Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ptsb kulim, motivasi kesihatan dekorasi kerja sekolah dan puisi
Wednesday, 29 March 2023
Tuesday, 28 March 2023
Berdebar rasa dihati
Alhamdulillah, berjaya jgk submit thesis pada 28.2.2023...
Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan viva nanti...
Berdebar rasa dihati, bila agaknya nak dipanggil...
Otak pun dah berkarat ni ..
Aku kena usha2 lah examiner tu... mudah2an tak dapat examiner yang strict... tatut tau, Aamiin...
Monday, 27 March 2023
Bengkel kat Jerai Hill Resort
Alhamdulillah, aku ikut serta ke Jerai walaupun mula nya namaku tak sepatutnya ada, tetapi disebabkan kejahilan ku terhadap prosedur kewangan, aku kena panggil sekali...
Friday, 13 January 2023
Pre-viva telah berlalu
Astaghfirullahal'azim...
Walaupun dah 2 minggu berlalu
Banyak lagi nak buat correction...rasa macam nak berhenti...tapi dah sampai setakat ni, sia2 pulak berhenti...
Dengan usia yang menjengah separuh abad ni... taktau nak kata apa
Ya Allah, tolong lah hambaMu ini
Berikan aku kekuatan
Hanya Engkau yang Maha memahami
Hanya padaMu aku memohon
Tuesday, 2 August 2022
Taklimat OBE (DK DP NA) di PTSB
Taklimat OBE di PTSB telah dijalankan semalam iaitu pada 1/8/2022 di PTSB. Ianya melibatkan semua penyelaras2 kursus di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Bukan hanya PTSB sahaja malah pensyarah daripada politeknik berdekatan juga turut hadir iaitu POLIMAS dan PUO.
Namun yang paling menggembirakan hati ini ialah dapat reunion dengan kawan2 daripada POLIMAS setelah sekian lama tidak berjumpa.
Gambar kenang-kenangan:
PROGRAM JOM SCORE PTSB SESI 2 2021/2022
Majlis penutup PROGRAM JOM SCORE PTSB SESI 2 2021/2022 telah dilaksanakan dengan jayanya . Melibatkan seramai 28 orang mentor yang terdiri daripada pelajar yang mendapat HPNM 3.5 ke atas. Mentor2 ini telah diamanahkan untuk membimbing lebihkurang 50++ mentee yang telah diagihkan di kalangan mentor daripada program yang sama supaya proses tuorial menjadi lebih berkesan. Sepatutnya program ini berjalan selama 7 minggu sahaja tapi disebabkan mentor tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi iaitu 3 kali pertemuan pembelajaran dengan mentee, maka program telah dilanjutkan 2 minggu. Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah PROGRAM JOM SCORE PTSB SESI 2 2021/2022 ini dan majlis penutup telah diadakan secara bersemuka pada 30/6/2022.
Bergambar kenang-kenangan di antara mentor2 yang hadir, TPA, KAUNSELOR DAN AJK2...
Hanya 14 pelajar mentor yang dapat hadir pada majlis penutup tersebut.
Salah seorang mentor sedang menerima sijil
Thursday, 16 June 2022
Mempromosikan politeknik kpd lepasan SPM
Alhamdulillah... selesai sudah aktiviti mempromosikan politeknik di SMK Gurun...
Lambat sikit mula sebab pelajar lepasan SPM belum hadir.. pukul 11am baru mula. Ramai yang balik...tanpa pi ke booth...
Beberapa booth daripada UNITAR, ILP, KPTM, AIMST University dan PTSB...
Kami dibekalkan dengan kain lapik meja, QR code kehadiran, QR code untuk pelajar semak kelayakan ke politeknik dan brochure untuk pelajar
Balik singgah makan kat Mila pulut durian kedah
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Layari juga: doa-untuk-anak-anakku puisi-anakku-tercinta puisi-1-doa-untuk-anak-anakku puisi-2-doa-buat-anak-anakku puisi-3-wahai-anak...
-
Sumber: website HKL Berikut adalah senarai hospital kerajaan terbaik di Malaysia , berdasarkan ranking antarabangsa dan maklum balas dal...
-
Mulakan langkah mu dengan fikiran terbuka Setiap insan punyai kelebihan sendiri Asah kemahiran di peringkat lebih tinggi Usaha dan harapan ...






















