Wednesday, 17 November 2021

Hobi-hobi menarik yang berfaedah

Dalam dunia ni Allah dah takdirkan berbagai-bagai hobi dan pekerjaan. Sesetengah makhluk itulah pekerjaannya sama ada sebagai sumber mencari rezeki atau apa-apa keperluan, tapi bagi sesetengah manusia itu adalah hobinya.

Akupun banyak sebenarnya hobi yang selalu berubah. Satu ketika dulu aku suka beli majalah hiasan dalaman, masa tu anjung seri je ada dalam pasaran. Aku juga suka berkebun, tanam pokok jagung, sayur2... bayam, sawi, kangkung, tomato... tapi hasilnya aku bagi kawan2 je. Last aku tanam, pokok ubi kayu... Byk jugak hasilnya... Ubi dapat dipungut, lebihkurang 2 baldi air yang besar... bagi kat mertua dan jiran2 mertua... Tapi pokok mati sebab ada anai2...Sedihnya rasa bila tanah kat tepi rumah tu sekarang dah dijajah oleh anai2...mana taknya... beli rumah corner lot sebab nak berbakti pada tanah... terpaksalah cari hobi lain...

Antara hobi aku juga belajar, tengok internet, baca puisi... dan banyak lagi lah...

Menulis ni pun salah satu hobi aku jugak... Walaupun mengarang tak kreatif pun... belasah je la..hihi

Faedah Hobi:
  • Mengisi masa lapang
  • Menyihatkaan tubuh badan
  • menambahkan ilmu pengetahuan
  • Memupuk nilai murni

Jom kita tengok hobi2 yang melambak dalam dunia fana ni...


https://leverageedu.com/blog/what-are-your-hobbies/

ANTARANYA:

Sukarelawan
Lukisan/Lakaran
Menulis blog
fotografi
seni dan kraf
Jurnal
Mana-mana sukan seperti Kriket, Bola Sepak, Bola Keranjang, dll.
Memasak/Membakar
Membuat DIY anda sendiri: Kraf, kaligrafi, dsb.
Hiasan rumah
Membaca
Mendengar genre muzik tertentu 
Podcasting
Menari
Melancong dan aktiviti luar
Kerja sosial
Berkebun
Belajar bahasa baharu
Bermain muzik 
Yoga
Seni mempertahankan diri

Alamak... terlupa nak bgtau...mcm mana aku ni taksub sangat bila baca majalah tu..

Sanggup aku menelaah berjam2... Memang tak rugi duit lah...

Contoh:(bukan kisah sebenar)
Kalau dalam majalah bulan 1 cerita rumah si A,

 Bulan 4 tetiba ada pulak cerita rumah si B... Aku boleh tahu tau mereka ni berjiran... mukasurat pun aku ingat... 

Tapi sekarang ni aku dah tak menelaah sangat dah majalah hiasan dalaman ni... Tengok-tengok gitu jer...

Otai2 ni banyak kan ibadah pulak...huhu



No comments:

Post a Comment