Monday, 27 March 2023

Bengkel kat Jerai Hill Resort

Alhamdulillah, aku ikut serta ke Jerai walaupun mula nya namaku tak sepatutnya ada, tetapi disebabkan kejahilan ku terhadap prosedur kewangan, aku kena panggil sekali...




Friday, 13 January 2023

Pre-viva telah berlalu

Astaghfirullahal'azim...
Walaupun dah 2 minggu berlalu

Banyak lagi nak buat correction...rasa macam nak berhenti...tapi dah sampai setakat ni, sia2 pulak berhenti...
Dengan usia yang menjengah separuh abad ni... taktau nak kata apa


Ya Allah, tolong lah hambaMu ini
Berikan aku kekuatan
Hanya Engkau yang Maha memahami
Hanya padaMu aku memohon

Tuesday, 2 August 2022

Taklimat OBE (DK DP NA) di PTSB

Taklimat OBE di PTSB  telah dijalankan semalam iaitu pada 1/8/2022 di PTSB. Ianya melibatkan semua penyelaras2 kursus di Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Bukan hanya PTSB sahaja malah pensyarah daripada politeknik berdekatan juga turut hadir iaitu POLIMAS dan PUO.

Namun yang paling menggembirakan hati ini ialah dapat reunion dengan kawan2 daripada POLIMAS setelah sekian lama tidak berjumpa.

Gambar kenang-kenangan:








PROGRAM JOM SCORE PTSB SESI 2 2021/2022

Majlis penutup PROGRAM JOM SCORE PTSB SESI  2 2021/2022 telah dilaksanakan dengan jayanya . Melibatkan seramai 28 orang mentor yang terdiri daripada pelajar yang mendapat HPNM 3.5 ke atas. Mentor2 ini telah diamanahkan untuk membimbing lebihkurang 50++ mentee yang telah diagihkan di kalangan mentor daripada program yang sama supaya proses tuorial menjadi lebih berkesan. Sepatutnya program ini berjalan selama 7 minggu sahaja tapi disebabkan mentor tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi iaitu 3 kali pertemuan pembelajaran dengan mentee, maka program telah dilanjutkan 2 minggu. Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah PROGRAM JOM SCORE PTSB SESI  2 2021/2022 ini  dan majlis penutup telah diadakan secara bersemuka pada 30/6/2022.


Bergambar kenang-kenangan di antara mentor2 yang hadir, TPA, KAUNSELOR DAN AJK2...

Hanya 14 pelajar mentor yang dapat hadir pada majlis penutup tersebut.




Salah seorang mentor sedang menerima sijil

Thursday, 16 June 2022

Mempromosikan politeknik kpd lepasan SPM

Alhamdulillah... selesai sudah aktiviti mempromosikan politeknik di SMK Gurun...

Lambat sikit mula sebab pelajar lepasan SPM belum hadir.. pukul 11am baru mula. Ramai yang balik...tanpa pi ke booth...

Beberapa booth daripada UNITAR, ILP, KPTM, AIMST University dan PTSB...

Kami dibekalkan dengan kain lapik meja, QR code kehadiran, QR code untuk pelajar semak kelayakan ke politeknik dan brochure untuk pelajar





Balik singgah makan kat Mila pulut  durian kedah


Monday, 13 June 2022

Taklimat promosi politeknik

Semalam masuk taklimat promosi politeknik ke SMK di bahagian utara... 

InsyaaAllah, 16.6.22 ni...masa keluar result aku n Hasnan pi promote politeknik



Sunday, 13 March 2022

Kobid Ooo kobid

Hari ni last kuarantin kat rumah...

Semalam abang uda bgtau dia pun dah mula kuarantin kena covid jgk. (buat kali kedua)

Sapa la nak pi tengokkan mak bila time aku n kakwan kerja.. (masa giliran kami) ...

klu tidak.. walaupun helper ni  bawak mak makan, kemas rumah DLL, abang uda akan  pi Pantau... Semoga Allah permudahkan urusan kami... 

Akupun BYK nak kena ganti balik giliran aku ... Sebab terjangkit covid...

3 hari-kakwan
1 hari-abg uda
3 hari-abg khalid