Saturday, 9 December 2023

Hati ini terasa sakit sangat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa




Melihat perlakuan tentera zionis yang terus menerus menjatuhkan bom ke atas kem2 pelarian Palestin menyebabkan hati ini bukan setakat sakit malah sebak sangat .

Apalah yang dapat aku lakukan bila diri kerdil yang dah berumur ni nak membantu saudara seagama di Palestin. Kalau lah Netanyahu dan sekutunya mengatakan kami sebagai saudara seagama ini hanya akan melatah sekejap saja, bagi diriku tidak mungkin, InsyaaAllah.

Suami ada terbeli roti daripada kedai yang kupasti antara francis penyokong zionis, rasanya dah lebih seminggu tidak terusik di atas meja makan. Tak sanggup untuk makan walaupun sekeping roti, umpama makan daging saudara ku sendiri. Kulihat anak2 pun tak menyentuh roti tersebut, alamatnya masuk bakul sampah la esok sebab dah tarikh luput.


Tapi kadang kala terubat juga bila aku melihat atau mendengar khabar ada tentera al Qassam yang berjaya mengalahkan pihak lawan. Taktau lah apa jenis manusia insan2 zionis ni, tak langsung berperikemanusiaan.


Walaupun aku tahu penjahat2 ini akan mendapat pembalasan di akhirat kelak, tapi aku teringin sangat-sangat melihat mereka kalah. Ya Allah, berilah balasan yang setimpal dengan kesalahan dan kezaliman mereka, di dunia lagi supaya kami semakin yakin akan kekuasaan-Mu ya Allah...



Friday, 8 December 2023

Lafaz 'Aku Muslim'

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa



Adakah hanya dengan mengatakan bahawa 'saya seorang muslim' menyebabkan anda dibunuh, kedengaran tidak logik, tapi inilah realiti kehidupan di dunia ini.

Bila mengenangkan betapa kejamnya zionis, aku terfikir, walaupun mereka menganggap manusia selain Yahudi adalah binatang, tapi hati nurani mereka lah yang bersifat lebih rendah daripada binatang. Bagaikan tiada sedikit pun naluri mereka yang simpati dengan nasib rakyat Palestin. 

Bukan hanya di Palestin saja yang ditindas, warga Muslim di Rusia dan dulu di Bosnia Herzegovina, hanya dengan mengatakan aku Muslim, mereka ditindas, disiksa dan dibunuh.


Semoga segala solatku, amalanku, hidupku dan matiku hanyalah kerana-Mu, ya Allah....


Semoga kematian kami (setiap muslim), mendapat Husnul Khatimah... Aamiin ya Rabbal'Aalamin

Wednesday, 6 December 2023

Siapa sepatutnya digelar terrorist?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa




 Siapakah yang tidak mahu kehidupan yang aman, tenang dan bahagia. Siapa pula yang suka jika tanah kita diambil.  Sudah la tanah diambil, Bila nak ambil balik hak kita, sanggup berlawan bermati-matian,  dikatakan pulak kita ni yang terrorist....  Bukan orang yang rampas tanah kita tu yang terrorist... Astaghfirullahaládzim...


Begitulah nasib rakyat Palestin, semua tanah telah dirampas oleh Israel, tapi mereka pulak yang kena tuduh dengan pelbagai tuduhan, kalau tak melawan pun Israel akan bom, penghapusan etnik. Bila kebimbangan dan ketakutan melampau, sebab dah buat salah, orang2 Palestin yang telah sedia teraniaya, dianiayai lagi dan lagi dan geng zionis dan sekutunya ni bagi kesekian kalinya, dengan sengaja menyiksa mental dan fizikal mereka, air keperluan asas manusia dan semua hidupan di dunia disekat, yang lagi pedihnya, telaga2 yang ada dibom dan ada yang disimen. Mungkin Allah menguji tahap keimanan mereka, sesungguhnya semakin kuat iman mereka, lebih lagi lah tahap mereka diuji. Namun, yang peliknya, hampir semua negara2 Islam seperti tidak boleh  membantu, adakah sebab ugutan atau sebagainya? Tapi InsyaaAllah, di akhirat nanti akan terbuka segala kebenaran di atas kezaliman, kemungkaran, keganasan dan fitnah yang dilakukan oleh golongan zionis dan sekutunya. Waktu itu tiada lagi penyesalan yang akan diterima. Taubat lah sehingga air mata darah sekalipun, Allah dah tak terima.


Sebagai seorang Muslim, apa lagi yang boleh kita lakukan, melainkan memboikot sehabis mungkin apa jua produk yang dikeluarkan oleh bangsa Zionis dan sekutunya yang bersekongkol dengan mereka. semoga ini memberi peluang kepada berlakunya genjatan senjata. Tapi apa yang dapat aku fikirkan, lebih baik musnahkan sahaja negara haram yang diwujudkan hasil penindasan zionis ini. Sebab selagi mereka bermastautin di negara yang mereka jajah ini, mereka memang tidak akan bertaubat, akan berlaku siri pembunuhan yang tidak akan berhenti.

Wallahu A'lam Bishawab

Saturday, 2 December 2023

alhamdulillah, dah siap PB

 alhamdulillah3, dah siap PB untuk kelas DET5AB dan DET5CD. Bagi siap awai, sebab kena jaga mak minggu ni. Rasa badan letih ulang alik dan otak berserabut. 




Monday, 27 November 2023

Semalam juga anak2 didik yang aku jadi sv telah present

 Pameran dan presentation di jalan kan di Dewan Muadzam Shah







3 students anak2 projek yang dapat dikesan, mana lagi 2 orang hilang dari radar...


Semalam menjadi panel FYP sesi 1 2023/2024

 Tak sangka pulak, sesi 1 2023/2024 dah masuk minggu ke13. Jadi semalam adalah hari untuk student jabatan kejuruteraan elektrik, semester 5 present FYP.


Ini adalah gambar yang aku jadi panel penilai:











Orang yang pandai bercakap ringkas selalu menggunakan ayat2 ni

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa



1. “Menarik bunyinya! Boleh awak beritahu saya lebih lanjut?”

Adakah ia tidak menyenangkan apabila seseorang menunjukkan minat dengan apa yang anda katakan? Itulah yang dilakukan oleh frasa ini.

2. “Saya perasan yang …”

Frasa ini ialah senjata rahsia anda apabila anda memerlukan ayat bagi memulakan perbualan. Ia boleh mengenai apa sahaja yang anda perhatikan - mungkin mereka memakai barang kemas yang menarik, atau mereka membaca buku yang anda pernah dengar.

3. “Apa pendapat anda…?”

Soalan ini tidak pernah gagal saya apabila saya ingin menyelam lebih dalam ke dalam perbualan. Ini cara yang bagus untuk mengetahui pemikiran dan pendapat seseorang.

4. “Adakah anda mendengar tentang…?”

Frasa ini adalah cara yang hebat untuk berkongsi berita atau fakta menarik.

Sebagai contoh, anda boleh berkata, "Adakah anda mendengar tentang kisah ada baby kat Gaza boleh hidup bawah runtuhan bangunan yang dibom oleh Israel selama 37 hari sebelum dijumpai?"

5. “Saya baru melihat/membaca/pergi ke… dan ia membuatkan saya rasa…”

Frasa ini adalah tentang berkongsi pengalaman peribadi anda, tetapi dengan cara yang menunjukkan emosi tulen anda.

 6. "Apa perkembangan mengenai awak?"

Saya telah mendapati bahawa soalan ini adalah permulaan yang baik. Ia bersifat terbuka dan membenarkan orang yang saya bercakap memutuskan perkara yang mereka mahu kongsikan.

Saya masih ingat suatu ketika dahulu, dalam satu majlis keramaian, saya bertanyakan pengalaman melancung di Korea kepada pegawai agensi pelancongan semasa ingin mengerjakan umrah.

Dia akhirnya berkongsi kisah menarik tentang bagaimana dia pernah melancong ke Korea Selatan dengan 'family' nya.

7. “Kenapa awak pilih…?”

Soalan ini di sini? Apabila saya bertanya kepada seseorang "Mengapa anda memilih pekerjaan anda?" atau "Mengapa anda berpindah ke bandar ini?", Saya dapat melihat sekilas tentang diri mereka , bukan hanya baru di peringkat awal perkenalan.

Anda lihat, pilihan kami memberitahu banyak tentang kami - keghairahan, ketakutan, impian dan perjuangan kami. Soalan ini mengundang kejujuran, dan boleh mengubah perbualan kecil menjadi perbualan yang panjang.

8. "Best la  ... kat mana anda tahu ni?"

Frasa ini seperti ayat dengan maksud dua dalam satu: anda memberi pujian dan anda memulakan topik perbualan baharu.

Selain itu, adakah anda tahu bahawa menerima pujian mengaktifkan bahagian otak yang sama seperti menerima wang ?

Oleh itu, apabila anda mengatakan sesuatu seperti "Comey la kasut awak! Awak beli kat mana?", anda bukan sahaja meneruskan perbualan, anda juga membuat orang itu berasa seronok. Win-win situation!

9. "Masyaallah! Mcm mana boleh terserempak dengan orang yang baik seperti awak kat sini? "

Saya mendapati soalan ini sangat berguna pada acara sosial yang saya tidak mengenali semua orang.

Ini cara mudah untuk memulakan perbualan, dan selalunya membawa kepada beberapa cerita yang menarik. Saya masih ingat pada satu persidangan, saya bertanya soalan ini kepada orang yang duduk di sebelah saya.

Seperti yang saya ketahui, mereka telah mengembara berbagai negara di seluruh dunia untuk menghadiri persidangan kerana mereka ghairah tentang subjek yang dibincangkan.

10. “Saya sentiasa ingin tahu tentang…”

Frasa ini adalah cara saya untuk berkata, "Hei, saya tidak tahu banyak tentang ini, tetapi saya berminat dan saya terbuka untuk belajar."

Ini adalah pengakuan yang sederhana bahawa saya tidak tahu segala-galanya dan jemputan untuk orang lain untuk berkongsi pengetahuan mereka.

Contohnya, "Saya sentiasa ingin tahu tentang kaedah mendidik anak yang terbaik," boleh membawa kepada barista yang bersemangat berkongsi rahsia mereka dengan anda.

11. “Seronok lah dapat berbual dengan awak…”

Menamatkan perbualan dengan nada positif adalah sama pentingnya dengan memulakan perbualan.

Ungkapan ini bukan hanya anda telah bersikap sopan. Ini adalah pengakuan jujur ​​bahawa anda menikmati perbualan tersebut.

Dan siapa tahu? Frasa mudah ini mungkin hanya meninggalkan kesan yang kekal, membuka pintu untuk lebih banyak sembang dari hati ke hati pada masa hadapan.