Wahai suami bergelar ayah 
Lindungi zuriatmu dengan kasih sayang 
Marah berpada dengan kenakalannya 
Jangan hamburkan kata-kata nista 
Kerana kata-katamu adalah doa 
yang tiada hijabnya. 
Wahai suami penyambung zuriat 
Berilah perhatian kepada kaum kerabat 
Eratkan silaturrahim 
Bantu yang memerlukan 
Ziarah yang mendapat kemalangan. 
Wahai suami pemegang amanah 
Hormatilah isterimu 
Jangan pandang seperti lalat 
Berilah perhatian, sentuhan dan kasih sayang 
Jika ada salah silapnya 
Jangan sakiti hatinya 
Fikir cara terbaik membentuknya. 
Wahai suami pelindung kasih 
Cintailah isterimu sepenuh hati 
Dialah ibu kepada anak-anakmu 
Penjaga harta dan rumah tangga 
Teman paling akrab 
Tempat berkongsi suka duka. 
Wahai suami tonggak keluarga 
Bersoleklah untuk isteri 
Sucikan diri dan hati 
Merdukan suara 
Dengan madah dan seloka 
Ulangi yang isterimu suka 
Jangan remehkan keinginannya 
Jangan butakan hatimu 
Pada kecantikannya 
Pada pengorbanannya 
Setialah pada kalimat 
"Kau adalah Isteriku". 
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ptsb kulim, motivasi kesihatan dekorasi kerja sekolah dan puisi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
- 
Layari juga: doa-untuk-anak-anakku puisi-anakku-tercinta puisi-1-doa-untuk-anak-anakku puisi-2-doa-buat-anak-anakku puisi-3-wahai-anak...
- 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Peringatan buat diriku yang lupa Walaupun kita tidak dapat melakukan apa-apa untu...
- 
Satelit dapat mengorbit mengelilingi planet bumi kerana ianya terkunci pada kelajuan yang sangat tinggi untuk mengatasi daya tarikan graviti...
 
 
 
No comments:
Post a Comment