Sunday, 2 July 2023

Sekitar program jom score sesi 2 2022/2023

Alhamdulillah, telah berakhir program ini.

Kali ini aku cuma sebagai penasihat program sahaja...
Semua yang lain aku serahkan kepada puan Hashamiza binti Haruddin selaku penyelaras program ini.

Konsep win-win situation dilaksanakan di mana pelajar dengan hpnm 3.5 dan ke atas akan menjadi mentor kepada pelajar dengan hpnm kurang 2.5


Aku telah memberikan segala fail2 semester lepas iaitu yang berkaitan dengan program ini..

Rasa dah tak tertanggung untuk memegang amanah yang diberikan sebagai ketua unit kecemerlangan dan kemahiran pelajar (SSEU)PTSB. 

Di bawah unit SSEU ada beberapa komponen seperti
1. Penasihatan akademik
2. Kecemerlangan pelajar
3. Polyskill
4. Fira
5. External competition

Di bawah gambaq2 berkaitan program jom Score:



















Simposium program di PTSB sesi 1 2022/2023

Simposium ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian akademik pelajar sesi 1 2022/2023 dan dibandingkan dengan pencapaian sesi sebelum nya.

Simposium ini dirasmikan oleh pengarah PTSB dan dihadiri oleh semua ketua jabatan serta KP.

Seterusnya pencapaian akademik pelajar sesi 1 2022/2023 dibandingkan dengan pencapaian pelajar politeknik-politeknik terpilih. Akhirnya kesimpulan dapat dibuat dan kaedah menambah baik kualiti pendidikan pelajar di PTSB dapat dirancang.













Majlis perpisahan untuk encik Tarmizzi yang akan berpencen dan Amin yang berpindah ke Jeli Kelantan












Hasni whatsapp aku... mintak bagi ucapan wakil KJ Jke sebab KJ kena outstation...

Tarikh majlis perpisahan dibuat awal sedikit sebab Amin akan berpindah ke Jeli dan start kerja 1.7.2023. persaraan en Tarmizzi bulan 8 tapi diawalkan sedikit sebab nak buat serentak dengan majlis Amin..


Akupun duk plan dlm kepala jer la, nak cakap ringkas2 jer ..


Majlis itu juga sempena 3 pelajar yang mengikuti latihan industri di COT, Jke iaitu Syauqi, Firdaus dan Irsyad..


Tuesday, 27 June 2023

Membeli belah sebelum raya di star parade alor Setar

9 Zulhijjah aku dan anak pompuan (kakak) hidayah berpuasa, jadi, kami berdua tak ikut la encik somi dan anak pompuan (adik)yg sorang lagi makan. Jadi kami pun Window shopping kat SSF







Tetiba masa jalan turun daripada SSF, ternampak kedai shopping MUAZ. Si kakak terus telefon adiknya, ajak shopping kat MUAZ...

 Anak2 pompuan aku ni suka sangat masuk MUAZ, butik jual baju murah .. 

Lama dah aku tunggu kat luar ni... Bila la nak boleh balik ni

Tadi aku masuk dalam juga, mmg murah sgt ..patut la penuh sentiasa






Saturday, 3 June 2023

Sesi viva voce tinggal kenangan

Alhamdulillah, selesai jgk viva voce aku ..

https://www.facebook.com/100063736112291/posts/pfbid033H6DJNd6Qj2nSPnMXKmbHXbXEwRLyMB8uXWFZZ1GLkpv66VZr8noJryjhgSvW9gGl/?d=n

Walaupun masa viva tu rasa ketaq semacam, aku duk kata dalam hati .. InsyaaAllah, semua nya akan berakhir...relax..relax



Detail sungguh external examiner ni .. ya la... Dia menjalankan tanggungjawab sebagai examiner...

Terima jer la apa saja komen2, walaupun rasa tak sanggup dah nak dengar ..betapa ngok ngek nya aku tulis tesis.. . 
Betapa terseksa aku buat PhD ni...
1. Mana nak mengajaq
2. Mana nak buat tugas2 sampingan yang diarahkan
3. Mana nak jaga mak
4. Mana nak jaga mak mertua
5. Mana nak dengar komen2 orang
6. Masa nak viva hari tu byk pulak masalah anak2- farid nak test math, tapi tak fhm2, hidayah nangih ja, katanya kena masuk kerja 7.30am, balik 11 pm hari2, letih sgt2, sakinah pulak nangih jgk, kena balik kampus, mcm la jauh sgt...

(Bagi aku, penangan anak2 paling terkesan dlm hati)

Haha..

Namun, Hikmah Nya tidak terkutip....
1. Sentiasa bersangka baik dengan Allah
2. Sentiasa memuliakan guru
3. Jangan perasan diri hebat
4. Luasnya ilmu Allah
5. Jangan mudah berputus asa
6. Sabar, sabar, sabar
7. Perancangan manusia tidak sama dengan perancangan Allah
8. Etc

InsyaaAllah, lusa baru nak mola buat correction

Friday, 12 May 2023

Majlis penutup fira Malaysia cup di PSP

Hari ni pi majlis penutup 16th Fira Malaysia cup di politeknik seberang Perai...

Ok la...not bad dapat nombor 10 pun...kira top ten jugak






Saturday, 6 May 2023

Taklimat Fira 2023 PTSB

Pagi tadi berlangsung sesi taklimat sempena nak berangkat dari PTSB ke PSP pada petang Isnin depan.


Sesi bergambar bersama semua ahli team Fira PTSB.

Semoga dipermudahkan Allah untuk memperolehi kemenangan dalam pertandingan