Friday, 2 February 2024

MUHASABAH DIRI: PERJALANAN MENGERJAKAN UMRAH

 Hati berdebar debar apabila tarikh penerbangan semakin hampir. Mana tidaknya, lama sangat dah tak ke tanah suci. Rasanya dah 18 tahun selepas mengerjakan haji pada 2005-2006 dulu. Akibat disibukkan oleh hal2 keduniaan sehingga lengah ke tanah suci lagi.











Bila menjejakkan kaki ke Masjidil Haram, terkejut nya rasa, dah tak macam dulu, manusia semakin ramai di setiap masa dan ketika.


Alhamdulillah, dengan pakej Andalusia yang dipilih berdekatan dengan Masjidil Haram, jadi tak lah jauh mana. Perjalanan pergi-balik sepanjang mengerjakan solat di Masjidil Haram walaupun singkat sebab dekat sangat, hotel safwah orchid yang terletak dekat bangunan jam besar tu. Jadi untuk ulang alik taklah susah, tapi manusia yang begitu ramai kadangkala terlupa juga jalan pulang. Pintu masuk dan keluar sentiasa berubah ubah kerana proses pembinaan yang tidak pernah selesai.

Begitu juga sepanjang program ziarah yang menjalinkan ukhwah sesama jemaah yang saling melengkapi.



Mutawif dan Ahli-ahli jemaah yang sangat baik dan banyak membantu telah menjadi kan pengalaman umrah ini begitu bermakna.

Penghijrahan ke Madinah sekali lagi mengejutkan diri ini kerana tempoh perjalanan yang begitu singkat berbanding 18 tahun lepas.

Electric train "Haramain High Speed Railway'' yang mencapai sehingga 300km/jam menunjukkan kerajaan Saudi Arabia bersungguh sungguh untuk memudahkan laluan jemaah masakini yang semakin bertambah dari hari ke hari. Kami bertolak pada pukul 16.20pm dari Mekah dan tiba di Madinah pada 18.45pm.

Terima kasih kepada semua pihak sama ada Andalusia atau kerajaan Saudi Arabia yang cuba memudahkan jemaah. Malah kehadiran Mutawif yang begitu proaktif menyebabkan proses pengenalan dan umrah menjadi lebih mudah. Alhamdulillah. Setiap cabaran dan rintangan hanya lah ujian kecil yang Allah kirimkan lepada hamba Nya yang kerdil ini dan tahap keimanan yang begitu nipis kadangkala mengundang sedikit keluhan di hati kecil ini.

Semoga Allah menjemput lagi diri kerdil ini pada tahun tahun yang akan datang... Aamiin ya Rabbal'Aalamin.


No comments:

Post a Comment