Tuesday, 10 February 2015

Definasi MATI



Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.  
Maksud Firman Allah s.w.t: 
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)
Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada. 
Maksud Firman Allah s.w.t :                                                                                           
"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh."                                               
(Surah an-Nisaa' ayat 78)

Thursday, 29 January 2015

Bersedia Menerima Ujian

Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. 
Baca selanjutnya ...

Hidayah Allah Melalui Perantaraan Insan

Hidayah Allah Melalui Perantaraan Insan

 Seorang hamba Allah pernah cakap dekat saya “Beruntunglah orang yang diberikan hidayah oleh Allah, sebab bukan semua orang dapat..” Ya, saya bersyukur. bersyukur sebab saya adalah antara hamba Allah yang dapat hidayah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dulu saya tak patuh perintah Allah, banyak sangat langgar perintah Allah. Walaupun mak dan abah selalu pesan dekat diri saya supaya patuh dengan perintah Allah, tapi saya degil....

sumber:
 http://www.iluvislam.com 

Menegur, menasihati, memberi pendapat, biar berhemah

Menegur, menasihati,memberi pendapat, biar berhemah…

“Eh, Siti..aku rasa kau tak sesuai la pakai tudung warna ni…muka kau nampak tenggelam je..”
“Kau gelap…Aisha cerah…takpelah”
“Kau tak sesuai la pakai shawl..muka kau tak cantik pakai camni”
“Hari-hari aku tengok kau pakai tudung sama je…

sumber:
 http://www.iluvislam.com

6 Rahsia Orang Berjaya

Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?

sumber:
 http://www.iluvislam.com

Wednesday, 28 January 2015

3 KATA-KATA BIASA YANG BERBAHAYA



·         Kata– kata khurafat
-          Kata-kata yang karut yang mengaitkan sesuatu dengan sesuatu yang tidak logic malahan ia tidak menepati sunnatullah
·         Bersumpah selain Allah
-          Ucapan lain yang biasa kedengaran  :
“Demi nabi, demi kemuliaanku, demi ibu bapaku”.
Suatu hari Ibn Umar mendengar seseorang bersumpah,
 “Demi kaabah!”
Lantas beliau berkata keppadanya,
“Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda,
“Sesiapa yang bersumpah selain Allah maka dia telah syirik!”
[Riwayat Abu Daud]
·         Menyamakan taraf Allah dengan makhluk yang lain dalam ucapan
-          Nabi berkesempatan mendidik sahabat:
“Janganlah kalian berkata
‘apa yang Allah kehendaki dan juga si polan’.
Sebaliknya sebut
‘apa yang Allah kehendaki.
Kemudian
‘apa yang polan kehendaki’”
[Riwayat Abu Daud]
Lampiran dari Solusi siri 75

Friday, 23 January 2015

Sebelum Dajal Muncul (Golongan al- ruwaibah)

Rasulullah SAW memberi amaran tentang kejadian 'sebelum Dajal muncul'dari lebih 14 abad yang lalu : "Sesungguhnya ketika hampir kemunculan dajal, tahun-tahun sebelumnya dipenuhi dengan pelbagai penipuan, orang-orang yang benar dan jujur dianggap dusta, golongan dusta pula dianggap benar, orang amanah dituduh khianat, manakala golongan khianat diserahkan amanah kepadanya. ketika itu golongan Al-ruwaibidahakan sentiasa bercakap.

Para sahabat bertanya, ' Siapakah golongan Al-Ruwaibah()? '
Baginda menjawab:' Mereka ialah golongan al-Fuwaisiq(orang yang melakukan kefasikan secara jelas terutamanya golongan muda) yang bercakap dalam berurusan awam. '"

 [ Riwayat Ahmad ]

Dalam riwayat lain, baginda menyebut al-Safih (bodoh) dan al-Tafih(seorang yang lekeh dan tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan serta tidak memiliki sebarang kelebihan dalam pandangan agama) bagi menggantikan al-Fuwaisiq.

Siapakah al-Ruwaibah?

Mereka bercakap hak-hak wanita tetapi mereka mengetepikan hak Allah. Mereka bercakap tentang ekonomi negara sedangkan mereka pengganggur yang malasdan mempunyai hutang sekeliling pinggang.Mereka bercakap tentang dakwah tetapi keperibadian mereka amat kabur Islamnya.

Namun mereka mendapat tempat di pelbagai media , diterima dan dianggap hebat. manakala para ulama yang benar diketepikan dan digelapkan.

Kesimpulannya ...

Hanya Iman yang mampu membantu kita agar tidak terlibat dalam hal-hal sebegini...
Jaga iman ye...

Lampiran..

Majalah Solusi siri 75