https://www.booking.com/hotel/my/99-sepang-klia.en-gb.html?
Alhamdulillah, tadi singgah Bangi, menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat sekolah dulu-dulu ( ex- MRSM Perlis)
Ex- classmate, Mohd Kasyfi. Diadakan di Bangi Golf Resort. Makanan pun sedap sedap...
Alhamdulillah jgk dan sampai ke hotel budget, walaupun hotel budget, okay jgk nak recommend kat kawan-kawan... Hotel 99 Sepang, sebab esok anak pertama tiba daripada Jeddah selepas mengerjakan umrah.. cuma hotel ni tak sediakan towel ... Kena bawak towel sendiri, water heater pun tiada, yang tak boleh mandi air sejuk, eloklah fikir 2x..
(Baru dapat info, anak-anak bgtau dah mintak towel, pukul 6 baru sampai, hotel budget, terima lah seadanya
Rupa2nya, da jer water heater, cuma tak dilabel...)
Sebenarnya aku dah berada di kawasan Selangor dari 11/9 dah...
Mula-mula tu 11/9 malam tu ada majlis persaraan peringkat jppkk, jadi disebabkan aku dan hasben pencen tahun ni, jadi pergi lah sekali...hihi, di dewan Zaaba presint 5 Putrajaya, masa tu tidur hotel double tree Hilton... Mmg best la, bayaran pun mahal la sikit .. tapi sarapan mmg enak sangat...
12/9 pula, sebab:
1: nak ambik anak ke2 di KLIA, maka tidurlah di hotel bary inn, salak tinggi, tapi hotel ni agak lama, dh la hotel budget, terasa sangat lah perbezaan antara hotel hari pertama dan kedua, kalau datang lagi sini, mungkin tak tidur dah la sini.
2. Anak ke3 yang kerja kat Maxis, KL pun nak jgk buat reunion, jadi senang nak ambik di stesen LRT salak tinggi ni...
13/9 pagi-pagi dah bertolak ke Melaka, tapi melalui jalan biasa, sebab hasben nak tengok pemandangan di sekitar negeri 9 dan Seremban. Anak-anak pulak teringin nak menziarahi masjid Sendayan yang mmg sgt2 cantik. Malam tadi kami sekeluarga tidur hotel grand Swiss bel hotel... Best la jgk...
14/9 ni, mlm ni baru nak tidur hotel 99 kat kota warisan... Besok InsyaaAllah selepas hantar anak-anak naik train, kami berdua InsyaaAllah akan ambik anak pertama kat KLIA.
No comments:
Post a Comment