Sunday, 22 January 2017

Result ooo result

Alhamdulillah... sakinah dpt straight A dlm PT3 tahun lepas...

Susah hati betui anak bongsu ku ini, kejap takut Sains tak dpt A...

Aku pun setiap hari dah bg nsihat sebelum result keluar, " mama terima saja walau apapun yg adik dpt PT3 ni"..

Bukannya satu kegagalan klu tak dpt result elok... byk lagi yg perlu adik tenpuhi sepanjang perjlnan hidup di dunia ni...

Lagi satu, adik jgn duk rasa diri hebat pulak, bila dah dpt result elok...
Sbb tujuan Allah jadikan kita kat dunia ni bukannya untuk dpt straight A, tapi sebagai khalifah Allah yg akan menjaga dunia ini... Semakin bijak kita, semakin byk yg perlu kita jwb di hadapan Allah nanti di akhirat...

Wallahua'lam....

Friday, 2 December 2016

Puteraku ke Rumah tokwan

Alhamdulillah, aku punya sorang putera yang ingin berbakti kepada tokwannya...

Ayahandaku memang dah tua Dan menghidap berbg penyakit...

Tak sangka juga di sebalik keletah anakku yg agak belum matang walaupun dah 21 tahun tu ada jgk sebutir permata di dalam hatinya.

Setelah menamatkan diploma, dia memang selalu meminta izin untuk ke Rumah tokwannya di kampung...

Tapi semenjak dua menjak ni dia mmg tak suka duduk Rumah sewa kat kulim ni...  al maklum lah ...namapun Rumah sewa...

Jadi, puteraku bertekad nak duduk jgk kat Rumah tokwan, kerana katanya Dia akan rasa sgt bersalah klu tidak sempat berbakti kpd tokwannya jika tokwan meninggal...

Dah dekat sebulan puteraku di sana... doaku mudah2an Dia dapat menggembirakan ayah dan mak di samping meringankan keja ayah n mak... Takut jgk jika kehadirannya ayah n mak rasa terbeban pulak

Jom jimat elektrik di rumah

Kita kena jgk ambil tahu apakah yg perlu kita lakukan untuk jimat elektrik:

1. Offkan alatan elektrik yg kita tak gunakan kecuali peti sejuk atau alatan yg telah kita setkan timer supaya off Dan on pada masa2 tertentu...

2. Ambil Berat tentang alatan elektrik yg memerlukan pemanasan seperti iron, rice cooker, heater DLL kerana alatan ini memerlukan penggunaan elektrik yg besar... jadi hanya on bila perlu Dan off bila selesai menggunakannya...

Namun, penggunaan on Dan off dgn kerap jgk amat tidak digalakkan kerana ianya memerlukan tenaga yg lebih utk pemanasan semula

3. Kadang2 ada alatan di rumah contohnya seperti heater di Rumah yang mengalami kerosakan, walaupun masih berfungsi. Ini juga Antara sebab bill melambung tinggi.

Cuba test sendiri di Rumah, dgn meminimakan penggunaan sesuatu alatan yg disyaki rosak atau telah lama digunakan selamanya sebulan. jika bill berkurangan mendadak, mesti ada yang tak kena... kan..kan...

4. setkan timer pada air cond di umah
supaya bill tak melambung

5. Penggunaan lampu2 solar di luar rumah amat digalakkan Dan penggunaan lampu LED boleh dimaksimakan di dalam Rumah untuk penjimatan yang optimum

lagi lagi...ptsb


Pejam celik, pejam celik...dah 2 bln aku di ptsb,..

sibuk semacam jer aku rasa kerana terpaksa menelaah subjek baru yg akupun bukannya pernah ambik kat u dulu...

Power electronic  Dan motor control n drives adalah 2 subjek yg diamanahkan.... Alamatnya aku ni menjadi penghuni library ptsb ni... waktu keja....

sampai ada srkali tu, staff library terpaksa bagitau yg mereka tutup waktu tghari sbb cuti semester... kesian kat diaorg, mesti rasa serba salah...

Aku mmg tak Kesah sgt dgn subjek teori.... cuma waktu amali yg aku risaukan ... aku mmg fobia bila dgr subjek motor..huhu


Saturday, 1 October 2016

The First and second day kat ptsb

Berpindah tempat kerja kadang2 memang boleh menyebabkan momentum kerja bertambah bagus atau jatuh merudum

Lewat jugak aku tiba di ptsb pada hari pertama melapor diri di ptsb... Sebab hantar anak sekolah dulu di SMK Jitra.

Alhamdulillah aku tiba jugak dah hampir pukul 9am. Aku terus ke admin. Maklumlah hari  pertama, mana boleh lewat...

Puan Zaiton, staf pertama yang aku berurusan, cc di admin seorang yang berdedikasi dalam kerja. Nampaknya sistem kerja di ptsb memang sistematik. Terserempak dengan Fairus, dulupun pernah bertugas di polimas.

Kemudian aku dibawa berjumpa dengan timbalan pengarah 1. Kira pengarah dan timbalan pengarah 1 ni adalah sahabat lama aku kat polimas. Tapi aku kalau boleh tidak mahu langsung mengambil kesempatan ke atas mereka.

Selesai urusan di pejabat aku dibawa oleh kerani elektrik untuk  berjumpa dengan ketua jabatan kejuruteraan elektrik. En Tarmizi jugak seorang bekas staf polimas. Tentu sahaja aku mengenali beliau.

En Tarmizi menjemput 2 orang staf yang jugak bekas staf polimas iaitu imah dan pah membawaku sekitar jabatan kej elektrik...

Seronoknyer dapat jumpa dengan adik2 yang memang aku kenali, imah, pah, syira, ida, ayu, en rosli, fairus, khairul, dan raja azrin... Tak rasa macam berpindah dari jitra pulak... alhamdulillah, Allah memudahkan urusanku.

Petang, aku ke UPDP untuk meninjau kuaters staff. Aku tak dapat buat keputusan sorang2, biarlah husband yang buat keputusan...

Petang aku menginap di hotel sri malaysia. Disebabkan uzur, aku terus terlena. Bila aku terjaga, kak yah, isteri ketua jabatan, yang mengajar di jabatan sains dan matematik menelefonku... Rasa sayu pulak teringat kat kawan2 lama.

Hari kedua aku pi beli sticker kenderaan, lepas thumb print.... Kemudian beli makan kat kafeteria. Lucu pulak, teringat semalam jenuh aku mencari kat mana kafeteria, alahai dekatnya, bukak pintu kat jabatan yang bertentangan dengan pintu yang aku selalu keluar masuk, dah nampak kafeteria, betul2 depan pintu jer..

Staf kat sini pun baik2 belaka. Ada yang offer aku tinggal kat umah mereka... Malu ingatkan aku, kalau staf baru melapor diri di polimas, tak pernah terlintas aku untuk offer tinggal kejap kat umah...

Lebikurang pukul 10am ajak  fairus teman tengok umah sewa Mahal2nyer umah kat kulim ni... Camner nak buat keputusan ni?

Aku baru kenal ros, yana, laili, sape lagi yer, cepatnyer dah lupa nama.. huhu

Harapanku, mudah2an aku dapat menyesuaikan diri di ptsb ni secepat mungkin untuk menyelesaikan tugasku sebagai pensyarah dan senior,  lagipun tugasku sebagai student di unimap yang belom selesai...


Friday, 9 September 2016

Aku redha dengan takdir ini

Aku tengah cuba untuk redha dengan ketentuan ilahi jika puo tu mmg tempat yang aku bakal pergi. Tempat aku mencari rezeki yang baru. Tempat aku berjumpa dengan sahabat2 yang baru....


Kalau diikutkan, aku telah diinterview di puo lebih kurang 24 tahun yang lepas. Masa tu aku masih dalam final year kat u.  Mmg aku menyangka aku dapat mengajar di puo ketika tu. Tapi bila sampai surat tawaran, rupa2nya kena mengajar di polimas...



Berdebar2 jugak rasa hatiku ketika kakak dan abang ipar menghantarku ke jitra dan dengan mudahnya aku dapat menginap di rumah sewa yang kebetulan mereka jugak mendaftar pada hari yang sama, 1 Ogos 1992. Cuma rakan2 serumahku yang pernah ku kenali ketika di u dulu belajar di fakulti berbeza, iaitu mechanical engineering. Memang mereka sahabat yang baik, sahabat dunia akhirat, sahabat di waktu senang dan di kala susah.


Tapi bila aku mendapat tahu aku perlu ke puo setelah tamat tempoh belajar, aku agak panik kerana sudah berkeluarga dan anak bungsuku, Sakinah sedang mengambil PT3.

Ya Allah , mudahkanlah, urusanku, urusan anak2ku, urusan kedua ibubapaku, saudara2ku, sahabat2ku dan seluruh umat muslimin dan muslimat di dunia ini.... Aamiin...

Thursday, 8 September 2016

Adakah ini takdirku?

Adakah ini takdirku?
Aku ingin mendapat mencapaianyang terbaik dalam pelajaranku. tapi sampai hari ini belum tercapai.
Akhirnya, dah tiga tahun, eemmm, baru kusedar,rupanya dah tiga tahun aku kembali menjadi pelajar otai...

Salahkah aku menyambung pelajaran?



Menurut salah seorang cendikiawan ini mengatakan yang umur 40an ni sebenarnya tidak sesuai dah nak belajar, betul ke?
Sebab katanya produktiviti semasa dan selepas belajar tidaklah sehebat pelajar yang muda belia. Katanya lagi kalau aku dapat melahirkan pelajar yang mahir macam aku ni (perasan sikit, hehe), paling ramaipun 10 orang, itupun jika tahap kecergasan aku masih sama.


Aku terkesima jugak masa cendikiawan tu berkata-kata. Tapi memang dah jalan ini yang aku pilih. Terpaksalah aku teruskan. Takkan nak undur diri lepas dengar ayat berbisa itu, betul tak. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak ambik biasiswa, takkan nak serah balik kat kerajaan," nah kerajaan, ambik balik, aku dah tak mau belajar, tua daaah".


Senangnyer cakap. Bila orang ada kuasa, boleh la cakap apa yang dia rasa nak cakap. Biarlah....
Akupun ada mulut, diapun ada mulut. Cuma mulut ni aku filter sikit bila bercakap.


Aku sekali2 tidak menafikan apa yang cendikiawan tu cakap, tapi mungkin cara penyampaiannya, masanya, tempatnya yang ku rasa kurang sesuai... Ini buktinya

Celik Islam: Sejarah adalah guru terbaik - Rahsia Kejayaan

Tu buktinya, baca artikel yang kat atas tu.....


Yang aku tahu aku kena teruskan belajar... Beberapa kesan yang aku nampak(yg positif jer la aku bagi):

1.Ilmu ni semakin belajar, semakin banyak yang kita tak tahu dan kita nak tahu dan perlu tahu. Manakan tidak, Allah dah berfirman lebih kurang maksudnya, kalau dijadikan dakwat seluruh lautan , kemudian Allah tambah lagi selautan lagipun takkan habis nak tulis ilmu Alllah ni.

2. Anak2pun semakin semangat nak menimba ilmu, sebab lihat maknyer yang siang malam study.. kadang2 stado jugak...hahaha. Anak sulungku dah pasang angan2 nak sambung degree lepas habis diplomanya. anak keduaku pun bertungkus lumus belajar, kesian tengok... mata pun semakin rabun. Cita2nya nak jadi mechanical engineer... InsyaaAllah..
Anakku yang kecik pun pergi mana bawak buku... Naik segan pulak si ayahnya, sampai pergi restoran, tunggu kakaknya kat airport mesti bawak buku. Macam terlebih rajin...
Positifnya yang aku  boleh katakan ialah, nak segan buat apa,  bukannya anak aku merompak ker, mencuri ker, cuma suka baca buku... malu buat apa...kan..kan..kan...

Cukuplah tulis setakat tu dulu. Dah letih tangan si otai ni nak menaip...