Friday, 27 December 2024

Siri 1: Kenapa kena kawal atitud satelit?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Seronok tengok elon musk meluncurkan berpuluh-puluh satelit serentak dengan teknologi terkini.

Aku ni hanya tahu kaedah untuk mengawal pergerakan satelit. Banyak jer kaedah yang digunakan di seluruh dunia ni ..

Tetapi kita kena  juga tahu semasa bila dan kenapa kena kawal atitud satelit ni. Pertama sekali ialah semasa mula-mula melancarkan satelit sama ada secara back packer atau kaedah yang digunakan oleh SpaceX... Apa yang berlaku, bila mula2 nak berpisah daripada roket pembawa, berlaku keadaan tidak terkawal, semakin cepat satelit tersebut boleh dikawal, semakin cerah masa depan satelit ini untuk berjaya beroperasi.  Astronautic Technology Sdn Bhd  (ATSB) telah memberikan maklumat tentang keadaan/ data yang tidak terkawal ini sebagai y-thompson spin rate data bagi ketiga-tiga paksi iaitu roll, pitch dan yaw.


Kedua pula  ialah semasa satelit sedang mengelilingi orbit bumi, satelit juga terdedah kepada graviti bumi. Ini menyebabkan semakin lama satelit boleh semakin teranjak ke bawah. Bukan itu sahaja, malah kesan gangguan sepanjang bergerak seperti.... Boleh mengganggu juga. Mungkin dalam kes ini, satelit semakin jauh daripada bumi. 

Namun begitu ada anasir-anasir luar yang boleh menyebabkan satelit semakin jauh dari bumi dan akhirnya terus hilang dari orbit...

Ini baru penyataan masalah.

Sekian terima kasih 





No comments:

Post a Comment