Gambar hiasan
Jabir meriwayatkan, "Beliau pergi kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, "Engkau mengetahui bahawa ayahku syahid pada hari Uhud, dan dia banyak berhutang, dan aku ingin agar dapat membayar orang yang ayahku berhutang." Nabi pun berkata, "Pergilah dan esok pagi aku akan ke rumah mu." Esok paginya Rasulullah pergi ke rumah Jabir dan bertanya tentang pepohon kurma yang Jabir ada. Rasulullah s.a.w mengelilingi pepohon kurma dan mendoakan nya .. Alhamdulillah, apabila Rasulullah pergi, pepohon kurma telah mengeluarkan buah2 kurma dengan banyaknya. Jabir menjual buah kurma dan dapat membayar hutang ayahnya tapi masih ada banyak lagi buah kurma di atas pokok. Ini adalah salah satu mukjizat Rasulullah s.a.w.
Para sahabat berkata kepada Nabi Muhammad, benarlah engkau adalah Rasulullah...
Selepas Rasulullah wafat, berlaku banyak peperangan antara orang-orang Islam. Beliau terlibat dalam perang siffin, tetapi merasa sangat sedih kerana melihat ramai nya orang-orang Islam yang meninggal dunia. Lalu beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan peperangan. Beliau hanya mahu mengajar di masjid Nabawi...
(Dipetik dari ceramah ustaz Shamsuri tentang kisah Jabir bin Abdullah)
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment