Wednesday, 10 September 2025

Serangan terhadap Tebing Barat Palestin

 


B0yc0tt 15r4e1 pr0duCt, Free P41e5t1ne


- Pada awal pagi (waktu Gaza), tentera penjajah telah meletupkan rumah seorang tahanan Palestin iaitu Thabit Masalmeh di Bandar Beit Awwa, al-Khalil dengan tuduhan terlibat dalam operasi hingga menyebabkan kematian seorang pendatang haram Yahudi dan mencederakan yang lain beberapa bulan lalu.


- Tentera penjajah terus melancarkan serangan besar-besaran ke atas Jenin, Tulkarm dan kem pelarian di kawasan itu sejak beberapa bulan, dan meningkatkan kekejamannya semalam apabila dua orang kanak-kanak syahid ditembak di Kem Jenin.

- Untuk hari kedua, tentera penjajah menceroboh masuk ke beberapa bandar di selatan Jenin termasuk Qabatiya, Misliya, al-Jadida dan Mithlon, serta menyerbu rumah-rumah penduduk dan merosakkan harta benda.

- Kumpulan samseng pendatang haram Yahudi menyerang beberapa kawasan di Tebing Barat termasuk kampung Burin, Aqraba dan Deir Sharaf di Nablus, serta membaling batu ke arah kenderaan di jalan utama.

- Tentera penjajah turut menyerbu bandar dan kampung lain serta melancarkan operasi penangkapan terhadap beberapa penduduk Palestin.

- Tentera penjajah mengenakan kepungan sepenuhnya ke atas bandar-bandar di barat laut Baitul Maqdis, susulan serangan tembakan di utara bandar itu yang mengakibatkan beberapa pendatang haram Yahudi mati dan cedera.


No comments:

Post a Comment