada banyak berkata-kata. Berdiam diri bukan bermakna mengalah atau tidak mampu melawan, tetapi mengelak berlakunya fitnah serta menyebarkan keaiban.

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam...” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebagaimana kita tidak suka orang lain membicarakan hal peribadi kita, begitu juga orang itu tidak suka kita bercakap hal berkaitan dirinya.

Sehubungan itu, setiap kali rasa hendak membicarakan hal keaiban orang lain, ingatlah kita turut ada aib sendiri.

Nabi SAW sangat marah kepada golongan yang membuka aib saudaranya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya untuk disakiti. Siapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan membantu keperluannya. Siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim, maka Allah menghilangkan satu kesusahan baginya daripada kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan siapa yang menutupi (aib) seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Riwayat Bukhari)

Dalam kitab Muhkhtashar Tafsir Ibnu Katsir karya Syekh Ahmad Syakir dijelaskan, berkata buruk ketika dizalimi memang diperbolehkan. Namun alangkah mulianya apabila seorang hamba memilih bersabar dan mencoba memaafkan orang yang menzaliminya.

Imam Hasan Al-Bashri bahkan menyebutkan larangan bagi seseorang untuk mendoakan keburukan atas orang yang menzaliminya. Justru seharusnya, ia dapat mengucapkan doa agar Allah membantunya keluar dari lubang kezaliman yang telah menimpanya itu.


Rujukan:

https://www.hmetro.com.my/addin/2019/02/427580/cakap-baik-atau-diam

https://www.republika.co.id/berita/qfnv6z366/anjuran-bersabar-jika-dizalimi-meski-boleh-berkata-buruk

Thursday, 25 November 2021

Siri 1: Membanding kawalan PD-Lead dan Kawalan PID-Lead untuk melihat keberkesanan kepada ketepatan atitud bagi InnoSAT

Mukadimah

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui sebelum mengetahui dengan lebih lanjut tentang kawalan atitud bagi InnoSAT

1. Apakah InnoSAT?

InnoSAT adalah sejenis 'Innovative Satellite' daripada kumpulan satelit bersaiz kecil yang dibina daripada satu atau beberapa unit CubeSAT. Jika menggunakan lebih daripada satu CubeSAT, ianya perlulah disusun berdasarkan susunan yang telah dicadangkan oleh pihak berkepentingan. Pihak ini yang akan digunakan sebagai platform untuk penghantaran satelit ke orbit bumi apabila siap nanti.

2. Apakah CubeSAT ?

CubeSAT adalah satelit kecil yang dibina dalam bentuk kiub 10cmx10cmx10cm dengan berat tidak melebihi 1 kg. Kiub 10 cm (lebihkurang 4 inci ) ini telah diinspirasi oleh jurutera angkasa lepas Bob Twiggs, satelit CubeSAT pertama dengan reka bentuk standard.

3. Apakah kawalan PD-Lead?

Kawalan PD-Lead adalah kawalan berdasarkan Pengawal Kadaran-Terbitan (Proportional-Derivative) yang digabungkan dengan Pemampas mendulu (Lead compensator). Kombinasi kedua2 item ini dijangka agak baik untuk mengawal atitud satelit.

3. Apakah kawalan PID-Lead?

Kawalan PID-Lead adalah kawalan berdasarkan Pengawal Kadaran-Kamiran-Terbitan (Proportional-Integral-Derivative) yang digabungkan dengan Pemampas mendulu (Lead compensator). Kombinasi kedua2 item ini dijangka lebih baik daripada kawalan PD-Lead.

Bersambung....

Happy belated birthday mak...

Isnin malam Selasa dan Selasa malam rabu tidur rumah mak.... Sebab ganti balik giliran aku minggu lepas.... Sebab minggu lepas hasben ada close contact dengan pesakit covid... Tak berani bagi risiko  kat mak...



Hari rabu besday mak... Camner boleh terlupa... Pagi2 hari rabu tu bawak mak pi bilik AIR... Kakwan sebelum ke sekolah, singgah sat rumah mak... Bagitau hasben n my doter dah angkat semua barang masuk keta... Suspen betui la depa berdua nih... aku ni belum siap apapun... Jadi lepas bagi mak ambik wuduk terus bagi pakai telekung... mintak my doter monitor mak solat subuh... Kelam kabut aku pi bersiap... Tak boleh lambat sangat, sejam jugak perjalanan nak ke kulim nih...Bila dah siap, nak pi tengok mak sudah ke belum solat... boleh pulak mak tegur aku tengah solat... tawakkal jer la...

Selesai mak solat, bagi pakai pampers kain semua... aku terus cium mak .. mmg terlupa sangat2 besday mak... alahai... dah 78 umur mak...


Tuesday, 23 November 2021

Surat Penangguhan Faiz ikhmal


Kelas DET5C ni taktau la apasal... asyik accident..  
Ini yang ke4... Paling serius

Baru sedar dari koma... tapi tidak dapat mengenali sesiapa... kesian kan...kat parents dia la...Kat diapun kesian jugak...

Pihak hospital duk suruh bawak balik.... walaupun belum boleh bangun... tak tau kenapa... mungkin sebab time covid kut...


Tadi pi HEP ambik borang tangguh semester...  Semalam dah karang surat bagi pihak waris sebab masa mula2 doktor takmo bagi surat.... Tapi sebab dah karang surat tu... tetiba doktor bagi surat...
aku tetap kepilkan surat karangan aku... hihi

Semoga cepat pulih sepenuhnya... dan dapat kembali belajar... kawan2 sumer dah nak abih dah... sem 5 dah...




Selesai dos ke3




Alhamdulillah... selesai sudah dos ke3...

Pfizer pulak... Hari tu sinovac...

Telan panadol 2 bijik... sat2 singgah makan kat tokteh... takut jugak demam ke hapa...


Sunday, 21 November 2021

PALT (peperiksaan alternatif)

Ingatkan esok boleh buat lab f2f kelas DET 5B... Rupa-rupanya Student masih kena kuarantin lagi...selasa baru lepas...


Klu ikutkan,  dah plan dalam kepala...esok nak buat 3 amali... Aleh2 bila Student masih belum lepas...

Jadi esok terpaksa lah membatalkan amali......

Ada hikmah-Nya... Boleh sambung gubal soalan palt yang belum siap...

Kali ni soalan yang digubal telah ditetapkan oleh jppkk berdasarkan fiest... 
Bahagian A:Semua aras 3...

Bahagian B: aras 4 dan 5...

Dahsyatnya depa ni...buh aras 3 cukup la...

{Apakah soalan palt? Ianya adalah bentuk penilaian yang menggantikan  final exam klu time covid ni...}
Soalan adalah rahsia...


Ambik kaw...haha

Sebab zaman covid2 ni student dah pandai meniru bagai... Tu yang terpaksa final bagi payah sikit ..

Tetiba dapat info... ada pensyarah ni mintak aku semak soalan PALT subjek yang dia ajar... Aku jadi penyemak bahasa jugak untuk palt subjek lain ni? Biar betulll...

Sempat Kut...

Saturday, 20 November 2021

Anniversary yang ke 27 dah...




Tak sangka ... hari ni anniversary yang ke 27.. 

Dulu2 kawen pilih tarikh ni sebab cuti sekolah.. Aleh2 sedih jugak kerana arwah tok (masa tu masih ada) rupa2nya pi mekah buat umrah... Kakak sulung pulak pi berkursus (pengetua pun tak boleh consider ka, adik bungsu comey kut yang kawen ni)... kakak keduapun tak balik... Abang Tan, anak ke2 masa tu single... abg uda masa tu baru ada ummi, anak saudara kecik lagi, baru setaun... duk nangih ja... Jadi abg uda n isteri duk mengasuh anak dia jer la...

Jadi bayangkan perasaan raja sehari ni...
(masa kakak2 dan abang2 kawen teruk kut aku buat kerja... hihi...alamakk.... abih dah pahala aku)

Byk la kerja aku kena buat walaupun jadi raja sehari.  Seminggu sebelum kawen duk jahit langsir... rumah mak byk sangat tingkap..hihi... Pastu, kemas rumah... malam tu duk mop lantai lagi sebab esok kenduri.. Masa tu, rumah mak ayah ni byk pulak burung duk menumpang buat sarang... Jadi terpaksa bersihkan jugak... Najis la.. bulu burung la.. Malu kat tetamu nanti..

 Dah tak macam raja lah... Malam selepas kenduripun aku terpaksa duk panaskan, lepas tu hidang makanan untuk tetamu, ramai jugak lebihkurang 7-8 orang, duk angkut makanan setiap kali waktu makan, sampai ayaq mata pun dah keluar... Rumah mk  ayah besar sangat, jadi jauh betul nak angkat makanan... daripada dapur, naik tangga pastu jalan sampai anjung... Lepas makanpun aku terpaksa basuh semua balik sebab esok tinggal mak sorang2 nak mengemas, kesian pulak...

Raja sehari pulak yang kena buat semua kerja...Sediakan tempat tidur tetamu... sebab esoknya kenduri di pihak pengantin lelaki... Sampai sakit pinggang...

Yer la... kita kena ikhlas kan buat kerja... tapi bila sorang2 kena buat kerja pada hari bersejarah... dalam keadaan tak berapak nak rela... kenangan sekali seumur hidup...kan...kan...

Bila pi rumah pengantin lelaki, maklang teman..., Isteri paklang, abang ayahku...dia ni biras mak, aka dua pupu mak...  Malam tu tidur dengan maklang...

Sekarang dah tinggal sejarah...

Alhamdulillah... anak sulung pun dah 26 tahun, masih belajar kat UniMAP, kedua 24 tahun, masih duk cari kerja balik dari Sydney dan ketiga 20 tahun, masih belajar tahun ke2 di UM...