Wednesday, 9 January 2019

Hanya Satu Persinggahan



Rahmat ekamatra

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang ku rasa
Hidup kita berdua

Di sini langit mendung selalu
Tiada cahaya menyinariku
Di sini aku tiada berdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan denganmu

Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna
Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan
Mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan

Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh seksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa
Janganlah engkau harapkan
Ku menghambakan diri

Nanti kau tahu ertinya sepi
Bagaikan pisau menghiris api
Nanti kau tahu ertinya rindu
Bagai tertusuk duri sembilu
Batin akan tersiksa
Jasad pasti merana

Sunday, 6 January 2019

Insaf bila dengar lagu kopratasa


Lirik Lagu Permata Untuk Isteri – Kopratasa


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Wednesday, 21 November 2018

Menyambut ulang tahun ke...

Tak sangka pulak ..
Dah 24 tahun Aku Kawen... .

Selesai ambil anakku yang hari ni menghadapi exam spm, sejarah...paper 3... Aku pun meleretkan mata tgk mood budak ni... Senyum ajer... Ok  dah tu... Ada Chan la plan Aku berjln lancar..  
Mula la aku sibuk memujuk Cik Suomi makan Di hotel Sri Malaysia...  Bukannya selalu pun...kan.. Kan..  

Haha..  Dapat jgk makan... 

Aku n Anak bungsu ku ni mmg sgt kedekut bab berbelanja.. 

Klu selalu anak aku yg sorang ni akan tegur la Klu Aku ambil makanan atau barabg yg Mahal.. .pastu mula lah duk congak BIL kena bayar... 

 Hari ni dia sporting pulak...  

Balik Ofis petang Beli Kek pulak... Melantak sekali sekala...  

Friday, 9 November 2018

AutoCAD pw2

Jom belajar buat arc Dan circle

Kemudian kita gabung dgn line

Pilih aje kat ataih tu nak arc..  Mcm2 jenis arc bole try. . 

Kemudian Klu nak buat circle pun Camtu,  pilih ajer circle. 
. byk method yg boleh dicuba

Arc@ circle tadi try gabung dgn line...

Mcm2 objektif bole dilukis

Pljr2 bole try buat cottage Tanpa skala... Siap! 10 minit jer














   

                                                           
                                                   

Sunday, 19 August 2018

Warkah untuk ibu: Derhakakah anakmu ini?

Assalamualaikum ibu

Warkah ini aku titip hanya di dalam maya kerana aku sendiri tak sanggup untuk melahirkan padamu... 

Aku ini terlalu mementingkan diri sendiri hingga kadang2 lupa untuk menelefon atau bertanya khabar... 
Kononnya sibuk dengan kerja, tapi tidak mampu meluangkan masa hanya untuk beberapa minit... 

Aku sibuk menjaga hati pasanganku yang saban hari mahu pulang ke kampungnya. .  Tapi terlupa ibu juga menanti aku pulang...  

Aku menyuruh putera ku pulang menemani ibu tapi aku sendiri tidak pulang... Kalau adapun hanya sekejap... 

Pekak kah telinga ku ini atau sengaja buat2 pekak apabila ibu mengadu takut saban malam tidur keseorangan...

Buta kah mata ku ketika melihat ibu semakin kurus memendam rasa... 

Atau memang aku  hilang  sifat berperikemanusiaan ketika ibu ku lihat termenung seorang diri... bagai seorang tua yang tersisih ketika aku pulang berhari raya... 

 

Sunday, 27 May 2018

Nasyid :Islam yang telah berkembang

 Islam yang telah berkembang
Laksana bunga yang indah
Yang berkembang mekar, harum mewangi
Tumbuhnya memenuhi bumi 2x
Tumbuhnya memenuhi bumi
Lembah dan tanah yang tinggi
Kesuburan itu telah dibajai
Oleh pengorbanan ummah 2x
Kembangnya itu telah dibajai
Oleh air peluh para mujahid
Tamannya itu telah dipagari
Oleh para mujaddid dan mujtahid
Panduan kita diambil dari
Al-Quran, sunnah Rasulullah 2x
Berkumandanglah kalimah toyyibah
Dari pembela agama kebenaran
Keindahan Islam telah terpancar
Oleh harta si kaya yang pemurah
Ibarat air mengalir deras
Dermanya bagai mencurah-curah 2x