Tuesday, 4 August 2015

Surah Al-Mursalaat - سورة المرسلات


PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA

http://www.surah.my/

Bismillah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001 Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya),
A002 Juga yang merempuh mara dengan sekencang-kencangnya,
A003 Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
A004 Serta yang memisahkan (antara yang benar dengan yang salah) dengan pemisahan yang sejelas-jelasnya,
A005 Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),
A006 Untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya, dan untuk menakutkan orang-orang yang ingkar - derhaka; -
A007 (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu tetap berlaku.
A008 Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap;
A009 Dan apabila langit terbelah;
A010 Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;
A011 Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing).
A012 (Jika ditanya): ke hari yang manakah (perkara-perkara yang besar) itu ditangguhkan?
A013 (Jawabnya): Ke hari pemutusan hukum.
A014 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pemutusan hukum itu?
A015 Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang dijanjikan oleh Rasulnya)!
A016 Bukankah Kami telah binasakan orang-orang dahulu (yang ingkar derhaka, seperti kaum Nabi Nuh, Aad dan Thamud)?
A017 Kemudian kami akan iringi mereka dengan (membinasakan orang-orang yang ingkar derhaka, dari) kaum-kaum yang datang kemudian.
A018 Demikian cara kami lakukan terhadap sesiapa yang berdosa.
A019 Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang Kami janjikan)!
A020 Bukankah Kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang?
A021 Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh,
A022 Hingga ke suatu masa yang termaklum?
A023 Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)!
A024 Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (kekuasaan Kami)!
A025 Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? -
A026 Yang hidup dan yang mati?
A027 Dan Kami telah jadikan di bumi: gunung-ganang yang menetapnya, yang tinggi menjulang; dan Kami telah memberi minum kepada kamu air yang tawar lagi memuaskan dahaga?
A028 Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat pemberian Kami)!
A029 (Dikatakan kepada mereka semasa ditimpakan dengan azab): "Pergilah kepada azab yang dahulu kamu mendustakannya.
A030 "Pergilah kamu kepada naungan (asap neraka) yang bercabang tiga, -
A031 "Yang tidak dapat dijadikan naungan, dan tidak dapat memberikan sebarang lindungan dari julangan api neraka.
A032 "Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api, (yang besarnya) seperti bangunan besar,
A033 "(Banyaknya dan warnanya) bunga api itu seolah-olah rombongan unta kuning".
A034 Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (keadaan yang demikian).
A035 Inilah hari mereka tidak dapat berkata-kata, (kerana masing-masing terpinga-pinga ketakutan),
A036 Dan tidak pula diizinkan mereka bercakap, maka mereka tidak dapat meminta maaf.
A037 Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (hari akhirat)!
A038 Inilah hari pemutusan hukum (yang menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah). Kami himpunkan kamu bersama orang-orang yang terdahulu (dari kamu).
A039 Oleh itu, kalau kamu ada sebarang tipu-helah melepaskan diri, maka cubalah kamu lakukan terhadap azabKu.
A040 Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah)!
A041 Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), -
A042 Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini.
A043 (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan."
A044 Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
A045 Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (nikmat-nikmat Syurga)!
A046 Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa.
A047 Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), -
A048 Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Taatlah dan kerjakanlah sembahyang", mereka enggan mengerjakannya.
A049 Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)!
A050 (Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?

Thursday, 11 June 2015

Frequently Asked Questions (FAQ) tentang IB (International Baccalaureate)

Sumber: http://www.kmb.edu.my/index.php/faq

Apakah yang dimaksudkan dengan Program IB ?

  • IB adalah singkatan bagi International Baccalaureate yang merupakan program pra-universiti yang mengambil masa selama 4 semester. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.ibo.org

Apakah badan yang mengendalikan Program IB ?

  • Program IB dikendalikan oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang merupakan badan bukan kerajaan dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Pejabat yang menguruskan semua hal berkaitan dengan peperiksaan dan kurikulum IB iaitu IBCA, terletak di Cardiff, United Kingdom.
  •  
  •  

Apakah misi International Baccalaureate Organization (IBO) ?

  • IBO bertujuan merangsang sikap ingin tahu, mengembangkan pengetahuan dan memupuk sifat bertimbang rasa dalam membantu melahirkan dunia yang lebih aman dan bermakna melalui persefahaman antara budaya dan sifat saling hormat-menghormati.

Adakah penawaran Program IB terhad di negara-negara tertentu sahaja ?

  •  Tidak. Sehingga April 2009, terdapat 2605 IB World School yang menawarkan program IB di 134 negara.

Apakah bahasa penghantar yang digunakan dalam Program IB ?

  •  Tiga bahasa utama yang digunakan ialah Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol. Bahasa penghantar yang digunakan di Kolej MARA Banting ialah Bahasa Inggeris.

Adakah IB mempunyai wakil untuk menyelaraskan perlaksanaan Program IB yang ditawarkan di tempat lain ?

  •  Ya. Contohnya aktiviti program IB yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah di negara-negara Asia Pasifik adalah di bawah penyeliaan 'Regional Office, International Baccalaureate Asia Pacific (IBAP)' yang beribu pejabat di Singapura.

Selain daripada Kolej Mara Banting, Apakah institusi lain yang menawarkan Program IB di Malaysia ?

  •  Kolej Mara Banting merupakan institusi terulung yang menawarkan program IB di Malaysia untuk pelajar-pelajar tempatan. Institusi lain yang juga menawarkan program IB ialah International School of Kuala Lumpur, Mont Kiara International School, International School Penang (Uplands), Sri KDU dan Kolej MARA Seremban.

Apakah Kurikulum IB ?

  • Kurikulum IB boleh dipaparkan melalui bentuk heksagon yang mewakili 6 bidang akademik mengelilingi satu pusat. Pelajar didedahkan kepada 2 tradisi agung pembelajaran : sains dan kemanusiaan.

  • Kumpulan 1 - 'Language A' (bahasa ibunda), termasuk Kajian Sastera Dunia yang terpilih. Subjek yang ditawarkan ialah Malay A1.
  • Kumpulan 2 - 'Language B' (bahasa kedua), Subjek yang ditawarkan ialah English B, Arabic ab initio.
  • Kumpulan 3 - Individu dalam Masyarakat, Subjek yang ditawarkan ialah Business & Management, Economics dan Information Technology in a Global Society (ITGS).
  • Kumpulan 4 - Sains Amali, Subjek yang ditawarkan ialah Biologi, Kimia, Fizik.
  • Kumpulan 5 - Matematik, Subjek yang ditawarkan ialah Matematik.
  • Kumpulan 6 - Subjek yang ditawarkan ialah subjek-subjek daripada Kumpulan 3 atau Kumpulan 4.
Selain daripada subjek-subjek di atas, 3 komponen tambahan yang diwajibkan ialah :
  1. 'Extended Essay' of a subject offered in the curriculum IB.
  2. 'Theory of Knowledge' (ToK).
  3. 'Creative, Action and Service (CAS).

Bagaimanakah kombinasi subjek ditentukan ?

  •  Para pelajar yang mengikuti dan memenuhi syarat program IB di Kolej Mara Banting akan menerima Diploma IB. Setiap pelajar dikehendaki mempelajari 6 subjek: satu subjek daripada tiap-tiap kumpulan 1-5 dan subjek keenam dipilih daripada kumpulan 3 atau 4 atau 6. 

     Daripada 6 subjek di atas, pelajar mestilah mengambil 3 (tidak melebihi 4) daripada subjek tersebut pada peringkat 'higher level' dan 3 (tidak kurang dari 2) pada peringkat 'standard level'.

  • Pengambilan subjek-subjek 'higher level' berhubung rapat dengan bidang pengajian yang bakal diikuti pada peringkat ijazah nanti.

Apakah perbezaan di antara subjek 'Higher Level' dan 'Standard Level' ?

  •  Berbanding dengan subjek 'standard level', subjek 'higher level' mempunyai lebih jumlah 'option' dan lebih pilihan soalan dalam kertas peperiksaan. Jumlah peruntukan masa bagi subjek 'higher level' juga lebih iaitu sebanyak 240 jam kuliah. Ini berbeza dengan masa perjumpaan minima bagi subjek 'standard level' iaitu sebanyak 150 jam sepanjang tempoh 2 tahun.

Mengapakah pelajar perlu mempelajari sastera dunia Malay A1 ?

  •  Untuk menggalakkan pelajar mendalami budaya masing-masing. Pelajar seharusnya berbangga dengan warisan sastera bahasa ibunda dan pada masa yang sama menghormati budaya masyarakat antarabangsa. Pembelajaran Sastera Dunia ('World Literature') dapat memanfaatkan pelajar IB dari sudut perspektif global. Ia memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan 'world spirit' melalui keunikan peluang yang ditawarkan oleh bermacam kaedah apresiasi yang mana budaya mempengaruhi dan membentuk pengalaman hidup manusia sejagat.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Extended Essay' ?

  •  'Extended Essay' merupakan komponen dalam kurikulum Program Diploma IB yang mewajibkan pelajar menulis esei sepanjang 4000 patah perkataan berdasarkan topik kajian yang dipilih. Ia bertujuan memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menjalankan penyelidikan mengenai topik yang diminati. Melalui penghasilan 'Extended Essay', pelajar dapat membiasakan diri dengan penyelidikan kendiri dan penulisan akademik yang dipraktikkan di peringkat universiti. IBO mengesyorkan pelajar menumpukan 40 jam untuk tujuan penyelidikan dan penulisan esei. 

Apakah kepentingan 'Extended Essay' ?

  1. Pertama, memandangkan ia adalah komponen wajib, kegagalan menghantar 'Extended Essay' bermakna pelajar tidak layak memperolehi diploma.
  2. Kedua, melalui pengalaman, kami mendapati pihak universiti sentiasa cenderung terhadap 
  3. penghasilan 'Extended Essay' dan bagi sesetengah kes, ini menjadi faktor utama dalam membantu pelajar memperolehi kemasukan ke bidang kursus yang mencabar seperti perubatan.
  4. Ketiga, maklumbalas daripada bekas pelajar menunjukkan pengalaman menghasilkan 'Extended Essay' semasa mengikuti program IB membantu dalam menghasilkan mini-tesis pada peringkat universiti memandangkan mereka telah pun mempunyai asas teras penyelidikan kendiri.

Wednesday, 27 May 2015

Coretanku: Dugaan besar belajar di usia tua

Kalau nak sambung belajar, belajar lah ketika masih muda terutama dalam bidang-bidang yang mencabar. Terlalu banyak rasanya cobaan...

1. Tak boleh nak fokus dalam tempoh yang lama
2. Kemahiran teknologi yang ada telah ketinggalan zaman
3. Badan pun mula lah  rasa sakit sana sakit sini
4. Mentalpun dah tidak boleh menerima banyak tekanan

Kadang2 kita terfikir nak sambung belajar kononnya nak menyambung cita2 yang tidak kesampaian di masa usia muda. Tetapi berbaloikah pengorbanan kita di usia 'petang' ini. Fikir2kanlah...

Sunday, 24 May 2015

Coretanku: Sunyinya malam ni....

Alhamdulillah.... Sekejap aje pendaftaran matrikulasi di Changlun. Pukul 9.30am dah selesai tadi.

 Nurul Hidayah mendapat tawaran   1. Asasi Sains Fizikal Universiti Malaya
                                                          2. Matrikulasi Sains di Changlun, Kedah
                                                          3. Kolej Mara Banting, Selangor

Walaupun pada permulaannya Nurul Hidayah memilih melanjutkan pelajaran di Asasi Sains Fizikal Universiti Malaya, namun disebabkan tidak pernah berenggang dengan mama dan abah, Hidayah nampaknya akur dengan cadangan abahnya untuk ke Matrikulasi Changlun.

Akupun sebenarnya telah intai beberapa blog bekas-bekas pelajar Asasi Sains Fizikal Universiti Malaya. Ada yang positif dan ada yang negatif. Namun aku agak terpengaruh dengan blog yang nampaknya seperti mempertikaikan keadilan pusat Asasi Sains Fizikal Universiti Malaya yang menyebabkan mereka terpaksa bersaing dengan bekas-bekas pelajar matrikulasi (ketepatan fakta... hanya pihak Asasi Sains Fizikal Universiti Malaya yang lebih tahu) jika ingin menyambung pengajian di Universiti Malaya setelah tamat Asasi.

Hidayah pun seperti bersetuju dengan pandangan aku. Tetapi aku masih memberikan sokongan jika anakku mahu ke Kolej Mara Banting, Selangor. Itupun dengan syarat dia boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama (sama ada dari segi sosial mahupun pelajaran). Lagipun pendaftaran Kolej Mara Banting masih tertangguh kira-kira sebulan lagi (23 Jun).

Malam ini nampaknya terpaksalah aku menemani puteriku Nursakinah yang belum biasa dengan ketiadaan kakaknya. Katanya sampai habis exam saja (exam pertengahan tahun).

Mudah2an Allah menunjukkan jalan kepada Nurul Hidayah sama ada kekal di matrikulasi atau berpindah ke Kolej Mara Banting.....


Thursday, 14 May 2015

Coretanku: Anakku menghadiri temuduga IPG

Syukur alhamdulillah anakku, Nurul Hidayah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu.

Nurul Hidayah perlu menjalani Ujian Psikometrik dan Ujian Kecergasan  pada 24 Mac 2015di IPDA, Jitra. Dia perlu  menghadiri ujian untuk melayakkan diri untuk  dipanggil temuduga.

29 April 2015 (hari Rabu) menjadikan akulah orang paling sibuk  kerana kami akan bertolak daripada Jitra ke IPG Pulau Pinang di Bukit Chombee kerana Nurul Hidayah perlu menghadiri sesi temuduga bagi melayakkan dirinya menjadi guru. Puteriku yang ketiga, Nur Sakinah nampaknya sekali lagi terpaksalah ponteng sekolah namun kali ini  sehari sahaja.

Malam itu aku tidak dapat melelapkan mata. Tetapi bila dah 2.00 pagi 30 April 2015, barulah rasa mengantuk. Terpaksalah bertahan sebab kami akan bertolak pada pukul 4.30 pagi. Kami tiba di Tol Sungai Dua,lebihkurang 6.00 pagi untuk menunaikan solat subuh. Pukul 6.20 pagi, kami telah meneruskan perjalanan dengan menyeberangi laut menggunakanJambatan Pulau Pinang.

 Walaupun temuduga bermula pada pukul 8.00 am tetapi kerana inilah pertama kali kami ke Bukit Chombee, maka ketika tiba di satu laluan ke Recsam suamiku tersilap mengambil jalan. Aku mula rasa gelisah kerana jalan sehala dan kenderaan semakin banyak yang menuju ke tempat kerja. Kemungkinan kami dapat berpatah balik juga semakin tipis dengan suasana trafik yang sesak. Namun setelah lebih setengah jam masih tidak dapat berpusing balik, ada sedikit ruang untuk kembali ke jalan bertentangan. Kami rasa agak lega dan hanya masuk melalui pintu belakang yang bersempadan dengan REcsam

Aku dan Nurul Hidayah bergegas masuk dan berlari-lari anak kerana jammsudah menunjukkan pukul 8.00 am. Seperti temuduga yang lain, ibubapa dan waris tidak dibenarkan berada hampir dengan kawasan temuduga.

Aku kembali ke kantin di Recsam dan sarapan bersam asuami. Setelah makan dan berbual dengan ibubapa lain yang turut menghantar anak mereka menghadiri temuduga, lebih kurang pukul 10.30 am Nurul Hidayah keluar tetapi menyatakan sesi temuduganya belum bermula. Urusetia tidak membenarkan bakal-bakal pelajar berada jauh dari tempat tersebut.





Rupa-rupanya sesi ke4 hanya bermula pada pukul 3.30 pm. Aku dan suami bersepakat untuk mengambil bilik penginapan Recsam untuk setengah hari (RM59.50). Di situ bolehlah aku membaca Yasin dan lain2 doa yang ku hafal supaya anakku tenang menhadapi temuduga tersebut.

 Sebenarnya akupun tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Cukuplah sekadar pengalaman bagi puteriku ini. Ini adalah kerana bagi opsyen matematik(tertulis di surat tawaran temuduga), persaingan amat sengit dan boleh dikatakan hampir semua yang dipanggil, telah menghadiri sesi temuduga tersebut. Namun jika telah ditakdirkan anakku menjadi seorang pendidik apalah salahnya. Satu profesion yang sangat mulia...

Tuesday, 21 April 2015

Cipta Kebahagiaan Kita 1.1

Topik 1:Mensyukuri Nikmat Tuhan

Subtopik1.1 : Lahirnya Keinsafan

Peristiwa yang berlaku boleh mengubah minda anda dan cara berfikir.
Penulis yang penghidap kanser tulang ini telah berpesan supaya senantiasa menghargai detik2 dalam kehidupan. Walaupun bercakap memang mudah namun pelaksanaannya amatlah sukar.
Terdapat 10 langkah yang diberikan:
1. Menangis, Menjerit dan bersedih.
Benarkan diri untuk bersedih...
2. Luahkan perasaan apabila bersedia
Kehadiran insan yang mengambilberat boleh memberi semangat supaya tidak terperangkap di dalam langkah 1...
3. Ber'uzlah bila perlu
4. Bermula dengan matlamat kecil
5. Dapatkan sumber inspirasi
6.Berinteraksi
Sekurang2nya ada kawan untuk bergelak ketawa, bukan menggantikan langkah ke2.
7. Luahkan rasa sedih atau bimbang
menulis diari, nota, skrap dlll
8. Membantu orang yang di dalam kesusahan
Membuatkan diri kita rasa berguna
9. Bersikap optimis
Banyak perkara optimis yang hadir dalam kehidupan
10. Tempuhi hari yang hadir
Walaupun sukar... lalui dengan tabah




Dipetik dari buku: