Friday, 29 December 2023

Luahan hatiku seorang pendidik

 Telah ku cuba menyampaikan segala ilmu yang ada kepada semua anak-anak didikku. Setiap semester aku cuba memperbaiki teknik penyampaian walaupun dah tak lama nak bersara. Aku cuba untuk mencari rezeki yang halal lagi berkat dengan profesion ku sebagai pendidik di politeknik ini. 



Tetapi berbagai cabaran yang terpaksa aku hadapi seperti:

1. Menjalankan tugas berdasarkan giliran untuk menjaga ibuku iaitu, setiap kali 5 pusingan selama seminggu. Ini menyebabkan aku terkejar-kejar setiap pagi untuk ke ofis dan terkejar-kejar pulak pergi ke rumah ibuku setiap petang, takut terlambat.

2. Cuba menjalankan tugas untuk menjaga ibu mertua ku sekurang-kurangnya 2 hari dalam sebulan. Malunya rasa kerana tak mampu menjaga seminggu setiap bulan, walaupun suami tetap bayar setiap hari yang tak mampu menjaga tu sebanyak rm50, tapi manakan sama dengan tugas menjaga sendiri walau bayar seribu sekali pun...

3. Menyiapkan/ membuat pembetulan tesis PhD  yang masih berbaki. Kalau ikutkan hati ni dah malas nak perabih. Dah takdak apa untuk dicapai, umur pun dah dekat nak pencen, lagi setahun dua.

4. Menjalankan tugas sebagai seorang pendidik yang sentiasa up-to-date dengan perkembangan teknologi semasa. Sebab bidang kejuruteraan elektrik (elektronik) ni cepat sangat berubah teknologi nya. Terpaksa study balik kalau 2 ada perubahan yang tak signifikan dalam dunia hari ini. Rasanya subjek projek yang paling tinggi cabaran sebab sebagai penyelia dengan ilmu yang kurang ni adalah sukar bagiku untuk menyelia mereka.

5. Umur yang dah menjangkau 5 siri bukan lagi muda untuk melakukan segala multitasking yang ada di alam pendidikan masakini. Dengan audit yang berbagai, dengan research yang kena buat, di samping tugas sampingan sebagai ketua unit kecemerlangan dan kemahiran pelajar (SSEU) rasa macam banyak sangat nak kena fikir.


Mungkin bersara adalah yang terbaik untuk ku... Wallahu  a'lam bishshowab

No comments:

Post a Comment