Sunday, 5 September 2021

Berada di daerah yang paling sunyi

Sesuatu yang sangat mendalam di dalam hati jika terpaksa berada di daerah yang kita tidak ingin pergi. Malahan lebih tragis jika anda pun tidak dialu-alukan untuk berada di situ.




Perasaan terpinggir di daerah yang kujejaki hingga saat ini bukan lah sesuatu yang mudah untuk aku harungi. Ketika riuh rendah dengan gelak ketawa mereka, aku merasakan sesuatu yang sangat asing, sangat sunyi...

Andai boleh aku menterbalikkan waktu, tentu sekali aku tidak akan menyambung pengajian ku dulu. Tapi bukan setakat 'nasi telah menjadi bubur', malahan buburpun dah hangit.

Andai kudrat ku masih ada, aku gagahkan jua kaki ini berada di daerah asing ini. 

Ya Allah, kurniakan aku kesabaran
Ya Allah, kurniakan aku kebenaran
Ya Allah, lindungi aku dari segala dosa
Ya Allah, tolonglah aku yang tak berdaya ini
Mengharungi kehidupan yang asing ini
Kerana kutahu, kehidupan ini hanya ujian untuk ku di dunia fana ini
Suatu daerah yang paling sunyi, paling sepi...

No comments:

Post a Comment