Tuesday, 13 February 2024

Insaf bila hayati sajak "tetamu senja"

 Aku suka sajak ni semenjak sekolah rendah lagi, sebelum kumpulan Kopratasa buat lagu .. sedap sangat


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
 
Pada tetamu yang datang dan 
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
 
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
 

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
 
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

~ A. Samad Said

Saturday, 10 February 2024

Tanda-tanda anda perlu menjauhi orang berikut




Mungkin ciri-ciri orang yang disebutkan di bawah tidak sukakan anda.  Antara tanda-tanda anda perlu menjauhi ciri-ciri orang yang akan disebut di bawah:


1. Dia tidak pernah menghargai kejayaan anda.

Sekiranya anda mencapai sesuatu kejayaan, dia tidak pun mengucapkan tahniah apatah lagi nak meraikan anda. Lupakan dia, tinggalkan dia, dia bukan ciri-ciri sahabat yang anda perlukan.

2. Dia suka memperlekehkan apa jua yang anda lakukan.

Contohnya dia akan memperlekehkan cara anda berpakaian, cara anda makan dan macam-macam lagilah. Tapi kalau orang lain yang berpakaian hampir sama seperti itu, tidak pula dia nak menganggap buruk. Memang "double standard". Anggap saja dia hanya kenalan di jalanan, tak sesuai dibuat kawan.

3. Tidak menghubungi anda atau menghubungi bila ada keperluan saja.

Ada manusia yang kalau anda hubungi dengan whatsapp katakan, sikit pun tak balas, hanya " blue tick" aje. Tapi bila dia perlukan kita pandai pulak nak whatsapp bukan main lagi. Lupakan dia, tinggalkan dia, jangan menoleh lagi.

4. Baik di depan tapi mengutuk di belakang

Sikap ini lebih menakutkan daripada sikap nombor 2 tadi. Hipokrit sungguh kan.

5. Tidak langsung bersimpati bila anda ditimpa musibah

Jangan kawan dengan orang yang macam ni. Takut nanti dia akan menyebabkan anda lebih down bila down.

6. Mewar-war kesilapan anda.

Sebagai manusia biasa, normal lah kalau tersilap kat mana2. Contoh nya mungkin ada sedikit kesilapan masa menanda kertas peperiksaan pelajar. Tapi ciri-ciri orang yang kalau kita terbuat kesilapan, bukannya dia nak "backing". Kalau boleh dia nak satu jabatan tahu kesilapan anda. Contoh: diceritakan dalam satu group whatsapp, kesilapan anda, siap menghina lagi. Mungkin dia tak pandai nak whatsapp personal kut. Yang ni sebagai  kenalan pun tak perlu. Biarkan dia. Tak kenal langsung lagi baik.







Thursday, 8 February 2024

Genocide masih berleluasa oleh Israel dengan kejamnya

 

Kemusnahan yang dilakukan oleh Israel dengan kejamnya terhadap Gaza memerlukan bertahun-tahun untuk pulih .. alangkah kejamnya mereka...




Kewujudan suku Yahudi sebagai pemecah-belah



Mari kita lihat apakah perangai suku Yahudi semenjak sebelum kedatangan Islam. 

1. Walaupun mereka mempercayai bahawa akan ada nabi akhir zaman, tapi disebabkan tidak dikalangan bangsa Yahudi, maka kebanyakan mereka tidak masuk Islam.

2. Suka melaga2kan suku yang berperang, contoh di sini adalah suku Aus dan Khazraj di yathrib(Madinah) untuk kepentingan mereka.


Sebelum kedatangan Islam ke Madinah, kota ini memiliki dua suku yaitu suku Aus dan Khazraj. Kedua suku tersebut saling bermusuhan dan sering kali bertengkar.

Merujuk dari satu rujukan, nama Aus dan Khazraj ini berasal dari dua orang adik-beradik lelaki. Keturunan mereka terbahagi menjadi dua suku yang akhirnya saling bermusuhan.

Kedua suku ini mempunyai anggota yang lebih kurang sama banyak dan kekuatan. Peperangan di antara kedua suku ini tidak pernah berhenti selama 120 tahun dan tiada pihak yang menang.

Kedua suku ini sama-sama memegang kekuasaan di Madinah. Hingga datangnya bangsa Yahudi ke Madinah membuat situasinya berubah yang banyak mengadu domba.

Tepat pada tahun ke-10 dari kenabian Muhammad SAW kedua golongan ini berperang sangat hebat sehingga sebahagian pemimpin mereka  tewas. Pada waktu itu, yang mendapat kemenangan adalah suku Khazraj kerana mempunyai lebih banyak jumlah sukunya berbanding golongan Aus.

Golongan Khazraj mendapat bantuan senjata dan bala tentaera dari kaum Yahudi Bani Nadhir dan Bani Qainuqa, sedangkan golongan Aus hanya memperoleh bantuan dari kaum Yahudi Bani Quraizhah.

Hal itu membuatkan golongan Aus mengalami kekalahan, mereka kemudian mengirimkan dua orang utusan ke Kota Mekah dengan maksud meminta bantuan kaum Quraisy.

Dua orang utusan itu bernama Iyas bin Mu'az dan Anas bin Rafi. Ketika mereka sampai di Mekah, mereka bertemu dengan Nabi Muhammad SAW. Beliau mengajak mereka berbincang dan membaca ayat-ayat Al-Qur'an.

Waktu itu Iyas bin Mu'adz tertarik dan hendak mengikuti seruan Nabi Muhammad SAW mukanya ditampar dan tangannya ditarik oleh kawannya Anas bin Rafi' seraya memperingatkan, "Tinggalkan orang ini! Kedatangan kita datang kesini bukannya hendak mengurus perkara ini. Marilah kita menyampaikan tujuan perjalanan kita ini!"

Oleh kerana kalangan Quraisy pada masa itu sedang sibuk memadamkan cahaya pergerakan Nabi Nabi Muhammad SAW, maka permintaan bantuan utusan Aus tidak dikabulkan. Kembalilah kedua orang utusan Aus itu ke Madinah dengan tangan kosong.



Ketika mereka tiba kembali di Madinah, di sana baru terjadi peperangan antara golongan Aus dan Khazraj. Kali ini, golongan Aus yang menang. Kitab-kitab tarikh meriwayatkan bahawa peperangan ini adalah peperangan terakhir di antara mereka karena sesudah itu pemimpin-pemimpin dan pemuka-pemuka dari kedua golongan tersebut banyak yang menjadi pengikut Nabi Muhammad SAW.


Demikian lah berakhir peperangan antara 2 suku ini apabila didamaikan oleh Rasulullah saw.


Sumber: https://www.detik.com/hikmah/khazanah/d-6770813/aus-dan-khazraj-suku-yang-huni-madinah-sebelum-islam-datang/amp

Hari ke 125 serangan zionis laknatullah


Setelah 125 hari peperangan zionis menyerang Gaza. Sudah tidak tertanggung oleh penduduk di sana dengan kekejaman tentera Israel yang mengebom secara spesifik kepada rakyat biasa.





 

Wednesday, 7 February 2024

Antara kegembiraan yang sepatutnya dikecapi apabila bersara

 



1. Bangun pagi tanpa perlu fikir nak bersiap-siap pergi kerja dah. Boleh melakukan ibadah dengan tenang, sarapan pagi atau melihat taman.


2. Boleh melakukan semua rutin harian yang perlu seperti berjoging, menikmati perjumpaan dengan kawan-kawan seminggu sekali atau ikut trip pelancongan sama ada dalam atau luar negara.


3. Masih menghubungi saudara mara atau rakan-rakan tanpa perlu fikir kerja lagi . Menikmati masa-masa persaraan sebagai satu hadiah yang bermakna.


4. Memastikan otak/fikiran masih berfungsi dengan baik

Boleh bermain-main dengan puzzle atau membaca buku yang digemari.

Hadir majlis ilmu sebagai rutin harian biasa. Membaca Al-Quran dari masa ke semasa.


5. Menghadapi masa tua dengan bersyukur dan tenang. Menerima usia emas dengan bersyukur kerana setiap manusia akan mengalami proses yang sama. Teruskan kehidupan dengan tenang.


6. Memberi atau menderma kepada mereka yang memerlukan

Memberi atau menyumbang kepada orang-orang yang memerlukan adalah antara yang boleh dilakukan. Membantu jiran atau masyarakat setempat yang kurang bernasib baik dan berkemampuan. Boleh menyertai pertubuhan amal bagi memastikan anda masih berada di dalaman kelompok masyarakat.


7. Tidak sekali kali melupakan kesihatan fizikal dan mental 


Daripada masa ke semasa sentiasa menjaga pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala.


Monday, 5 February 2024

TANDA-TANDA MENDAPAT UMRAH MAQBULLAH

 


 Satu umrah ke satu umrah yang lain adalah menghapus dosa antara keduanya.


Rasulullah SAW bersabda:


الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا ، وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

Ertinya: “Di antara umrah yang satu dan umrah lainnya akan menghapuskan dosa di antara keduanya dan haji mabrur tidak ada balasannya kecuali syurga.” (H.R. Bukhari dan Muslim).


Sebahagian tanda-tanda umrah mabrur yang dapat dirasakan oleh jemaah setelah kembali ke tanah air:


1.Suka menjamu makanan.


Maksudnya, balik dari mengerjakan umrah, kita menjadi seorang yang suka memberi makanan kepada orang lain atas niat membantu, bersedekah dan suka menolong orang lain.


2.Selalu berbicara yang baik dan sejuk di hati.


Sekembali dari umrah, kita mampu berbicara dengan santun, menjaga pertuturan dan mengawal pertuturan yang tidak menyakitkan orang lain. Natijahnya, perlakuan tersebut dapat memperbaiki amalan, penghapus dosa dan dapat memberi kebaikan kepada orang sekeliling.


3.Peningkatan amalan ibadat seharian.


Jika kita mampu meningkatkan keupayaan ibadat sebagaimana yang dilakukan semasa di Mekah dan madinah. InsyaAllah, amalan dan perbuatan kita semakin mendekati ke akhirat dan menjauhi dunia.


Berdoalah semoga kita dijemput sebagai tetamu Allah. Aamiin ya Rabbal'Aalamin

sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=445515822936081&id=432100780944252