Saturday, 3 June 2023

Sesi viva voce tinggal kenangan

Alhamdulillah, selesai jgk viva voce aku ..

https://www.facebook.com/100063736112291/posts/pfbid033H6DJNd6Qj2nSPnMXKmbHXbXEwRLyMB8uXWFZZ1GLkpv66VZr8noJryjhgSvW9gGl/?d=n

Walaupun masa viva tu rasa ketaq semacam, aku duk kata dalam hati .. InsyaaAllah, semua nya akan berakhir...relax..relax



Detail sungguh external examiner ni .. ya la... Dia menjalankan tanggungjawab sebagai examiner...

Terima jer la apa saja komen2, walaupun rasa tak sanggup dah nak dengar ..betapa ngok ngek nya aku tulis tesis.. . 
Betapa terseksa aku buat PhD ni...
1. Mana nak mengajaq
2. Mana nak buat tugas2 sampingan yang diarahkan
3. Mana nak jaga mak
4. Mana nak jaga mak mertua
5. Mana nak dengar komen2 orang
6. Masa nak viva hari tu byk pulak masalah anak2- farid nak test math, tapi tak fhm2, hidayah nangih ja, katanya kena masuk kerja 7.30am, balik 11 pm hari2, letih sgt2, sakinah pulak nangih jgk, kena balik kampus, mcm la jauh sgt...

(Bagi aku, penangan anak2 paling terkesan dlm hati)

Haha..

Namun, Hikmah Nya tidak terkutip....
1. Sentiasa bersangka baik dengan Allah
2. Sentiasa memuliakan guru
3. Jangan perasan diri hebat
4. Luasnya ilmu Allah
5. Jangan mudah berputus asa
6. Sabar, sabar, sabar
7. Perancangan manusia tidak sama dengan perancangan Allah
8. Etc

InsyaaAllah, lusa baru nak mola buat correction

Friday, 12 May 2023

Majlis penutup fira Malaysia cup di PSP

Hari ni pi majlis penutup 16th Fira Malaysia cup di politeknik seberang Perai...

Ok la...not bad dapat nombor 10 pun...kira top ten jugak






Saturday, 6 May 2023

Taklimat Fira 2023 PTSB

Pagi tadi berlangsung sesi taklimat sempena nak berangkat dari PTSB ke PSP pada petang Isnin depan.


Sesi bergambar bersama semua ahli team Fira PTSB.

Semoga dipermudahkan Allah untuk memperolehi kemenangan dalam pertandingan



Friday, 28 April 2023

Reunion dengan maktok pengasuh

Anak2ku dah lama tak duk rumah pengasuh depa, yang depa panggil maktok .. almaklum lah sumer dah besar-besar belako




Tuesday, 28 March 2023

Berdebar rasa dihati

Alhamdulillah, berjaya jgk submit thesis pada 28.2.2023...

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan viva nanti...

Berdebar rasa dihati, bila agaknya nak dipanggil...

Otak pun dah berkarat ni ..




Aku kena usha2 lah examiner tu... mudah2an tak dapat examiner yang strict... tatut tau, Aamiin...
























Monday, 27 March 2023

Bengkel kat Jerai Hill Resort

Alhamdulillah, aku ikut serta ke Jerai walaupun mula nya namaku tak sepatutnya ada, tetapi disebabkan kejahilan ku terhadap prosedur kewangan, aku kena panggil sekali...