Tuesday, 19 December 2023

Sudah2 la zionis...

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa


Bertaubat lah wahai zionis, lihat sahaja pengeboman yang berlaku di Gaza, sangat tidak berperikemanusiaan. Sengaja mengebom bukan hanya rumah2 persendirian, malah hospital, sekolah dan tempat-tempat perlindungan.kejam...kejam...kejam

Apakah nasib kanak-kanak Gaza ini yang terpaksa menderita bukan sekadar kecederaan biasa, malah kecacatan seumur hidup mereka.


Apa lah sangat makanan yang dapat dijamah. Ummi mereka terpaksa menahan lapar supaya anak2 dapat makan...




Monday, 18 December 2023

Cubaan3

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa

Meruntun hati mendengar takdak makanan yang boleh dimakan di Gaza.... Cubaan apakah ini yang terpaksa mereka tanggung. Nak minum air pun tak dak ..


Ya Allah, kuatkan iman dan hati mereka ya Allah.


Kuatkan semangat semua negara Islam dan Arab untuk membantu saudara seagama kita ya Allah..



Jangan biarkan mereka menghadapi ujian yang besar ini terlalu lama...


Sudahlah kena bom, anak2, ibubapa, adik-beradik, jiran tetangga dah syahid... Ya Allah, bagaimana lah mereka nak menghadapi ujian yang sangat berat ini ...


Ya Allah, hancurkan sehancur- hancur nya bangsa Yahudi yang zalim itu... Biarkan mereka merasai apa yang telah mereka lakukan terhadap orang-orang Islam di sana ..


Hasbunallahi wani'malwakil

Friday, 15 December 2023

Makan makanan Arab

 Selalunya seronok nak pi KFC la, McD la...tapi semenjak boikot ni...try makan makanan Arab lah pulak.

Rupanya, sedap makan nasik putih dengan lauk pauk Melayu lagi tekak aku ni...











Buah betik, buah kebangsaan?


Tetiba hari ni 'my doter tanya... Mama tau tak apa buah kebangsaan Malaysia? Akupun teka lah, buah durian, dia kata, salah... Ada lagi beberapa buah yang aku teka, sumer salah. Ni yang rasa malas nak teka dah...


Rupanya buah kebangsaan Malaysia adalah buah betik, biar betul...






Saturday, 9 December 2023

Pandangan ku untuk menyatukan semua negara Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa



Bila melihat perjuangan tentera Islam di bumi Palestin, ianya bagai satu contoh terbaik untuk dicontohi. Para ilmuwan yang berjuang di medan perang tanpa takut kepada kematian ( syahid). Rakyat yang terdidik dengan jatidiri yang kuat dan hebat dari segi keimanan.


Apa lagi yang kita harapkan daripada mereka...

Mereka(zionis dan konco-konconya) bukan siapa-siapa 

Kita semua hanya hamba Allah yang Maha Esa 

Sama ada kita menjadi hamba yang taat atau pendusta 

Pandanganku, insan kerdil ini. Mari lah kita bersatu wahai negara2 Islam. "Bersatu teguh, bercerai roboh"

InsyaaAllah, kita boleh melakukannya. Kita juga boleh membina sendiri (sekali lagi) tamadun Islam.Tanpa mengharapkan regim zionis dan sekutunya. Melahirkan generasi berilmu sendiri, dengan membina silibus kita sendiri, tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada agama. Melahirkan lebih ramai "para ilmuwan yang berkualiti" dari setiap lapangan yang bukan sahaja berilmu, tapi seorang Hafiz dan Hafizah.

Kita boleh melahirkan angkatan tentera yang paling besar, yang digeruni oleh zionis dan konco-konconya.  Yang tidak pernah gentar menghadapi peperangan, di mana jika maut sekalipun adalah syahid, yang paling tinggi di sisi Allah. Kita tetap bermaruah dan tidak akan menuruti kehendak zionis lagi.

Membangunkan kilang pembuatan makanan dan ubat-ubatan yang halal dan selamat. Mempunyai gedung-gedung pakaian yang menepati syariat-Nya. Membina kilang pembuatan mekanikal dan elektrikal serta elektronik kita sendiri. Membangunkan teknologi kimia dan nuklear islamik. Biar mereka yang bergantung kepada teknologi kita orang Islam. Melancarkan sendiri kumpulan satelit yang lebih canggih. Biar dunia sekarang terbalik. Merekabentuk sistem IT yang mantap dan berkesan termasuk Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT), Block Chain, Augmented Reality (AR), Cloud Computing dan Data Analytics. Malah, semua bidang sepatutnya di tangan kita orang-orang Islam.

Kita buktikan bahawa mereka akan aman damai bila berada di dalam pemerintahan Islam...

Ya, bukan angan-angan kosong, tapi ianya boleh terlaksana, "kun fayakun", jika Allah kata jadilah maka semua akan terjadi.





My family: Dulu vs sekarang


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


Peringatan buat diriku yang lupa

JOM BOIKOT:



Dulu, semenjak ada anak kecil (lebih kurang anak sulung umur 5 tahun), yang dah boleh makan, kalau sambut hari ulang tahun ke, sebulan sekali ke, mesti makan KFC. Semakin besar, anak2 dah pandai oder sendiri, atau beli dengan food panda @  grab... Seminggu 2x dan kadangkala 3x. Tambah2 anak bongsu ku si Sakinah, asal tak lalu makan jer, mesti oder KFC@ McD.

 Kalau makan satu family, McD pun oder, tapi jarang-jarang sebab husband kata tu produk Yahudi. Tapi aku n anak2 duk bantai makan, dah berapa byk dalam perut ni tak boleh kira dah .. bodoh nya bila difikirkan...

Tapi, dah 20+ tahun berlalu, semenjak dua menjak ni, aku dah bertaubat. Anak2 pun faham. Depa pun dah tak makan. InsyaaAllah. Aku dah ingatkan si bongsu, bila balik UM jangan duk oder dah. Harapanku, dia juga tidak tergamak nak makan 2 produk tu. 


Si abang dan kakak memang dah tak makan langsung.(mudah-mudahan benar tekaan ku).


Semoga usaha memboikot ni membuatkan Israel berhenti menganiaya dan menzalimi rakyat Palestin. Ya Allah, kalahkan kaum yang bongkak dan zalim tu, zionis laknatullah