Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Peringatan buat diriku yang lupa
Kurang untuk boleh dipercayai
Jika anda mengenali orang yang kelihatan tidak mampu/lemah, anda mungkin sanggup memberi laluan atau bekerja bagi pihak mereka. Kelihatan lemah, tapi sedang mengambil peluang.
Nampak Sopan tetapi mementingkan diri sendiri
Apabila datang untuk mengesan kebaikan yang tulen, peraturan "tingkahlaku lebih membuktikan siapa anda daripada perkataan".
Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan kata-kata berbunga-bunga, tetapi jika tiada bukti untuk menyokongnya, kata-kata itu tidak bermakna apa-apa.
Bijak bergosip
Gosip mungkin terdengar biasa dan tidak berbahaya tetapi, pada dasarnya, ia sebenarnya tidak.
Apabila seseorang itu penggosip, mereka selalunya akan secara rela menyebarkan maklumat salah tentang orang.
Cuba Menceroboh sempadan
Menghormati sempadan bermakna pertimbangan.
Oleh itu, jika anda mengenali seseorang yang kerap menguji sempadan anda, katakan dengan menceroboh masa dan ruang peribadi anda, ianya cukup memaparkan siapa dia.
Mengelak untuk bertanggungjawab
Mereka bukan orang yang baik jika mereka tidak pernah bertanggungjawab atas tindakan mereka.
Pandai memanipulasi
Orang yang baik cenderung mempunyai banyak watak, ini tidak salah.
Mereka tidak akan menggunakan taktik manipulasi untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.
Penghinaan halus
Orang yang benar-benar baik dan selamat mahukan yang terbaik untuk semua orang. Apabila mereka memberi maklum balas positif, mereka sangat bersungguh-sungguh.
Jangan percaya pada seseorang yang menunjukkan respon yang secara halus seperti penghinaan.
Simpati/ Kasihan hanya memilih orang tertentu atau masa tertentu
Apabila bercakap tentang Simpati/ Kasihan: "Jika seseorang baik dengan anda tetapi kurang ajar kepada pelayan kedai makan, makcik cleaner (yang anda pasti tak buat salah) contohnya, mereka bukan orang yang baik."
Sesiapa sahaja boleh memalsukan Simpati/ Kasihan mereka apabila ia memberi manfaat kepada mereka.
No comments:
Post a Comment